Perlindungan kanak-kanak

Perlindungan Kanak-kanak

Respons UNICEF: 2005 – 2007

Rakan kerjasama

Berita

Kehidupan benar

 

Pengaruh seorang guru wanita di sekolah untuk pelajar lelaki

© Nirmala Arunasalam
Guru kaunselor Institusi Victoria Pn. Nirmala Arunasalam percaya bahawa kita boleh membina dunia yang selamat untuk wanita-wanita dengan mendidik kaum lelaki daripada muda untuk menghormati wanita-wanita dan anak-anak gadis.

Oleh Su-May Tan

Wanita-wanita di Malaysia berkongsi suara dengan UNICEF sebagai tanda pelancaran laporan Keadaan Kanak-Kanak Sedunia (SOWC) 2007 di peringkat kebangsaan pada Hari Wanita Antarabangsa.

Bertemakan “Wanita dan Kanak-Kanak – Imbuhan Berganda yang dibawa oleh Kesaksamaan Gender”, laporan SOWC 2007 meneliti diskriminasi dan juga keadaan wanita yang tidak berupaya di mana kebanyakan wanita terpaksa melaluinya sepanjang hidup mereka – dan juga memberi garis panduan tentang apa yang perlu dilakukan untuk menghapuskan diskriminasi terhadap gender dan juga untuk memperkasakan wanita serta anak-anak gadis.

KUALA LUMPUR, Mac 2007 – Pendidikan di Institusi Victoria adalah menuju ke arah pembentukan setiap pelajar sebagai seorang ‘ilmuwan, ahli sukan serta seorang budiman’. Guru kaunseling, Pn Nirmala Arunasalam, 56, menolong mereka untuk melakukan tersebut. “Sebagai seorang wanita dan seorang ibu, saya cuba membayangkan keperluan-keperluan pelajar-pelajar saya dengan cara yang berlainan,” kata beliau. “Sekiranya saya mempunyai peluang, semestinya saya menghendaki pendidikan seks, perkahwinan dan juga kemahiran sebagai ibu dan bapa dimasukkan ke dalam kurikulum yang sedia ada.” 

But masa kini, beliau telah bekerjasama dengan pelbagai badan-badan bukan kerajaan untuk memberi pengenalan kepada beberapa siri program-program pendidikan untuk anak-anak muda.  Antara lain, termasuklah bengkel-bengkel tentang stereotaip gender, hubungan di antara remaja, keselamatan diri, kesedaran tentang rogol, keganasan terhadap wanita dan kesedaran terhadap HIV/AIDS.

Pada jawatan beliau sebelum ini di Sekolah Perempuan Methodist (MGS) di Kuala Lumpur, fokus Nirmala adalah kepada mendidik anak-anak gadis dalam bagaimana mempertahankan diri mereka sendiri. “Tetapi oleh kerana golongan yang bertanggungjawab adalah selalunya lelaki, maka kita sepatutnya mendidik pelajar-pelajar lelaki, “ ujar beliau. Jika pelajar-pelajar lelaki dididik dari usia yang lebih muda untuk menghormati wanita, akan berkuranganlah kejadian-kejadian penderaan serta rogol untuk berlaku, menjadikan dunia ini sebuah tempat yang lebih selamat untuk wanita. Peluang untuk menjadikan penemuan ini sebagai suatu realiti hadir pada tahun 2006 ketika Nirmala dipertanggungjawabkan di dalam bahagian kaunseling di salah sebuah sekolah elit di Malaysia, iaitu Institusi Victoria di Kuala Lumpur.

Wanita yang terdidik, anak-anak yang terdidik

Minat Nirmala kepada pendidikan hanya dapat disaingi oleh keingininan beliau yang tinggi terhadap pengetahuan. Dibesarkan oleh seorang ibu tunggal selepas kematian bapanya tidak membantutkan keinginan Nirmala untuk mencapai kemajuan diri. Sebaliknya, ia telah digalakkan oleh ibunya, juga seorang guru. Nirmala telah meneriama Ijazah Sarjana Muda di dalam Ekonomi pada awal tahun tujuh puluhan. Beliau kemudiannya, telah meneruskan pendidikan beliau dan telah menerima Ijazah Sarjana di dalam Psikologi Pendidikan bersama-sama Ijazah Sarjana Muda kedua beliau di dalam bidang Psikologi. Walaupun begitu, beliau masih belum habis dan kini sedang merancang untuk mengambil ijazah kedoktoran beliau di dalam Psikologi selepas beliau bersara pada bulan Mei tahun ini.

