Perlindungan kanak-kanak

Perlindungan Kanak-kanak

Respons UNICEF: 2005 – 2007

Rakan kerjasama

Berita

Kehidupan benar

 

Perjanjian PBB terhadap hak-hak orang kurang upaya ditandatangani dengan penglibatan remaja-remaja yang kurang upaya.

© UNICEF/HQ07-0266/Markisz
Pengarah Eksekutif UNICEF, Ann M. Veneman telah bertemu dengan delegasi-delegasi suara-suara remaja yang kurang upaya iaitu Ani Hovhannisyan (kiri) dan Mauricio Gutierrez (kanan) di New York, AS.

Oleh Amy Bennett

NEW YORK, AS, 2 April 2007 – Satu perjanjian baru untuk memastikan hak-hak kemanusiaan bagi lebih kurang 650 juta orang di dalam dunia ini yang kurang upaya telah dibuka untuk tandatangan ketika berlangsungnya sesi khas Perhimpunan Umum Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 30hb Mac yang lalu.

Lapan puluh satu buah negara telah terlibat di dalam menandatangani Konvensyen Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu terbaru terhadap Hak-Hak Orang yang Kurang Upaya. Terdapat lebih kurang 350 orang wakil-wakil daripada badan-badan orang kurang upaya daripada seluruh dunia telah menghadirkan diri untuk rundingan tersebut.

Dua orang remaja telah memberi ucapan ketika sesi khas tersebut, mewakili remaja-remaja kurang upaya di seluruh dunia. Mauricio Gutierrez, 19 tahun, daripada Nicaragua dan Ani Hovahannisyan, 18 tahun, daripada Armenia, kedua-dua remaja ini terpaksa menghadapi stigma dan diskriminasi hanya kerana kecacatan yang dimiliki oleh mereka. 

Isu tentang hak-hak

Sebagai seorang pemimpin muda kepada badan organisasi kebangsaan Los Pepitos, yang membantu ibu dan bapa kepada kanak-kanak yang kurang upaya, Mauricio menggunakan pengalaman kecacatan yang dialaminya sendiri untuk membantu orang lain. Mauricio, yang menghidapi cerebral palsy semenjak dilahirkan, percaya bahawa kecacatan tidak patut dilihat oleh orang ramai sebagai suatu masalah kesihatan, malahan ia patut diambil kira sebagai suatu isu tentang hak-hak dan penyertaan.

“Saya rasa amat berbesar hati kerana dapat memberitahu kerajaan-kerajaan di seluruh dunia bahawa kami yang kurang upaya ini bukan lagi orang-orang yang terpinggir atau tidak dapat dilihat, malah kami merupakan suara, yang mengekalkan kasih sayang, mengekalkan keamanan yang masih tinggal pada kemanusiaan,” kata beliau kepada para wartawan di Nicaragua sebelum bertolak ke New York.

Mauricio, seorang pelajar undang-undang, menambah, “Masyarakat di seluruh dunia patut dididik semula kerana mereka tidak memahami nilai yang terdapat pada orang-orang yang dilahirkan kurang upaya dan kebolehan mereka.”

Memberi perlindungan kepada mereka yang lemah dan tidak berupaya

Wanita-wanita dan anak-anak gadis yang mempunyai kecacatan lebih cenderung kepada risiko yang tinggi terhadap keganasan, kecederaan, ditinggalkan, eksploitasi dan juga kecuaian atau diberi layanan yang buruk, di dalam dan di luar rumah.

“Di dalam kumpulan orang-orang yang kurang upaya, yang sememangnya sudah lemah tetapi yang paling tidak berupaya adalah wanita-wanita dan kanak-kanak,” kata Lenín Moreno Garcés, Timbalan Presiden Ecuador, yang terpaksa menggunakan kerusi roda setelah menerima kecederaan di belakang beliau apabila beliau telah ditembak pada tahun 1998 ketika berlakunya satu percubaan rompakan. Beliau telah menghadiri sesi tersebut dan juga telah menandatangani perjanjian tersebut.

“Oleh sebab itu ia adalah amat penting untuk memberi mereka perhatian khas. Semua usaha-usaha dan juga sumber-sumber yang telah kita laburkan untuk kanak-kanak bukan sahaja menyumbang kepada masyarakat, ia juga merupakan pelaburan untuk masa hadapan.”

Di negara beliau di Armenia, Ani menggunakan aspirasi kewartawanannya untuk melakukan advokasi terhadap hak-hak kanak-kanak yang kurang upaya dan juga untuk memahami keadaan-keadaan mereka yang unik.

“Kanak-kanak yang mempunyai kecacatan memerlukan pendidikan di peringkat awal kehidupan mereka,” kata Ani melalui kenyataannya di Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu. “Di dalam setiap masyarakat masih terdapat stereotaip terhadap mereka yang kurang upaya, yang amat sukar untuk dihapuskan. Ia adalah melalui kanak-kanak kita boleh mengubah masyarakat kita dan meningkatkan penglibatan mereka. Kanak-kanak lebih mudah untuk menerima mereka seseorang dengan keadaan mereka – tidak kira samada mereka nampak berlainan.”

‘Kita boleh melakukan dengan lebih baik’

Timbalan Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, Asha-Rose Migiro memberitahu di dalam upacara di Ibu pejabat PBB di New York bahawa “dalam masa tiga tahun yang lepas, Konvensyen ini telah bermula dengan sebuah impian kini telah menjadi suatu kenyataan” untuk menjadi perjanjian hak-hak kemanusiaan yang pertama kurun ini.

Walaubagaimanapun, kurang daripada 50 buah negara kini mempunyai undang-undang yang khusus di dalam melindungi orang-orang kurang upaya. “Saya tahu bahawa kita boleh melakukan dengan lebih baik,” tambah beliau.

“Sehingga kini hak-hak orang kurang upaya telah ditangani dengan sikap yang paternalistik iaitu memenuhi keperluan orang kurang upaya, memberi mereka hak-hak seolah-olah ia merupakan suatu hadiah,” kata Timbalan Presiden Ecuador En. Moreno. “Tetapi mulai hari ini, orang-orang kurang upaya boleh menggunakan hak-hak mereka untuk mendapatkan kebebasan, berdikari, pekerjaan, rekreasi, pendidikan dan juga hak-hak ekonomi.”

Bagi Ani dan Mauricio pula, mereka akan terus mendidik dan juga meningkatkan kesedaran terhadap hak-hak orang kurang upaya, kerana mereka mengetahui bahawa ia merupakan alat yang paling utama yang akan membantu mereka mencapai status yang saksama di dalam masyarakat. Sebagai ahli-ahli program UNICEF, iaitu Suara-Suara Remaja, dan merupakan sebahagian daripada jaringan pemimpin-pemimpin yang kurang upaya Suara-Suara Remaja, Ani dan Mauricio telah membuktikan bahawa penglibatan anak-anak muda yang berdedikasi terhadap matlamat ini boleh membantu membawa semua negara ke meja perundingan.

Penterjemahan ke dalam Bahasa Inggeris oleh Anne Jamaluddin.

 

 

 

 

Video

2 April 2007:
Perutusan UNICEF, Natacha Ikoli melaporkan upacara menandatangani Konvensyen terhadap Hak-hak Orang Kurang Upaya.

 VIDEO max | min

Penyiaran video berkualiti berdasarkan permintaan daripada The Newsmarket.

* Video di dalam Bahasa Inggeris


Konvensyen Hak-hak Orang Kurang Upaya

Suara-suara remaja


Search:

 Email this article

unite for children