Laporan utama UNICEF mengatakan bahawa kesaksamaan gender membawa manfaat kepada wanita-wanita dan juga kanak-kanak
Oleh Rachel Bonham-Carter NEW YORK, AS, 10 Disember 2006 – Pada ulangtahun UNICEF yang ke-60 hari ini, sebuah laporan telah dilancarkan yang menyatakan bahawa kesaksamaan gender adalah amat penting untuk kehidupan dan perkembangan kanak-kanak. “Kehidupan wanita secara halusnya dikaitkan dengan kesejahteraan kanak-kanak,” menurut Pengarah Eksekutif UNICEF Ann M. Veneman. “Jika mereka tidak dididik, jika mereka tidak sihat, jika mereka tidak diperkasakan, mereka yang akan menderita.” Keadaan Kanak-Kanak Sedunia 2007, ia merupakan edisi penerbitan utama UNICEF pada tahun ini, mengkaji status wanita di seluruh dunia. Ia juga telah membuat kesimpulan bahawa apabila diskriminasi gender berhenti, ia dapat menghasilkan ‘imbuhan berganda’ dalam memberi manfaat kepada wanita dan kanak-kanak – di mana, ianya akan memberikan kesan yang positif terhadap kesihatan dan pembangunan masyarakat di mana-mana sahaja. Laporan tersebut juga menegaskan bahawa perkembangan terkini terhadap status wanita adalah tidak mencukupi. Berjuta-juta gadis dan wanita masih hidup di dalam kemiskinan, kekurangan daya serta penindasan. Mereka juga terus dijangkiti HIV/AIDS, tidak dapat pergi ke sekolah dan selalunya dikaitkan dengan keganasan seksual dan fizikal. Di kebanyakan tempat, golongan lelaki masih berterusan mendapat jumlah pendapatan yang lebih tinggi berbanding dengan wanita untuk pekerjaan yang sama. Wanita memerlukan suara
Memperkasakan wanita, menurut laporan tersebut, boleh menyelamatkan kehidupan kanak-kanak – dan kesannya terlalu besar untuk dibiarkan begitu sahaja. Sebagai contoh ia merujuk kepada sebuah kajian yang telah dilakukan oleh Institut Penyelidikan Dasar Pemakanan (International Food Policy Research Institute), yang telah membawa kesimpulan bahawa jika lelaki dan wanita di Asia Selatan mempunyai pengaruh yang sama di dalam membuat keputusan, lebih kurang 13.4 juta kanak-kanak akan terselamat daripada mengalami kekurangan nutrisi. Lebih-lebih lagi, laporan tersebut juga telah mendapati, di dalam keluarga di mana wanita merupakan ketua keluarga dan pembuat keputusan, lebih banyak sumber makanan dan juga kewangan disalurkan kepada kesihatan kanak-kanak, nutrisi dan pendidikan berbanding dengan keluarga di mana wanita tidak mempunyai suara langsung. Tetapi hanya 10 daripada 30 buah negara-negara yang membangun yang telah diselidiki mempunyai lebih daripada 50 peratus wanitanya boleh membuat keputusan di dalam rumahtangga mereka. Tujuh intervensi utama Laporan ini mencadangkan tujuh intervensi utama untuk mencapai kesaksamaan gender:
Menyokong kesaksamaan gender merupakan fokus utama Matlamat Pembangunan Millennium 3. Jika matlamat ini berjaya dicapai, UNICEF percaya bahawa manfaat-manfaatnya bukan sahaja dapat dirasai di kalangan wanita dan kanak-kanak malah juga dari segi-segi lain – dari kemiskinan dan pengurangan kebuluran sehinggalah kepada kesihatan global dan kesejahteraan persekitaran. ‘Keadaan Kanak-Kanak Sedunia 2007’ menunjukkan bahawa dalam jangka masa panjang, memperkasakan wanita akan meningkatkan usaha-usaha untuk mencapai kesemua matlamat-matlamat Pembangunan Millenium yang lain menjelang tahun 2015. **** NOTA KEPADA EDITOR Tentang SOWC: Keadaan Kanak-Kanak Sedunia merupakan penerbitan tahunan UNICEF yang utama. Ia merupakan kajian komprehensif tentang pergerakan global terkini yang mempengaruhi kanak-kanak. Sebagai tambahan kepada kajian-kajian isu-isu utama, ia juga menyediakan rujukan terkini data-data statistik mengenai kanak-kanak. Penterjemahan ke Bahasa Melayu oleh Anne Jamaludin.
SOWC 2007: Wanita & Kanak-Kanak Video: Kesedaran tentang Hak-hak* Kesaksamaan Gender: Gambaran Keseluruhan* * Laman web di dalam Bahasa Inggeris Video 10 Disember 2006: Penyiaran - kualiti video berdasarkan permintaan daripada The Newsmarket Laporan video adalah di dalam Bahasa Inggeris. Suara-Suara Wanita - Malaysia Futsal wanita untuk kehidupan yang sihat Bekerja bersama-sama untuk menangani HIV/AIDS Sumbangan dari seorang kanak-kanak berumur 4 tahun Memperkasa wanita-wanita yang telah menjadi mangsa tsunami Perbualan-perbualan masyarakat untuk wanita Pelaburan di dalam pendidikan yang membawa pulangan * Laman web di dalam Bahasa Inggeris Suara-Suara Wanita – Global |