Seperti kebanyakan wanita pada waktu itu, Nirmala bermula sebagai seorang guru. Tetapi beliau telah menerima peluang keemasan beliau pada tahun 1997, apabila kaunseling telah diperkenalkan kepada sekolah-sekolah dan beliau telah dilantik sebagai guru kaunseling di MGS. “Saya telah jumpa seruan saya,” kata beliau. “Disebabkan oleh jawatan tersebut saya telah dapat menolong anak-anak muda. Saya mendapat kepuasan di dalam kerja tersebut dan ia telah menggalakkan saya untuk terus bekerja.” Bersama-sama dengan rakan-rakan badan bukan kerajaan yang lain, Nirmala telah menghabiskan 10 tahun di sekolah-sekolah menjalankan program-program di dalam pendidikan seks, kesedaran HIV dan juga kanser payu dara.

Menguruskan rumahtangga

Sekiranya minat dan juga visi Nirmala telah membantu remaja-remaja di dalam masyarakat, kesan-kesannya juga boleh dapat dilihat di rumahnya. Semenjak suaminya seringkali terpaksa bekerja jauh disebabkan oleh tanggungjawab beliau sebagai seorang pegawai polis pada masa yang lalu, Nirmala yang bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka. “Berdikari terhadap diri sendiri telah memberikan saya kebebasan untuk membuat keputusan-keputusan, untuk membuat sesuatu yang bagi saya adalah terbaik untuk anak-anak kami,” kata beliau.

Pengetahuan merupakan kunci utama. “Sekiranya saya tidak mempunyai pendidikan di peringkat universiti saya mungkin berasa kurang yakin apabila cuba memenuhi kehendak anak-anak saya sendiri,” akui beliau.  Pengalaman beliau dalam bidang pendidikan juga telah membolehkan beliau untuk membuat keputusan yang terkini untuk diri serta anak-anak beliau. “Ia adalah mengenai bagaimana untuk mengetahui di manakah peluang tersebut berada,” kata beliau. Sebagai contohnya, kedua-dua anak beliau telah mendapat manfaat daripada program-program pertukaran budaya ke Jerman dan Amerika Syarikat, sebagai contohnya.

Perspektif seorang wanita

Di rumah, Nirmala yang telah menggalakkan dan juga membayar aktiviti-aktiviti tambahan anak-anak beliau seperti kelas-kelas piano, organ dan juga violin. Walaupun suami beliau amat amat menyokong pendidikan akademik, beliau mungkin tidak memikirkan bahawa pendidikan di dalam muzik sebagai suatu yang serius, terang Nirmala. Hasil daripada kepercayaan serta keyakinan beliau,  kedua-dua anak beliau telah mendapat peluang-peluang untuk belajar dengan lebih mendalam tentang dunia mereka ini setelah mengembara ke Australia, Bangkok dan Amerika Syarikat, Singapura dan Macedonia untuk membuat pertunjukkan semenjak kecil lagi.

Di tempat kerja, Nirmala juga memberi kesan kepada persekitaran beliau yang sememangnya lebih ramai lelaki. Beliau telah melaksanakan advokasi untuk pendidikan seks, kasih sayang, perkahwinan dan juga kemahiran sebagai ibu dan bapa, iaitu perkara yang penting di dalam dunia masa kini.

“Sekiranya kita melihat keganasan terhadap wanita masih berlaku pada masa kini, ia mungkin disebabkan oleh kurangnya pendidikan dan hormat terhadap wanita dan insitusi keluarga,” kata beliau. “Institusi-institusi pendidikan sepatutnya meletakkan keutamaan di dalam membentuk pelajar-pelajar mereka untuk menjadi seorang dewasa yang bersopan serta mempunyai hormat.”

Penterjemahan ke Bahasa Melayu oleh Anne Jamaludin.

 

 
Search:

 Email this article

unite for children