Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

Youssouf Mohammad Oomar

© UNICEF Côte d’Ivoire
En. Youssouf Mohammad Oomar, Wakil UNICEF Malaysia.

Youssouf Oomar mula menerajui kepimpinan UNICEF Malaysia pada bulan Januari 2008 setelah menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Wakil Tetap UNICEF Côte d’Ivoire selama empat tahun di mana beliau telah memimpin badan tersebut melalui detik-detik konflik sehingga stabil dan aman.

Visi En. Oomar di UNICEF adalah berlandaskan kepercayaan bahawa pentingnya Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) dan mencapai kesemua matlamat menjelang tahun 2015 dilihat sebagai satu ‘keperluan penting’, begitu juga untuk memastikan polisi dan program-program agensi ini adalah merujuk kepada cara-cara untuk mencapai matlamat tersebut. Beliau memberi penekanan kepada pendekatan integrasi yang memberi fokus kepada peningkatan pelbagai intervensi untuk menyokong kesihatan dan pembangunan kanak-kanak.

Ketika berada di Cote d’Ivoire, Oomar telah bekerja keras untuk memimpin UNICEF dalam memajukan hak kanak-kanak agar ia selaras dengan Konvensyen Hak Kanak-kanak dengan memberi sokongan terhadap kesihatan dan nutrisi kanak-kanak, menyediakan pendidikan asas untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan, akses kepada air yang bersih dan sanitasi dan perlindungan kanak-kanak dari keganasan dan eskploitasi serta kesan-kesan yang dibawa oleh HIV dan AIDS.

© UNICEF Cote d'Ivoire/2006/Westerbeek

Beliau merupakan seorang diplomat yang berkemahiran dan amat dihargai di UNICEF. Beliau telah menggalakkan dan memupuk semangat kerjasama, ko-ordinasi dan perkongsian sebagai keutamaan untuk memastikan hasil yang didapati adalah berdasarkan kejayaan beliau meletakkan Strategi Perjuangan Kanak-kanak (Child Survival) di peringkat negara di mana ianya membawa manfaat kepada kanak-kanak di Côte d’Ivoire. Pada masa yang sama memastikan tiada seorang kanak-kanak terlibat dengan pasukan yang berjuang di dalam konflik negara tersebut. Dengan sokongan yang diberikan oleh Pasukan PBB di Côte d’Ivoire, En. Oomar juga telah menyelaraskan kerjasama di antara pihak Kerajaan dan lain-lain pihak untuk menangani krisis Pembuangan Toksik dan beliau juga telah mempengerusikan kumpulan tema Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu terhadap HIV/AIDS pada tahun 2005 – 2006.

Keteguhan serta pentadbiran yang transparensi merupakan kemuncak kepimpinan En Oomar di  UNICEF di mana karier beliau telah bermula di pejabat UNICEF di Mauritius sebagai Pegawai, diikuti dengan jawatan sebagai Pegawai Program di Mauritania. Kemudian beliau telah dilantik Wakil UNICEF di Gambia, diikuti dengan Wakil UNICEF di Algeria. Dari tahun 2000 sehingga Februari 2005, beliau telah berkhidmat sebagi Timbalan Setiausaha kepada Lembaga Eksekutif UNICEF di New York.

Kekuatan dan pengalaman En. Oomar terletak di dalam perkembangan sosio-ekonomi. Sebelum memulakan karier beliau di UNICEF, beliau telah bekerja di bawah UNDP/UNFPA dan dengan Kementerian Perancangan Ekonomi, di mana kedua-duanya ketika beliau di Mauritius. Beliau juga telah mengikuti kursus-kursus berkaitan perkembangan ekonomi di Universiti Kebangsaan Australia (1982) dan kursus ekonomi, sosiologi dan politik di Universiti Mysore India (1975).

Seorang warganegara Mauritius, Youssouf Oomar memang menyokong dan mempercayai sepenuhnya akan budaya yang pelbagai. Beliau telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang berumur 24 tahun dan seorang anak perempuan yang berumur 22 tahun. Selain itu, beliau juga merupakan seorang penyanyi yang berbakat dan amat suka memasak.

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 
Search:

 Email this article

unite for children