Perlindungan kanak-kanak

Perlindungan Kanak-kanak

Respons UNICEF: 2005 – 2007

Rakan kerjasama

Berita

Kehidupan benar

 

Kanak-kanak masih terlibat di dalam perdagangan haram walaupun dagangan hamba telah dihapuskan 200 tahun yang lalu

NEW YORK, 25 Mac 2007 – Walaupun tarikh 25 Mac menandakan ulangtahun Penghapusan Akta Dagangan Hamba yang ke-200, namun begitu penghambaan masih berlaku hari ini dengan kanak-kanak yang terlibat dan terikat dengan kerja-kerja buruh dan juga di dalam dagangan seks.

Dijangka lebih kurang 1.2 juta orang kanak-kanak terlibat di dalam perdagangan haram setiap tahun di mana mereka digunakan sebagai orang gaji, pekerja-pekerja kilang, penunggang-penunggang unta, tentera dan juga hamba-hamba seks.

Kanak-kanak merupakan golongan yang paling terdedah kepada pencabulan hak-hak kemanusiaan dan pada masa yang sama tidak dapat membela diri mereka sendiri. Sambutan dua kurun ini memberi peluang yang unik untuk memperbaharui usaha-usaha global di dalam menghapuskan perdagangan haram kanak-kanak.

Perdagangan haram manusia menjana lebih kurang $9.5 bilion setahun, ini telah menarik perhatian kumpulan-kumpulan jenayah dan membawa kepada penyelewengan dan penyalahgunaan di peringkat global.

Dengan termusnahnya persekitaran yang terlindung telah mendedahkan kanak-kanak kepada pedagang-pedagang haram yang mengeksploitasi keluarga-keluarga yang terdesak. Faktor-faktor sosial yang telah membawa kepada kedesakan ini mestilah ditangani agar jenayah ini dapat dihentikan. Ia juga adalah amat penting untuk mengatasi permintaan terhadap dagangan manusia. Undang-undang mestilah diperkuatkan terhadap mereka yang mengeksploitasi kanak-kanak. 

Pada tahun 2005, UNICEF dan Emiriah Arab Bersatu telah menandatangani sebuah perjanjian untuk mengembalikan semula kanak-kanak yang telah terlibat di dalam perlumbaan unta, di mana kebanyakan daripada mereka merupakan mangsa perdagangan haram, kembali semula ke negara masing-masing. Lebih daripada 1,000 orang kanak-kanak telah menjadi penunggang unta – kebanyakan mereka daripada Bangladesh, Mauritania, Pakistan dan Sudan kini telah pulang dan diketemukan kembali dengan keluarga mereka. 

UNICEF amat berkomited di dalam menghapuskan penghambaan di zaman moden ini dengan mengatasi penyebab-penyebab utama seperti kemiskinan, kekurangan pendidikan, diskriminasi dan juga keganasan. Ini berserta lain-lain usaha termasuklah program integrasi semula yang melibatkan sokongan daripada keluarga, masyarakat dan kerajaan kesemuanya merupakan sebahagian daripada usaha-usaha UNICEF untuk membina persekitaran yang terlindung untuk kanak-kanak, persekitaran yang boleh melindungi kanak-kanak daripada keganasan, eksploitasi dan juga penderaan sebelum ianya berlaku.

****

 

 

 

 

 

Penerbitan

Memerangi Perdagangan Haram Kanak-kanak:  Buku untuk Parlimen

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris. 


Search:

 Email this article

unite for children