Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

Pihak kerajaan serantau digesa agar memberi penekanan melalui tindakan seks anti-kanak-kanak yang lebih tegas

Oleh Indra Nadchatram

KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2008 – Eksploitasi terhadap rakyat kita yang lemah dan terdedah – kanak-kanak - masih kekal sebagai isu untuk pihak kerajaan dan rakyat di Asia Timur dan Pasifik, walaupun terdapat beberapa kemajuan dalam beberapa tahun yang lepas untuk menangani penderaaan seks.

Malangnya ini merupakan mesej yang didengari sepanjang Mesyuarat Persediaan Rantau Asia Timur dan Pasitik untuk Kongres Dunia III menentang Eksploitasi Seks Kanak-kanak dan Remaja yang telah berlangsung di Bangkok baru-baru ini.

"Sememangnya terdapat kemajuan tetapi Asia Timur dan Pasifik masih terus menjadi tempat panas di mana sebilangan besar kanak-kanak telah dieksploitasi," menurut Pengarah Benua bagi Asia Timur dan Pasifik Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Cik. Anupama Rao Singh.

“Pihak kerajaan rantau ini patut mengambil usaha-usaha anti-eksploitasi mereka ke tahap yang lebih tinggi dan menggesa agar tindakan yang lebih tegas dapat diambil terhadap seks anti-kanak-kanak," gesa Cik. Rao Singh.

Memperjelaskan pelbagai dimensi eksploitasi kanak-kanak

Mesyuarat yang telah berlangsung selama dua hari ini telah membincangkan tentang masa yang ditetapkan untuk mencapai matlamat dan juga sasaran untuk memperjelaskan pelacuran kanak-kanak, perdagangan haram, jenayah-jenayah cyber dan penyalahgunaan di dalam persiaran dan pelancongan.

Ia telah diketuai oleh UNICEF, Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (ESCAP) serta ECPAT International, sebuah NGO yang memberi fokus kepada pelupusan pelacuran kanak-kanak, pornografi dan perdagangan haram.

Menurut ECPAT International, ekploitasi yang membimbangkan terhadap pelanggaran hak kanak-kanak kini tersebar luas sehingga ia memberi kesan kepada negara di seluruh dunia.

"Semua negara terlibat dengan isu-isu ini di dalam pelbagai cara dan tidak terdapat satu pendekatan pun yang bersesuaian untuk semua," jelas Pengerusi organisasi ini, Amihan Abueva. “Sebagai contoh, walaupun terdapat fokus kepada para pelancong dari luar negara, kita juga patut mengetengahkan perihal bahawa kebanyakan penjenayah yang melakukannya adalah lelaki tempatan."

Memperkukuhkan perlindungan untuk kanak-kanak

Saranan dari Mesyuarat ini akan diintegrasikan ke dalam Kongres Dunia III yang akan diadakan di Rio de Janeiro dari 25-28 November.

Ini termasuklah kedua-dua intervensi yang disasarkan beserta langkah-langkah untuk mengukuhkan lagi perlindungan untuk kanak-kanak, terutama sekali mereka yang hidup di dalam kemiskinan dan merupakan mangsa-mangsa penderaan dan eksploitasi:

  • Mewujudkan pendaftaran bagi penjenayah seks kanak-kanak di setiap negara untuk memastikan pendera-pendera kanak-kanak dapat dipantau dan dicegah daripada melancong ke luar negara untuk mendera golongan muda di negara-negara lain.
  • Menubuhkan undang-undang di antara negara untuk menyelaraskan pemindahan penjenayah kanak-kanak balik ke negara mereka untuk menghadapi tuduhan, sekiranya perlu.
  • Memperkenalkan undang-undang khas untuk menjadikan semua bentuk pornografi kanak-kanak, termasuklah penerbitannya, pengedarannya dan pemilikannya sebagai jenayah dan memastikan pembekal perkhidmatan internet memperkenalkan perkhidmatan halangan dan saringan yang berkesan untuk mencegah imej-imej tersebut daripada dipaparkan online.
  • Memberikan kanak-kanak yang menjadi mangsa situasi penderaan mendapat latihan kemahiran pekerjaan dan juga menubuhkan perkhidmatan pakar untuk membolehkan mereka kembali semula ke dalam masyarakat agar mereka tidak lagi terdedah kepada eksploitasi.
  • Memberikan pendidikan kepada mereka yang sering berurusan atau berhubungan dengan kanak-kanak yang terdedah kepada penderaan serta pada masa yang sama mengenalpasti bahawa kanak-kanak lelaki juga terdedah kepada ekploitasi dan keperluan mereka juga tidak patut dilupakan.

Menggunakan undang-undang untuk melindungi kanak-kanak

Timbalan Setiausaha Eksekutif ESCAP, En. Shigeru Mochida menekankan bahawa alatan yang kita sedia ada di tangan kita mestilah digunakan dengan berani untuk melindungi kanak-kanak, mempertahankan hak mereka dan mendakwa pendera-pendera mengikut kesesuaian.

"Walaupun tindakan eksploitasi seksual yang komersil merupakan tindakan berbentuk keganasan dan pelanggaran hak kemanusiaan, selalunya ia tidak dianggap satu penjenayahan," kata Mr. Shigeru. “Kita perlu memastikan bahawa tindakan-tindakan tersebut dianggap sebagai satu penjenayahan di dalam semua bentuk undang-undang dan sebagai agenda untuk tindakan terhadap eksploitasi kanak-kanak untuk seks komersil dan ini perlu ditekankan."

Beratus-ratus orang pakar dan pegawai-pegawai kerajaan daripada seluruh rantau ini telah menghadiri mesyuarat ini.

Berdiri di antara mereka adalah golongan muda, beberapa orang di antara mereka adalah mangsa kepada penderaan dan eksploitasi, yang telah mengambil bahagian dengan aktif di dalam semua perbincangan, dengan berkongsi pandangan mereka dan menyumbang kepada saranan-saranan utama berkaitan dengan perlindungan golongan yang sebaya dengan mereka.

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Kongres Dunia III

Kongres Dunia III menentang Eksploitasi Seksual Kanak-kanak dan Remaja
25 – 28 November 2008

Gambaran keseluruhan
Pusat Media

Laman web luar

 


Hentikan Keganasan Sekarang!

Hentikan keganasan!

Pelancaran di Malaysia*

Laporan PBB (laman web)*

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Persekitaran yang terlindung

Search:

 Email this article

unite for children