SelebritiHos TV 3R dan Duta Muhibah UNICEF Malaysia - Celina, Kartini dan Rafidah 3R ialah program televisyen yang diwujudkan khususnya untuk mengiktiraf peranan wanita dalam masyarakat dan keupayaan mereka mencabar dan mengubah keadaan hidup dan masyarakat mereka. Ia membawa isu yang penting, relevan kepada wanita muda yang berumur antara 16 hingga 27 tahun. Ketiga-tiga hos 3R yang dinamik bekerja dengan UNICEF untuk menambah kesedaran tentang HIV/AIDS melalui program TV mereka; rencana surat khabar dan juga peristiwa khas seperti “Keep the Music Clean” dan “Perlawanan Futsal Wanita 3R – UNICEF”. Hos TV juga menyokong usaha UNICEF untuk menyediakan pendidikan dan latihan kepada penyiar muda tentang bagaimana melaporkan dadah dan HIV/AIDS dan menyertai pelancaran serantau bagi "Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang HIV/AIDS" di Bangkok, Thailand.
* Sila ambil perhatian bahawa pautan-pautan ini akan ke laman web bukan UNICEF.
|