Perlindungan kanak-kanak

Perlindungan Kanak-kanak

Respons UNICEF: 2005 – 2007

Rakan kerjasama

Berita

Kehidupan benar

 

Banjir di Malaysia membawa ancaman kepada kehidupan kanak-kanak

© Mercy Malaysia/2007
Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr. Jemilah Mahmood bersama-sama kanak-kanak yang telah menjadi mangsa banjir di negeri Johor, Malaysia.

Oleh Blue Chevigny

NEW YORK, AS, 19 Januari 2007 – Banjir di Malaysia yang disebabkan oleh hujan yang amat lebat telah menyebabkan beribu-ribu orang mangsa terpaksa dipindahkan ke tempat-tempat yang lebih selamat, di mana kebanyakan daripada mereka terdiri daripada kanak-kanak. 

Sebanyak 375 buah pusat-pusat bantuan yang dikendalikan oleh Kerajaan telah memberi perlindungan kepada lebih daripada 115,000 orang mangsa-mangsa daripada negeri Johor, Pahang dan Sabah. Malaysia sedang mengalami hujan yang paling lebat semenjak tahun 1971, apabila seluruh negara telah dilanda banjir.

Banjir-banjir di negeri Johor merupakan yang terburuk yang pernah dilihat sepanjang 100 tahun, lapor Datuk Dr. Jemilah Mahmood, Presiden Mercy Malaysia, iaitu merupakan rakan UNICEF dan badan bukan kerjaan yang mengendalikan usaha-usaha bantuan.

Menyesuaikan diri kepada keadaan yang baru

Sejak beberapa hari yang lalu, kadar ketinggian air telah menunjukkan penurunan yang sedikit, membenarkan kebanyakan keluarga untuk pulang ke rumah mereka dan sekaligus mengurangkan bilangan penduduk yang kehilangan tempat di mana pada ketika ini berjumlah kira-kira 70,000 menurut Datuk Dr. Jamilah.

Walaubagaimanapun, di kawasan-kawasan yang telah dilanda banjir dengan teruk, kebanyakan orang telah terputus hubungan dengan dunia luar.

“Kebanyakan kawasan-kawasan perkampungan yang kecil telah menjadi pulau-pulau kecil yang dikelilingi oleh air,” kata Datuk Dr. Jemilah. “Ramai orang telah terasing, dan mereka menjadi murung. Doktor-doktor kami terpaksa mengambil masa satu setengah jam untuk ke beberapa buah tempat yang kini telah menjadi pulau-pulau kecil dengan menaiki bot.”

Malahan kawasan-kawasan yang belum bertukar menjadi pulau oleh air sering terpinggir dan sukar untuk dicapai. “Jambatan dan jalan telah dimusnahkan. Ini akan mengambil masa yang lama untuk dibina semula, dan ia merupakan suatu kerja yang besar,"  jelas Datuk Dr. Jemilah.

Kesan-kesannya terhadap kanak-kanak

© Mercy Malaysia/2007
Datuk Dr. Jemilah Mahmood berbicara dengan wanita-wanita yang telah menjadi mangsa banjir di Malaysia.

Kanak-kanak adalah antara mereka yang mendapat kesan secara langsung disebabkan oleh banjir, di mana sekolah-sekolah terpaksa ditutup dan pelajar-pelajar tidak dapat ke sekolah. Kebanyakan bangunan-bangunan sekolah yang masih boleh digunakan kini telah ditukar menjadi pusat-pusat bantuan.

“Mereka kini mengalami gangguan terhadap pendidikan mereka,” kata Datuk Dr. Jemilah, merujuk kepada kanak-kanak yang berada di kawasan-kawasan yang telah dilanda banjir. “Mereka sepatutnya memulakan persekolahan pada awal bulan Januari, tetapi sekolah mereka masih belum bermula.”

Sebagai tambahan, krisis tersebut telah membawa kesan terhadap psikologi kanak-kanak dan keluarga mereka di seluruh negara. “Ramai orang yang masih berada di dalam keadaan terkejut,” menurut pemerhatian Datuk Dr. Jemilah. “Dan sekarang saya risau mereka sedang menuju ke arah keadaan yang tidak berupaya. Sekarang ini musim tengkujuh, dan ramai orang sedang memikirkan samada lebih banyak hujan akan turun yang akan membawa kepada lebih banyak banjir.”

‘Malaysia sedang menanganinya’

Mercy Malaysia sedang bertindakbalas terhadap kecemasan yang timbul dengan mengadakan pemeriksaan kesihatan dan juga mengagihkan paket-paket yang mengandungi barangan untuk kesihatan di kawasan-kawasan yang telah dilanda banjir.

Pekerja-pekerja penyelamat daripada badan bukan kerajaan kini sedang memikirkan tentang mengalirkan  air banjir dari desa dan bandar keluar sebelum penyakit yang merebak melalui air seperti demam denggi berleluasa. Mereka juga menghantar paket-paket yang mengandungi bahan untuk membersihkan air yang telah diberikan oleh UNICEF dan juga maklumat-maklumat tentang keselamatan air kepada masyarakat-masyarakat yang telah menjadi mangsa banjir.

“Kita mesti uruskan air yang tercemar ini secepat yang mungkin,” Datuk Dr. Jemilah memberi penekanan. “Ini merupakan masa-masa yang mencabar, tetapi rakyat Malaysia bersama-sama membantu antara satu sama lain. Dan kerajaan juga memberikan sokongan tentera dan juga orang awam. Pada ketika ini, Malaysia sedang berhadapan dengan krisis tersebut.”

Penterjemahan ke Bahasa Melayu oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Radio UNICEF

19 Januari 2007:
Perutusan Radio UNICEF Blue Chevigny berbicara dengan Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr. Jemilah Mahmood, tentang krisis banjir.
  AUDIO dengar

Laporan dan laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Mercy Malaysia

Malaysian Medical Relief Society

Tel: (+6.03) 4256 9999


Infobanjir

Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Search:

 Email this article

unite for children