Perlindungan kanak-kanak

Perlindungan Kanak-kanak

Respons UNICEF: 2005 – 2007

Rakan kerjasama

Berita

Kehidupan benar

 

Lebih daripada 115,000 telah dipindahkan daripada kawasan yang dilanda banjir teruk

© Malaysiakini
Mangsa-mangsa banjir dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.

Oleh Agence France-Presse

15 Januari 2007 – Lebih daripada 115,000 orang terpaksa meninggalkan rumah masing-masing disebabkan oleh banjir teruk yang telah melanda kawasan selatan dan di kepulauan Borneo, kata pegawai yang bertugas pada hari ini di mana pasukan bantuan bertungkus-lumus bekerja untuk memberikan makanan dan tempat perlindungan bagi mangsa-mangsa.

Pusat operasi banjir kebangsaan berkata bahawa situasi kini dijangka akan menjadi lebih teruk di kawasan yang telah dilanda banjir seperti di negeri Johor di selatan, di mana seramai 110,000 orang terpaksa meninggalkan rumah masing-masing.

"Kami menjangka keadaan akan menjadi lebih teruk ... saya rasa lebih banyak pusat bantuan akan dibuka," berkata salah seorang pegawai kepada AFP. Sebagai tambahan kepada 343 buah pusat perlindungan yang kini sedang beroperasi.

Hujan yang lebat juga telah menyebabkan lebih kurang 2,500 orang di kawasan tengah negeri Pahang dan lebih daripada 4,260 orang di negeri Sabah di kepulauan Borneo, terpaksa dipindahkan, kata beliau.

Sehingga kini seramai lapan belas orang telah terbunuh semenjak bermulanya banjir pada bulan lepas, di mana pegawai bertugas mengatakan bahawa ia merupakan yang paling teruk pernah di lihat berlaku di Johor selama satu abad.

Pegawai-pegawai kesihatan telah memberi amaran tentang risiko untuk mendapat penyakit, terutama sekali leptospirosis, yang disebarkan melalui air kencing haiwan, selepas dilaporkan dua orang mangsa telah meninggal dunia disebabkan oleh penyakit tersebut. 

Badan bukan kerajaan, Mercy Malaysia, berkata bahawa ia telah mengagihkan set-set sanitasi dan paket-paket pembersihan air dengan kerjasama daripada UNICEF.

"Sekiranya makanan tidak disediakan menggunakan air yang bersih, cirit-birit akan berlaku oleh sebab itu kami amat bimbang," ketua pegawai operasi Mercy Malaysia, Shareen Abdul Ghani, memberitahu AFP.

Agensi-agensi bantuan telah melancarkan rayuan bantuan untuk makanan dan barangan-barangan bantuan, sukarelawan dan juga bot-bot.

Laporan pada hari Isnin telah menyatakan bahawa beberapa rumah perlindungan di Johor telah penuh sesak, manakala sekurang-kurang sebuah pusat perlindungan di kawasan Sri Medan dikatakan terpaksa membahagi bantuan makanan yang tidak mencukupi.

Shareen berkata terdapat beberapa buah pusat yang telah penuh sesak dan menyeru agar penyelarasan daripada pihak kerajaan di dalam usaha memberi bantuan dapat dipertingkatkan.

"Maklumat yang disampaikan adalah baik, tetapi di dalam menyalurkan bantuan... kepimpinan harus wujud di kawasan lapangan," kata beliau.

Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi juga telah mengarahkan lebih ramai polis dihantar ke Johor, dan pihak penguatkuasa berkata seramai 1,500 pegawai akan membantu di dalam usaha menyelamat dan juga untuk mencegah kecurian.

"Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa pencuri telah memecah masuk ke dalam rumah-rumah yang telah ditinggalkan. Ini adalah satu kelakuan yang amat memalukan," kata beliau di dalam akhbar New Straits Times pada hari Isnin.

Penterjemahan ke Bahasa Melayu oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Infobanjir

Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Pusat Gerakan Banjir

Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat
Tel: (+6.03) 2697 0031

Jabatan Kebajikan
Tel: (+6.03) 2691 2079
Tel: (+6.03) 2691 2082


Mercy Malaysia

Malaysian Medical Relief Society

Tel: (+6.03) 4256 9999


Search:

 Email this article

unite for children