Perlindungan kanak-kanak

Perlindungan Kanak-kanak

Respons UNICEF: 2005 – 2007

Rakan kerjasama

Berita

Kehidupan benar

 

Komuniti terpinggir

© UN Malaysia/2004/Chauly

Pendidikan Pemulihan kepada Kanak-kanak Orang Asli

Dalam 2006, UNICEF berusaha dengan Kementerian Pendidikan untuk melengkapkan aktiviti sedia ada dalam usaha menyokong pendidikan untuk kanak-kanak orang Asli Malaysia (penduduk peribumi), yang sejak sekian lama dibebani dengan pencapaian persekolahan yang rendah dan kadar keciciran yang tinggi. Selama tujuh tahun mulai 1999, kanak-kanak ini telah disediakan kelas pemulihan yang istimewa dalam pembacaan dan kira-kira.  Dalam 2006, aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan akan dibangunkan. Latihan untuk guru dan pentadbir sekolah dalam pendekatan khusus kepada kanak-kanak orang Asli, yang ditumpukan kepada persekitaran pembelajaran yang menyeluruh dan sistem penggredan yang rapi juga akan dibentuk.

 

Kesihatan Seksual dan Pembiakan kepada Kanak-kanak dengan Keperluan Istimewa

Dalam 2006, UNICEF akan meneruskan kerjasamanya dengan Bahagian Kesihatan Keluarga,  Kementerian Kesihatan untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang menyeluruh bagi kanak-kanak yang mempunyai keperluan istimewa sejak lahir hingga bersekolah. UNICEF dan rakan kerjasamanya memberikan tumpuan secara khusus kepada isu seksual dan pembiakan untuk kanak-kanak yang mempunyai keperluan istimewa yang telah dikenal pasti mempunyai risiko yang tinggi kepada eksploitasi seks terhadap kanak-kanak ini. Aktiviti termasuk kerjasama pelbagai agensi untuk mengadakan manual dan garis panduan serta latihan kepada mereka yang menyediakan khidmat penjagaan kanak-kanak.

 

Pengesanan Awal Autisme

UNICEF bersama-sama Bahagian Kesihatan Keluarga Kementerian  Kesihatan berusaha untuk meningkatkan pengesanan awal autisme di kalangan kanak-kanak supaya langkah-langkah awal pencegahan untuk manfaat kanak-kanak dapat dimulakan. Dalam 2006, program termasuk kajian perintis yang akan menyumbang kepada dasar negara dan alat pengesanan yang piawai untuk autisme di kalangan kanak-kanak.

 

 
Search:

 Email this article

For every child
Health, Education, Equality, Protection
ADVANCE HUMANITY