Perlindungan kanak-kanak

Perlindungan Kanak-kanak

Respons UNICEF: 2005 – 2007

Rakan kerjasama

Berita

Kehidupan benar

 

Program kaunseling rakan sebaya di Malaysia memberi panduan kepada kanak-kanak yang berisiko

© UNICEF Malaysia/2006/Nadchatram
Azra Tasneem bt. Vazeer Alam bersama ibunya Amira Banu bt Hj Rahumathullah. Azra merasakan ketabahannya disebabkan oleh hubungan yang teguh bersama ibu dan bapanya.

Kajian Setiausaha-Jeneral Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Keganasan terhadap Kanak-kanak merupakan satu usaha yang amat penting untuk memberikan gambaran global secara terperinci tentang keganasan tersebut, keluasan dan punca serta bagaimana untuk mencegahnya. Laporan tersebut akan dibentangkan kepada Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 11 Oktober 2006. 

KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2006 – Untuk kebanyakan anak-anak muda di seluruh dunia, menjadi seorang remaja adalah merupakan masa yang penuh dengan cabaran di dalam hidup mereka.  Oleh itu, apabila berhadapan dengan situasi yang amat sukar seperti tekanan daripada rakan-rakan, diskriminasi, penyalahgunaan dadah atau keganasan, ia adalah amat penting bagi mereka jika dapat diberikan panduan oleh seseorang yang boleh dipercayai.

Pelajar tahun pertama psikologi, Azra Tasneem Bt. Vazeer Alam yang berumur sembilan belas tahun mendapati dirinya amat bertuah kerana mempunyai ibu bapa yang penyayang yang telah memberikan sumber kekuatan kepadanya pada masa-masa yang amat diperlukannya. Apabila disakat atau dipanggil dengan nama-nama yang kurang baik ketika awal remaja, Azra merasakan ketabanannya menghadapi masa-masa tersebut adalah disebabkan oleh kedua ibu dan bapanya.

“Apabila mereka memanggil saya dengan nama-nama tertentu di sekolah, ia merupakan satu pengalaman yang amat pahit bagi saya. Tetapi hubungan yang kuat dengan ibu bapa saya telah meningkatkan semangat saya dan juga telah membantu saya mengatasinya. Adalah amat penting untuk anak-anak muda untuk mempunyai ‘role model’ yang positif dan juga mereka yang dapat memberi panduan yang positif kepada mereka, untuk berjaya di dalam hidup,” kata Azra.

Kelakuan yang berisiko sedang meningkat 

Menurut Dr. Brendan J. Gomez, seorang psikologis Kaunseling dan Perkembangan, di Kolej Universiti HELP (HUC), Azra adalah seorang daripada 80 peratus di Malaysia yang terpaksa melalui pengalaman dibuli dalam masa tertentu pada zaman kanak-kanak mereka, dan mengikut statistik ia semakin meningkat setiap tahun. Tetapi keganasan bukanlah satu-satunya isu yang dihadapi oleh anak-anak muda kini. Di negara yang sedang membangun seperti Malaysia, disebabkan oleh tekanan daripada dunia yang moden, para remaja juga terpaksa menangani ancaman-ancaman yang timbul disebabkan oleh kelakuan berisiko seperti seks tidak selamat, penyalahgunaan dadah dan juga jangkitan HIV/AIDS. 

“Disebabkan negara kita sedang pesat membangun, secara ekonomi, budaya dan sosial, kita telah berubah dengan banyak semenjak 20 tahun yang lalu dan remaja kita diharap agar dapat menghadapinya. Dan hasilnya, 28 peratus daripada kanak-kanak di Malaysia sekarang mempunyai masalah kesihatan mental. Kemurungan, tekanan, keganasan dan bunuh diri kesemuanya semakin meningkat di kalangan anak-anak muda di negara ini,” kata Dr. Gomez. “Ini merupakan trend yang amat merisaukan, dan kita hendak cuba cari jalan penyelesaian terhadap masalah ini sekarang.” 

Dengan sokongan daripada UNICEF, Pusat Kajian Asia untuk Perkembangan Kanak-Kanak dan Remaja (ARCCADE) dibawah HUC telah memulakan "Mentoring Malaysia", program kepimpinan remaja yang boleh memberi manfaat kepada remaja yang berumur tiga belas dan empat belas tahun. Projek perintis berdasarkan sekolah ini adalah untuk dua tahun dan ia telah direka untuk memperkukuhkan kompetensi sosial dan juga emosi  kanak-kanak yang disebabkan oleh keadaan mereka yang serba kekurangan, melalui kaunseling rakan sebaya. 

Menyumbang kembali kepada masyarakat

© UNICEF Malaysia/2006/Nadchatram
Pelajar-pelajar Kolej Universiti HELP Azra Tasneem dan rakan karibnya Nadia adalah sukarelawan untuk program ‘Mentoring Malaysia’.

