Perlindungan kanak-kanak

Perlindungan Kanak-kanak

Respons UNICEF: 2005 – 2007

Rakan kerjasama

Berita

Kehidupan benar

 

Rakan kerjasama

KERAJAAN

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
KPWKM merupakan tumpuan utama untuk mencapai kesamarataan jantina, pembangunan keluarga dan masyarakat penyayang sebagai asas pembentukan sebuah Negara maju. Antaranya, KPWKM menggalakkan perkara-perkara yang berkaitan dengan wanita dan penglibatan mereka dalam pembangunan Negara dan program kerjasama pembangunan keluarga. Jabatan-jabatan berkaitan KPWKM ialah Jabatan Pembangunan Wanita, Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Institut Sosial Malaysia. Kementerian ini juga bertanggungjawab untuk menyediakan laporan mengenai Konvensyen Membasmi Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women - CEDAW) dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (Convention on the Rights of the Child - CRC) serta penyediaan Pelan Tindakan Negara untuk Kanak-kanak.

Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat ini ditubuhkan pada 1946 dengan tugas untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang penyayang. Jabatan ini berurusan dengan perkhidmatan kebajikan dan bertanggungjawab terhadap Dasar Kebajikan Negara yang mengandungi rujukan ke arah pewujudan dan peningkatan peluang yang adil dan saksama. Antara lain, jabatan ini turut menyediakan penjagaan dan pemulihan kepada golongan yang lemah termasuk kanak-kanak, keluarga dan orang kurang upaya, mangsa bencana alam dan warga tua. UNICEF bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mempromosi hak asasi kanak-kanak dan penglibatan mereka serta menubuhkan persekitaran yang terjamin kepada kanak-kanak di Malaysia.

Kementerian Pendidikan (KPM)
KPM bertanggungjawab terhadap pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia yang akan merealisasikan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi semua rakyat Malaysia. KPM memastikan semua kanak-kanak di Malaysia mendapat peluang pendidikan yang saksama. UNICEF bekerja dengan KPM untuk memperkenalkan pendidikan berasaskan kemahiran hidup dan penyediaan kecemasan untuk kanak-kanak sekolah dan juga pendidikan pemulihan kepada kanak-kanak Orang Asli di Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan
PPK, telah ditubuhkan sebagai satu bahagian dalam Kementerian Pendidikan pada 1974, bertanggungjawab untuk menyediakan kurikulum sekolah peringkat kebangsaan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kurikulum Baru Sekolah Rendah  pada 1982 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada 1988 merupakan antara pencapaian utama bahagian ini. PPK dan UNICEF akan bekerja bersama-sama untuk menyediakan modul  Kemahiran Hidup HIV/AIDS berasaskan pendidikan yang dijangka akan diedarkan ke seluruh Negara, beserta program khas pendidikan pemulihan kepada kanak-kanak Orang Asli di Malaysia dan kanak-kanak kaum peribumi lain.

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK), Kementerian Kesihatan Malaysia
BPKK mula ditubuhkan sebagai Unit Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak yang menyediakan penjagaan asas kepada ibu dan kanak-kanak. Pada 1996, program ini telah diperluas untuk merangkumkan keseluruhan kitaran hidup sesebuah keluarga, sejak lahir hingga mati. Antara kejayaan yang banyak dicapai oleh Bahagian ini ialah pengurangan kadar kematian kanak-kanak berusia bawah lima tahun dan kadar kematian ibu yang begitu ketara yang pada hari ini boleh dibandingkan dengan Negara-negara perindustrian.   

Kementerian Belia dan Sukan (KKBS)

KKBS (MOYS), yang dahulunya Kementerian Kebudayaan,Belia dan Sukan, ditubuhkan pada tahun 1964. Fungsi utama Kementerian ini adalah untuk menyumbang ke arah penggubalan dasar belia, melalui kedudukannya sebagai Pengerusi Majlis Perunding Belia Kebangsaan (MPBK) atau NYCC dan berkhidmat sebagai badan pelaksana utama dasar.  Program yang berfokuskan belia yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan termasuklah latihan kemahiran, pembangunan ekonomi, penubuhan NGO belia, dan program Rakan Muda. (Youth Partners) UNICEF, bersama-sama dengan program Rakan Muda KKBS (MOYS) akan menubuhkan rangkaian sukarelawan belia seluruh dunia untuk bersiap sedia untuk menghadapi kecemasan. Kira-kira 3000 belia yang berusia 18 dan 25 tahun dilatih dalam kemahiran kepimpinan dan digembleng untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan juga bersiap sedia menghadapi kecemasan dan rancangan gerak balas.

 

Kementerian Kebajikan Masyarakat (KEMAS) Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah

KEMAS Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, sebuah bahagian dalam Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah ditubuhkan pada tahun 1972 untuk memajukan penduduk luar bandar, khususnya di kawasan terpencil, memberikan tumpuan kepada pembangunan keluarga, termasuk ekonomi rumah tangga, pemakanan dan kesihatan keluarga dan juga kanak-kanak pusat asuhan kanak-kanak prasekolah dan program celik huruf orang dewasa. Program Pendidikan Awal kanak-kanak, bagi wilayah dan penduduk luar bandar, menjadi kegiatan teras KEMAS, UNICEF dan KEMAS berganding bahu untuk memenuhi keperluan kanak-kanak luar bandar dengan keperluan khas. Program ini akan membangunkan kurikulum prasekolah yang khusus; meningkatkan pengetahuan dan pemahaman guru prasekolah sasaran, dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ibu bapa bagi kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas.

