Gambar keseluruhan

Malaysia – Kenegaraan yang sedang membangun

Cabaran yang dihadapi kanak-kanak dan remaja

Bekerjasama untuk kanak-kanak di Malaysia

Matlamat Pembangunan Milenium – Malaysia

 

Malaysia – Kenegaraan yang sedang membangun

© UN Malaysia/2004/Chauly

Terletak di tengah-tengah rantau Asia Tenggara, Malaysia terdiri daripada Semenanjung Malaysia dan negeri-negeri Sabah dan Sarawak di pulau Borneo. Di sebelah utara Semenanjung Malaysia ialah Thailand, manakala jirannya di sebelah selatan ialah Singapura. Sabah dan Sarawak menyempadani Indonesia, manakala Sarawak juga berkongsi sempadan dengan Brunei Darussalam.

Malaysia dianggap sebagai salah sebuah negara Asia yang paling berpelbagai dari segi budaya dengan penduduknya yang berbilang etnik dan berbilang budaya yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan lebih daripada 200 kumpulan suku kaum peribumi. Lebih 26 juta orang hidup di negara pendapatan sederhana ini, dengan tujuh puluh peratus tertumpu di Semenanjung Malaysia.

Sejak merdeka pada tahun 1957, Malaysia telah memulakan haluan yang progresif untuk meningkatkan kedudukan sosial dan ekonomi negara dan rakyatnya. Hasil daripada pembangunan dan kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi, tahap kemiskinan dan pengangguran telah berkurang dengan ketara,  dan ini juga dapat menangani ketidakseimbangan sosioekonomi yang lain.

Pendidikan rendah sejagat telah dicapai menjelang tahun 1990. Penurunan dalam kadar kematian ibu dan anak adalah luar biasa dan tahapnya sekarang adalah serupa dengan kebanyakan negara maju. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh sistem penjagaan kesihatan asas yang dimajukan dengan baik, termasuk pelaburan yang besar dalam perkhidmatan kesihatan reproduktif,  dan perolehan air, sanitasi dan pemakanan yang berkualiti.

Dengan pendapatan negara kasar per kapita sebanyak RM 17,687 pada tahun 2005*, pembangunan modal insan yang berterusan terus menjadi strategi penting bagi menjamin kelebihan kebersainganan Malaysia di peringkat serantau dan seluruh dunia. Aspirasi Malaysia adalah untuk menjadi negara maju sepenuhnya pada tahun 2020. Dikenali sebagai Wawasan 2020, strategi yang dimulakan pada tahun 1991 ini, menggambarkan sebuah negara yang maju sepenuhnya bukan sahaja dari segi ekonomi malah dari segi politik, sosial dan kerohanian.

* Sumber: The State of the World's Children 2008

 

 

 

 

Pelan dan Polisi Pembangunan

Fakta ringkas

Fakta ringkas

Penting

Sumber: Pelancongan Malaysia


Search:

 Email this article

unite for children