ARCCADE kini sedang melibatkan dan juga melatih pelajar-pelajar psikologi yang berumur di antara 17 dan 21 tahun, sebagai mentor kepada pelajar-pelajar di dalam tingkatan satu dan dua. Strategi pencegahan yang fokus kepada risiko ini akan memberi sokongan terhadap perkembangan kanak-kanak yang berisiko dengan memenuhi keperluan dengan memberikan mereka hubungan yang positif melalui mentor, yang boleh mereka jadikan ‘role model’. Dan hasilnya, program ini akan mempertingkatkan lagi persekitaran yang selamat yang dapat memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada risiko. 

Bagi Azra, yang pernah dibuli ketika kecil, ia merupakan peluang yang dialu-alukan. Bukan sahaja dia melihat ini sebagai satu pengalaman yang amat bermanfaat tetapi dia merasakan dengan memberi panduan ia merupakan satu cara yang positif untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

“Disebabkan saya pernah melalui masa yang sukar di sekolah dengan bantuan ibu bapa saya, saya merasakan yang saya boleh melakukan perkara yang sama untuk seorang kanak-kanak. Saya ingin berada di situ untuk memberi sokongan dan bantuan kepada seseorang yang memerlukannya. Ini merupakan salah satu cara yang terbaik bagi saya untuk membantu masyarakat, komuniti saya dan juga rakyat Malaysia. Ini adalah cara bagaimana saya dapat menunjukkan kepada kanak-kanak, yang mereka disayangi dan inginkan yang terbaik untuk mereka,” kata Azra tentang peranannya di dalam memberi panduan kepada remaja.

Program ini, bersama-sama dengan “Program Pencegahan Buli di Sekolah UNICEF-HELP” adalah sebahagian daripada gerakbalas untuk mengurangkan keganasan di sekolah-sekolah Malaysia. Program ini boleh digunakan si seluruh negara sebaik sahaja ujian tamat.

Perkongsian dengan Remaja untuk Melindungi Kanak-Kanak yang Berisiko

‘Mentoring Malaysia’ telah pun diperkenalkan kepada Guru Besar di sekolah-sekolah, melalui bengkel yang telah diadakan di Kolej Universiti HELP baru-baru ini. Ia merupakan satu peluang bukan sahaja untuk memberi kesedaran terhadap program ini, tetapi juga untuk menggalakkan sekolah-sekolah tersebut mendaftar sebagai salah sebuah sekolah yang dapat menjalankannya pada masa hadapan. Program perintis ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada 2,560 orang kanak-kanak di empat buah sekolah. ‘Mentoring Malaysia’ merupakan projek pertama seangkatannya di Kolej Universiti HELP untuk mengatasi keganasan di sekolah-sekolah, melalui penglibatan remaja.

“Anak-anak muda berbicara dengan kumpulan mereka dengan cara yang tertentu yang tidak mungkin dapat dilakukan dengan orang dewasa. Melalui pengalaman UNICEF, remaja juga boleh menjadi pendidik. Kami memanggilnya rakan-kepada-rakan (peer-to-peer). Apa yang dimaksudkan ialah, remaja melibatkan diri, dengan ikhlas, bukan disebabkan oleh kerana terpaksa, tetapi ikhlas, untuk membantu mengubah dan saya rasa mengubah kelakuan di dalam kumpulan mereka, oleh itu ia menjadi lebih kepada kelakuan yang bertanggungjawab secara sosial. Ia mengenai remaja menggunakan diri mereka untuk menyuarakan, memberi pengaruh terhadap kerakyatan yang lebih baik dan juga kelakuan yang baik di kalangan rakan-rakan mereka,” kata Gaye Phillips, Wakil UNICEF ke Malaysia dan Wakil Khas UNICEF ke Singapura dan Brunei.

Seperti lain-lain sukarelawan di dalam ‘Mentoring Malaysia’, Azra berniat untuk memberi inspirasi kepada remaja-remaja yang berisiko dengan memberi mereka sokongan, panduan dan juga galakan di dalam merealisasikan potensi mereka dengan sepenuhnya. Ia adalah menjadi harapan UNICEF untuk memberikan kanak-kanak ‘role model’ yang positif, ia bukan sahaja dapat membina keyakinan diri, tetapi ia juga dapat memperkukuhkan persekitaran yang selamat bagi remaja-remaja di Malaysia, daripada ancaman-ancaman seperti dadah, keganasan dan HIV/AIDS.

 

 

 

 

Video

9 October 2006:
Laporan dari Duta Muhibbah UNICEF Malaysia, Rafidah Abdullah, mengenai program "Mentoring Malaysia". 

 VIDEO max | min 

(Laporan di dalam Bahasa Inggeris)


Hentikan Keganasan Sekarang!

Hentikan keganasan!

Pelancaran di Malaysia*

Laporan PBB (laman web)*

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Malaysia: Perlindungan Kanak-Kanak

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Matlamat Pembangunan Milenium

Search:

 Email this article

unite for children