 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

JAKIM ialah institusi kerajaan yang ditubuhkan untuk membantu dalam pembentukan “ummah” yang progresif berdasarkan prinsip Islam yang selaras dengan wawasan  Malaysia. Antara lain, JAKIM bertanggungjawab untuk menggubal dasar, memperkemas undang-undang dan peraturan dan melaksanakan program untuk kemajuan hal ehwal Islam dalam negara. UNICEF bekerjasama dengan JAKIM untuk mengkaji semula modul latihan bagi praperkahwinan dan tentang keibubapaan untuk memasukkan maklumat dan pendidikan untuk mengelak keganasan, eksploitasi dan penganiayaan kanak-kanak.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
SUHAKAM telah ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. SUHAKAM mempromosi kesedaran dan menyediakan pendidikan berhubung dengan hak asasi manusia, menyiasat aduan-aduan berhubung pelanggaran hak asasi manusia serta memberikan nasihat dan membantu Kerajaan dalam menyediakan perundangan dan prosedur serta mencadangkan langkah-langkah yang wajar untuk diambil. UNICEF berkerjasama dengan SUHAKAM dalam program berhubung dengan keganasan dan penyeludupan serta pendidikan mengenai Konvensyen Mengenai Hak Asasi Kanak-Kanak.  

ORGANISASI BUKAN KERAJAAN (NGO) 

EMPOWER (Pusat Jana Daya)
EMPOWER merupakan NGO tempatan yang memberikan kuasa kepada golongan yang terpinggir dan lemah serta mempromosi nilai-nilai sosial dan demokratik ke arah masyarakat yang adil dan aman. Sejak 2005, UNICEF telah menyokong EMPOWER untuk mengukuhkan sokongan psikososial yang berasaskan komuniti kepada kanak-kanak dan keluarga.

Pertubuhan Perlindungan kanak-Kanak Malaysia (PPKM)
Ditubuhkan pada 1994, MAPC menyokong hak asasi kanak-kanak dan meningkatkan kesedaran mengenai penderaan kanak-kanak dan penganiayaan; menghalang kanak-kanak daripada pederaan dan pengabaian; dan membantu kanak-kanak yang menjadi mangsa dera melalui sistem perundangan untuk mengelakkan trauma yang berlanjutan. UNICEF berkerja dengan MAPC untuk mengukuhkan persekitaran yang terjamin dan selamat kepada kanak-kanak.

MERCY Malaysia
MERCY Malaysia merupakan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang memberikan tumpuan kepada aktiviti-aktiviti penyediaan bantuan perubatan dan kesihatan yang berpanjangan yang berkaitan dengan pembangunan kepada golongan lemah. Antara lain, NGO ini memberikan tumpuan kepada tindakan segera kumpulan perubatan untuk membantu mangsa-mangsa bencana di Malaysia dan seluruh dunia. MERCY Malaysia merupakan rakan kongsi utama UNICEF yang mempromosi penjagaan ibu dan anak di kalangan golongan terpinggir dan keluarga mereka di Sabah.

INSTITUSI AKADEMIK   
 
Kolej Universiti HELP
HELP telah ditubuhkan pada 1986 untuk menyediakan peluang pendidikan yang berkualiti dan mampu dinikmati bagi rakyat Malaysia. Pada 2004, ia telah dianugerahi status universiti oleh Kerajaan sebagai pengiktirafan pencapaian akademiknya yang cemerlang. UNICEF bekerjasama dengan Pusat Psikologi universiti ini untuk program sokongan psikososial kepada kanak-kanak dan program pembasmian masalah buli di sekolah; dan dengan Pusat Penyelidikan Asia untuk Perkembangan Kanak-kanak dan Remaja (ARCCADE) bagi program kemahiran hidup selepas persekolahan untuk kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Universiti Kebangsaan Malaysia, yang dahulunya ditubuhkan pada tahun 1970 merupakan universiti Malaysia Ketiga dan yang pertama menggunakan bahasa Melayu, sebagai bahasa pengantar.  Fakulti Pendidikan telah secara langsung dan tidak langsung berusaha mengubah persepsi masyarakat Malaysia terhadap anak-anak yang mempunyai keperluan khas dengan kaedah mengajar yang inovatif untuk memupuk kekuatan yang unik. Fakulti ini diiktiraf secara kebangsaan sebagai perintis dan pemimpin dalam bidang pendidikan khas UNICEF dan Pusat Fakulti bagi Pengajaran Kepelbagaian Pelajar sedang bekerjasama menjalankan penyelidikan untuk mengenal pasti keperluan asas kanak-kanak terpinggir di Sabah dan Sarawak.

 

 
Search:

 Email this article

unite for children