Perlindungan kanak-kanak

Perlindungan Kanak-kanak

Respons UNICEF: 2005 – 2007

Rakan kerjasama

Berita

Kehidupan benar

 

Penulis kepada kajian keganasan PBB menjadi advokat kepada hak kanak-kanak di persidangan keadilan penjenayahan

© UNODC/2006/Borovansky-Koenig
Professor Paulo Sérgio Pinheiro, penulis kepada Kajian Setiausaha Agung berkenaan Keganasan terhadap Kanak-kanak, di Sesi ke-16 Suruhanjaya PBB terhadap Pencegahan Jenayah dan Keadilan Penjenayahan di Vienna.

NEW YORK, 27 April, 2007 – Professor Paulo Sérgio Pinheiro merupakan advokat untuk hak kanak-kanak yang terkenal di seluruh dunia, beliau telah berucap tentang pemangsaan kanak-kanak secara global ketika menghadiri Sesi ke-16 Suruhanjaya PBB berkenaan Pencegahan Jenayah dan Keadilan Penjenayahan pada minggu ini di Vienna, Austria.

Menurut Professor Pinheiro yang juga merupakan Pakar Bebas di sebalik Kajian Setiausaha Agung PBB berkaitan Keganasan terhadap Kanak-kanak,  kanak-kanak yang telah menjadi mangsa di seluruh dunia merupakan masalah yang lebih serius berbanding dengan jenayah di kalangan kanak-kanak, dan ini perlu dijadikan tempat permulaan untuk mana-mana perbincangan berkenaan dengan isu ini.

“Sekiranya anda mengambil, sebagai contoh, kumpulan-kumpulan di Amerika Tengah, kebanyakan kes-kes pembunuhan dan jenayah-jenayah yang kejam bukannya dilakukan oleh anak-anak muda, tetapi ia dilakukan oleh orang-orang dewasa,” tambah beliau. “Di Brazil, di negara saya sendiri, saya boleh katakan 95 peratus atau lebih daripada kes-kes jenayah yang berlaku telah dilakukan oleh orang-orang dewasa.

Mereka yang terpaksa menanggung kesalahan orang lain

“Bilangan kanak-kanak yang telah dijadikan mangsa adalah lebih tinggi berbanding dengan bilangan kanak-kanak yang melakukan kesalahan itu sendiri,” kata beliau. “Masalahnya ialah anda mengaggap bahawa kanak-kanak dan anak-anak muda sebagai mereka yang bertanggungjawab terhadap peningkatan kadar kes-kes pembunuhan. Ini tidak selari dengan realiti, tetapi anak-anak muda merupakan mereka yang dipersalahkan pada abad ke 21 ini.”

“Anda tidak perlu menghukum setiap organisasi-organisasi remaja, di mana itulah yang telah berlaku,” tambah En. Pinheiro. “Anda terus menahan setiap kanak-kanak dan anak-anak muda yang mempunyai tatu, walaupun anda tidak mempunyai bukti yang mereka telah melakukan jenayah.”

Mr. Pinheiro juga menyatakan kaitan yang penting di antara perlindungan kanak-kanak dan keadilan di dalam menangani jenayah-jenayah seperti perdagangan haram dan pelacuran.

“Di kebanyakan negara, kanak-kanak yang terlibat di dalam pelacuran dilihat sebagai suatu penjenayahan dan dihukum kerana mereka terlibat dengan sesuatu yang haram. Ini tidak boleh diterima,” beliau menekankan. “Kita mesti memastikan kita tidak menghukum mangsa-mangsa tersebut. Ini merupakan perkara yang terburuk boleh berlaku.”

Kanak-kanak menjadi mangsa orang-orang dewasa

Sememangnya, kebanyakan aktiviti-aktiviti yang terpinggir dikaitkan dengan kanak-kanak dan remaja – seperti meminta sedekah di tepi-tepi jalanan dan melepak di dalam kumpulan - dilihat sebagai suatu penjenayahan, kata En. Pinheiro yang percaya bahawa ia adalah salah. Dalam kebanyakan kes, kata beliau, terdapat orang-orang dewasa yang beroperasi di sebalik aktiviti-aktiviti ini, dan kanak-kanak tersebut telah dijadikan mangsa oleh orang-orang dewasa ini.

Tentang subjek seperti penyalahgunaan kanak-kanak dan gambar-gambar pornografi kanak-kanak berdasarkan internet, sebagai contoh, beliau memberi tekanan kepada perlindungan undang-undang untuk kanak-kanak tidak berkembang mengikut perkembangan pesat laman web. “Paling utama ialah untuk melihat kanak-kanak [yang dieksploitasi oleh penyalahgunaan laman web] sebagai mangsa dan menguruskan pemulihan mereka,” kata beliau. “Kita perlu lebih berhati-hati berbanding dengan sekarang."

Sesi ke 16 Suruhanjaya PBB berkenaan Pencegahan Jenayah dan Keadilan Penjenayan telah diadakan pada minggu ini, dengan mesyuarat-mesyuarat yang berakhir pada hari ini.

 

 
Search:

 Email this article

unite for children