Bekerjasama untuk kanak-kanak di Malaysia
 |
|
© UN Malaysia/2004/Chauly |
UNICEF bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia sejak tahun 1954 dengan memainkan peranan strategik dan memberi sokongan terhadap program yang memanfaatkan kanak-kanak dan golongan muda di Malaysia terus berkembang seiring dengan pembangunan negara.
Keutamaan program penting yang dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia dan UNICEF untuk lima tahun akan datang ialah:
- Kempen global “Bersatu untuk Kanak-kanak; Bersatu menentang AIDS” yang dilancarkan di Malaysia pada bulan November 2005 merupakan suatu seruan kepada pergerakan kebangsaan dalam menyokong kesedaran, pencegahan, penjagaan dan rawatan HIV/AIDS.
- Untuk menyokong Rancangan Strategik Kebangsaan HIV/AIDS 2006-2010 selama lima tahun oleh Kerajaan dan khususnya dalam inisiatif pengurangan kemudaratan di kalangan penguna dadah.
- Untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan menggunakan kemahiran hidup berasaskan pembelajaran bagi pembangunan kurikulum dan juga aktiviti akar umbi seperti pusat belia dan sukan.
- Untuk bekerjasama dengan agensi Kerajaan dan masyarakat awam bagi meningkatkan sistem pemantauan dan pelaporan untuk semua jenis penderaan terhadap kanak-kanak.
- Untuk bekerjasama dengan rakan serantau, Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, jabatan Kerajaan yang lain serta institusi hak asasi manusia untuk mengatasi jenayah jahat rentas sempadan dalam penyeludupan dan penindasan seks terhadap kanak-kanak dan wanita.
- Untuk bekerjasama dengan Kerajaan dan masyarakat awam dalam menyokong sistem pengawasan dan pemantauan kebangsaan bagi kejadian dan sebab-sebab kecederaan dan kemalangan terhadap kanak-kanak dan golongan muda. Untuk memahami dengan lebih mendalam faktor risiko yang membawa kepada kecederaan kanak-kanak akan membantu UNICEF menyokong Kerajaan membangunkan strategi, perkongsian dan campur tangan yang berkesan untuk mengurangkan risiko kemalangan.
- Untuk menyokong Kerajaan dan masyarakat awam untuk menambah baik kebersediaan kecemasan dan membina masyarakat yang tahan lasak.
- Untuk menyokong kajian tentang pembangunan, perlindungan, penyertaan kanak-kanak dan tanggungjawab sivik.
- Untuk bertukar-tukar pengalaman melalui bantuan teknikal, latihan, analisis dasar dan penyelidikan antara negara tentang isu-isu yang mempengaruhi kanak-kanak dan golongan muda.