Rakan UNICEF

Kerjasama untuk mengubah janji kepada tindakan

 

Organisasi bukan kerajaan

© UNICEF Malaysia/2005/Marwan

Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia (MKKM)

MKKM ditubuhkan pada 1954 untuk menambahbaikkan kehidupan kanak-kanak di Malaysia. MKKM dan sekutunya menyokong Kerajaan untuk mempromosi dan meningkatkan pembangunan keseluruhan kanak-kanak. UNICEF akan bekerja dengan MKKM untuk memberi kesedaran mengenai kecederaan dan kemalangan kanak-kanak di Malaysia.

MERCY Malaysia
MERCY Malaysia merupakan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang memberikan tumpuan kepada aktiviti-aktiviti penyediaan bantuan perubatan dan kesihatan yang berpanjangan yang berkaitan dengan pembangunan kepada golongan lemah. Antara lain, NGO ini memberikan tumpuan kepada tindakan segera kumpulan perubatan untuk membantu mangsa-mangsa bencana di Malaysia dan seluruh dunia. MERCY Malaysia merupakan rakan kongsi utama UNICEF yang mempromosi penjagaan ibu dan anak di kalangan golongan terpinggir dan keluarga mereka di Sabah.

Pertubuhan Perlindungan kanak-Kanak Malaysia (PPKM)
Ditubuhkan pada 1994, PPKM menyokong hak asasi kanak-kanak dan meningkatkan kesedaran mengenai penderaan kanak-kanak dan penganiayaan; menghalang kanak-kanak daripada pederaan dan pengabaian; dan membantu kanak-kanak yang menjadi mangsa dera melalui sistem perundangan untuk mengelakkan trauma yang berlanjutan. UNICEF berkerja dengan PPKM untuk mengukuhkan persekitaran yang terjamin dan selamat kepada kanak-kanak.

Pusat Jana Daya (EMPOWER)
EMPOWER merupakan NGO tempatan yang memberikan kuasa kepada golongan yang terpinggir dan lemah serta mempromosi nilai-nilai sosial dan demokratik ke arah masyarakat yang adil dan aman. Sejak 2005, UNICEF telah menyokong EMPOWER untuk mengukuhkan sokongan psikososial yang berasaskan komuniti kepada kanak-kanak dan keluarga.

Sila ambil perhatian bahawa pautan-pautan ini akan ke laman web bukan UNICEF.

 

 
Search:

 Email this article

unite for children