Kerajaan
Unit Perancangan Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kementerian Kesihatan Malaysia membina kerjasama demi kesihatan untuk membantu dan meyokong rakyat Malaysia mencapai tahap kesihatan yang baik dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik. UNICEF telah bekerjasama dengan Kementerian ini sejak 1954 dalam bidang kesihatan bayi dan ibu mengandung, serta pemakanan. Hari ini, UNICEF menyokong maklum balas MoH terhadap HIV/AIDS dan program kesihatan untuk kanak-kanak yang terpinggir dan lemah.
Unit AIDS/STD, Kementerian Kesihatan Malaysia Berdasarkan prinsip-prinsip kesihatan awam, Unit AIDS/STD berusaha bersungguh-sungguh untuk melahirkan komuniti yang bebas HIV/AIDS dan penyakit-penyakit kelamin lain yang berjangkit. Seksyen ini ditubuhkan pada 1993 hasil penstrukturan semula Bahagian Kawalan Penyakit dan Jabatan Kesihatan Awam. Ketika ini, terdapat 3 unit di bawah seksyen, iaitu pencegahan dan promosi kesihatan, pemerhatian dan penjagaan. Unit ini menyediakan khidmat sebagai badan penyelaras, penyedia dana, pengurus proram dan perkhidmatan, dan penyokong kepada agensi lain, kerajaan dan badan bukan kerajaan dalam usaha memerangi AIDS/STD.
Program PROSTAR, Kementerian Kesihatan PROSTAR ialah “Program Sihat Tanpa Aids untuk Remaja” telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada 1996 dalam usahanya untuk menyelesaikan masalah AIDS di kalangan remaja. Program ini, yang bertemakan “Tindakan oleh Remaja, untuk Remaja dan Melalui Remaja” menggunakan pendidikan rakan sebaya untuk menyebarkan mesej. Sejak 2004, UNICEF berkerjasama dengan kelab PROSTAR di 6 daerah di negeri Kedah untuk menyediakan perkhidmatan yang mampu mendekati remaja-remaja yang tidak bersekolah.
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK), Kementerian Kesihatan Malaysia
Institut Pengurusan Kesihatan (IPK), Kementerian Kesihatan IPK telah ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2000, untuk tujuan latihan, kajian dan perundingan dalam pengurusan kesihatan. Ia merupakan salah satu daripada tujuh buah institut di bawah Institut Kesihatan Negara. Baru-baru ini, Institut ini telah menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2000, Confrac (Peranchis) dan sijil pengiktirafan UKAS (UK) untuk semua perniagaan terasnya. Pada 2005, UNICEF di Malaysia bekerjasama dengan IPK untuk menubuhkan Pusat Kerjasama IPK-UNICEF untuk Dasar, Penambahbaikan dan Penilaian Kesihatan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) KPM bertanggungjawab terhadap pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia yang akan merealisasikan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi semua rakyat Malaysia. KPM memastikan semua kanak-kanak di Malaysia mendapat peluang pendidikan yang saksama. UNICEF bekerja dengan KPM untuk memperkenalkan pendidikan berasaskan kemahiran hidup dan penyediaan kecemasan untuk kanak-kanak sekolah dan juga pendidikan pemulihan kepada kanak-kanak Orang Asli di Malaysia.
PPK, telah ditubuhkan sebagai satu bahagian dalam Kementerian Pendidikan pada 1974, bertanggungjawab untuk menyediakan kurikulum sekolah peringkat kebangsaan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada 1982 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada 1988 merupakan antara pencapaian utama bahagian ini. PPK dan UNICEF akan bekerja bersama-sama untuk menyediakan modul Kemahiran Hidup HIV/AIDS berasaskan pendidikan yang dijangka akan diedarkan ke seluruh Negara, beserta program khas pendidikan pemulihan kepada kanak-kanak Orang Asli di Malaysia dan kanak-kanak kaum peribumi lain. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Kementerian Belia dan Sukan (KKBS) KKBS yang dahulunya Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, ditubuhkan pada tahun 1964. Fungsi utama Kementerian ini adalah untuk menyumbang ke arah penggubalan dasar belia, melalui kedudukannya sebagai Pengerusi Majlis Perunding Belia Kebangsaan (MPBK) atau NYCC dan berkhidmat sebagai badan pelaksana utama dasar. Program yang berfokuskan belia yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan termasuklah latihan kemahiran, pembangunan ekonomi, penubuhan NGO belia, dan program Rakan Muda. UNICEF, bersama-sama dengan program Rakan Muda KKBS akan menubuhkan rangkaian sukarelawan belia untuk bersiap sedia untuk menghadapi kecemasan. Kira-kira 3,000 belia yang berusia 18 dan 25 tahun dilatih dalam kemahiran kepimpinan dan digembleng untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan juga bersiap sedia menghadapi kecemasan dan rancangan gerak balas.
Kementerian Kebajikan Masyarakat (KEMAS) Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah KEMAS Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, sebuah bahagian dalam Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah ditubuhkan pada tahun 1972 untuk memajukan penduduk luar bandar, khususnya di kawasan terpencil, memberikan tumpuan kepada pembangunan keluarga, termasuk ekonomi rumah tangga, pemakanan dan kesihatan keluarga dan juga kanak-kanak pusat asuhan kanak-kanak prasekolah dan program celik huruf orang dewasa. Program Pendidikan Awal kanak-kanak, bagi wilayah dan penduduk luar bandar, menjadi kegiatan teras KEMAS, UNICEF dan KEMAS berganding bahu untuk memenuhi keperluan kanak-kanak luar bandar dengan keperluan khas. Program ini akan membangunkan kurikulum prasekolah yang khusus; meningkatkan pengetahuan dan pemahaman guru prasekolah sasaran, dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ibu bapa bagi kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) JAKIM ialah institusi kerajaan yang ditubuhkan untuk membantu dalam pembentukan “ummah” yang progresif berdasarkan prinsip Islam yang selaras dengan wawasan Malaysia. Antara lain, JAKIM bertanggungjawab untuk menggubal dasar, memperkemas undang-undang dan peraturan dan melaksanakan program untuk kemajuan hal ehwal Islam dalam negara. UNICEF bekerjasama dengan JAKIM untuk mengkaji semula modul latihan bagi praperkahwinan dan tentang keibubapaan untuk memasukkan maklumat dan pendidikan untuk mengelak keganasan, eksploitasi dan penganiayaan kanak-kanak. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) * Sila ambil perhatian bahawa pautan-pautan ini akan ke laman web bukan UNICEF.
|