Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

Cuti bersalin yang tidak mencukupi merupakan satu liabiliti kepada penyusuan susu ibu

© UNICEF Malaysia/2008/Nadchatram
Pengerusi LPPKN Tan Sri Datin Paduka Seri Hjh Zaleha Ismail menerima ‘Memorandum Perlindungan Ibu Bersalin’ dari Prof. Madya Dr. Adlina Suleiman. Bersama mereka, seorang ibu bekerja, Khairunisah Mohd Thiyahuddin dan bayinya yang berusia 6 minggu.

Oleh Indra Nadchatram

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2008 – Tren penyusuan susu ibu di Malaysia telah menunjukkan bahawa cuti bersalin yang tidak mencukupi mungkin adalah sebab mengapa bayi-bayi tidak disusukan sepenuhnya dan ianya juga merupakan salah satu sebab mengapa hanya 1 daripada 7 orang bayi telah diberikan susu ibu secara sepenuhnya selama enam bulan pertama kehidupan mereka pada tahun 2006.

Menurut analisis oleh Kementerian Kesihatan terhadap data penyusuan susu ibu kebangsaan, kadar penyusuan susu ibu sepenuhnya di negara ini adalah tinggi dalam masa dua bulan yang pertama tetapi ianya telah menurun secara mendadak selepas dua atau tiga bulan selepasnya, iaitu masa di mana cuti bersalin telah tamat dan ibu yang bekerja terpaksa kembali semula kepada pekerjaan mereka. 

Di Malaysia, wanita bekerja berhak kepada cuti bersalin dengan gaji selama 8 minggu (60 hari), iaitu kurang 6 minggu daripada 14 minggu yang telah disarankan oleh Konvensyen Organisasi Buruh Antarabangsa terhadap Perlindungan Ibu-Ibu Bersalin 2000 (No. 183). Di mana Malaysia bukanlah salah satu negara yang telah menandatanganinya di dalam Konvensyen ini.

Tindakan yang ditingkatkan untuk menyokong penyusuan susu ibu

Setelah meluahkan kebimbangan beliau terhadap kadar penyusuan susu ibu yang amat rendah di Negara ini, Wakil Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) di Malaysia, En. Youssouf Oomar juga baru-baru ini telah memberi penekanan bahawa tindakan-tindakan perlu ditingkatkan dengan segera untuk membuang semua halangan dan sebab yang tidak menggalakkan wanita yang bekerja untuk menyusukan bayi mereka.

© UNICEF Malaysia/2008/Nadchatram
Wakil UNICEF di Malaysia En. Youssouf Oomar menekankan bahawa perlindungan ibu bersalin yang bersesuaian adalah perlu untuk melindungi maruah ibu dan menggalakkan penyusuan susu ibu sepenuhnya untuk bayi-bayi yang baru dilahirkan.

“Kita perlu mewujudkan budaya penyusuan susu ibu sebagai sesuatu yang normal, semulajadi dan kaedah yang menjadi pilihan untuk menyusu bayi yang baru dilahirkan dan anak-anak kecil dan juga mamberikan langkah-langkah terperinci untuk membolehkan ibu yang bekerja untuk terus menyusukan bayi mereka,” kata En. Youssouf ketika pelancaran Forum Wanita Bekerja dan Penyusuan Susu Ibu pada 1 Ogos yang lepas.

“Cuti bersalin yang mencukupi merupakan salah satu langkah yang boleh diambil kerana ia membantu untuk mengurangkan halangan-halangan yang dihadapi oleh para ibu daripada menjadi seorang pemupuk dan pendidik yang baik dan penjana ekonomi.” 

Naikkan gaji ketika cuti bersalin

Sebuah ‘Memorandum terhadap Perlindungan Ibu-Ibu Bersalin yang Menyokong Wanita Bekerja’ telah diberikan kepada Pengerusi Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Ismail dengan disaksikan oleh lebih kurang 80 orang penyokong kuat penyusuan susu ibu yang mewakili jabatan-jabatan kerajaan, hospital kerajaan dan swasta, universiti, NGO, pertubuhan pekerja dan media.

Di antaranya, Memorandum ini memanggil agar pihak Kerajaan memberikan cuti bersalin kepada wanita-wanita yang bekerja, sekurang-kurangnya empat bulan untuk membolehkan mereka menyusukan bayi mereka sepenuhnya.

“Ketika bulan yang pertama kehidupan, bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah dapat diberikan susu ibu untuk memastikan mereka kesinambungan kehidupan dan perkembangan yang sihat. Pada masa yang sama, seorang ibu memerlukan sekurang-kurangnya 16 minggu selepas bersalin untuk memberi penyusuan susu ibu yang sepenuhnya, merasa yakin dengan kemahiran-kemahiran mereka sebagai seorang ibu dan juga untuk pulih sepenuhnya daripada melahirkan bayinya”, terang Pengerusi Forum dan juga Pengarah Biro Maklumat Penyusuan Susu Ibu, Puan Siti Norjinah Moin.

Melindungi Penyusuan Susu Ibu…merupakan tanggungjawab bersama

Strategi Global untuk Pemakanan Bayi dan Anak-anak Kecil WHO/UNICEF menyarankan agar kanak-kanak diberikan penyusuan susu ibu sepenuhnya dalam masa enam bulan yang pertama kehidupan, dan kemudiannya terus menyusu dengan pemakanan tambahan yang mencukupi sehingga berumur dua tahun ke atas. 

Hasilnya, bayi akan lebih sihat dengan risiko yang rendah untuk mendapat penyakit seperti jangkitan telinga dan respiratori, cirit-birit dan obesiti; manakala para ibu pula mendapat manfaat dengan mempunyai risiko yang rendah terhadap kanser ovari dan kanser payudara sebelum berhenti haid. Kanak-kanak dan wanita yang lebih sihat membawa manfaat kepada semua orang kerana ia bermakna bahawa lebih sedikit perbelanjaan negara untuk penjagaan kesihatan, lebih sedikit bilangan wanita yang tidak dapat hadir bekerja, meningkatkan kesetiaan para pekerja dan kerja yang lebih produktif.

“Ia mestilah tanggungjawab kita bersama untuk memastikan setiap seorang dari bayi-bayi yang dilahirkan di Malaysia diberikan penyusuan susu ibu mengikut panduan-panduan WHO/UNICEF, kerana ia akan membawa hasil yang memberi manfaat jangkamasa panjang terhadap ekonomi sosial dan persekitaran untuk negara ini,” En. Youssouf menekankan.

“Perlindungan ibu-ibu bersalin yang bersesuaian adalah apa yang boleh kita lakukan sekurang-kurangnya untuk melindungi maruah keibuan dan menghargai kerja-kerja yang dilakukan oleh wanita tanpa dibayar untuk memberikan negara ini permulaan kehidupan yang terbaik”.

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2008

Sokongan Ibu: Kearah Pingat Mas
1 – 7 Ogos 2008

Berita WBW '08

Risalah WBW '08

Surat UNICEF

Surat WHO

.......................................

Aktiviti UNICEF Malaysia sekitar WBW '08


Search:

 Email this article

unite for children