Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

Bayi sepatutnya diberikan susu ibu

© WABA 2008 / Alphone Roswanto Soewargo

PENASIHAT MEDIA
Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia, 1 – 7 Ogos 2008

Susu ibu melindungi bayi daripada pencemaran dan bahan-bahan yang memudaratkan yang didapati di dalam produk alternatif. 

Para ibu memerlukan sokongan untuk memastikan bayi mereka mendapat nutrisi yang berpiawaian emas.

KUALA LUMPUR, 23 Julai 2008 – Bayi sepatutnya diberikan susu ibu. Kajian yang telah dijalankan telah membuktikan berulang-ulang kali bahawa susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik untuk bayi, dan tiada sebarang produk formula bayi, tidak kiralah betapa bagusnya produk tersebut, yang boleh menyamai keunggulan nutrisi susu ibu.

Namun begitu, semenjak beberapa tahun ini, hanya 2 daripada 7 orang bayi di Malaysia diberikan susu ibu sepenuhnya untuk empat bulan yang pertama kehidupan, iaitu dua bulan lebih pendek berbanding dengan enam bulan yang telah disyorkan oleh Badan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF).

Ibu bapa bukan sahaja tidak memberikan bayi mereka yang terbaik sebagai permulaan kehidupan mereka, malahan ibu bapa memilih untuk menggantikan susu ibu – iaitu nutrisi bayi yang berpiawaian emas – dengan formula-formula gantian kurang hebat yang didapati di dalam bentuk formula susu, susu lembu, susu pekat, susu sejat dan kopi, teh dan air gula.

Ancaman terhadap susu ibu dengan gantian formula

“Formula gantian ini bukan sahaja tidak bagus, malah lebih teruk lagi, ianya amat berbahaya untuk bayi,” kata Wakil UNICEF di Malaysia En. Youssouf Oomar. “Pemberian makanan atau minuman selain daripada susu ibu kepada bayi meningkatkan risiko bayi terhadap cirit-birit, paru-paru berair, jangkitan telinga, hidung berair dan lain-lain jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. Penyusuan susu ibu mengurangkan risiko-risiko ini.”

Ancaman seperti ini terhadap kesihatan dan kesinambungan kehidupan bayi serta perkembangan bayi adalah amat prevalen di negara-negara membangun seperti di negara-negara sedang membangun dan tidak membangun di mana bayi-bayi yang diberikan susu ibu sepenuhnya pada enam bulan yang pertama mendahului di dalam kehidupan berbanding dengan bayi yang sebaya dengan mereka yang diberikan formula gantian. 

Selain daripada kemungkinan terdapatnya pencemara yang mungkin berlaku ketika penyediaan formula, ibu bapa juga patut merasa bimbang terhadap pencemaran di dalam formula bayi itu sendiri. Satu kajian yang dijalankan pada tahun 1988 telah melaporkan bahawa terdapat pelbagai jenis bakteria telah didapati di dalam lebih daripada 50 peratus daripada 141 produk tepung formula bayi yang kering daripada 35 buah negara. Bakteria E. Bakteria sakazakii, telah dikenali sebagai penyebab penyakit-penyakit yang teruk dan mengancam nyawa, terutama sekali bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan. Ia telah dijumpai di dalam 14 peratus daripada contoh yang diuji, dan lain-lain laporan juga telah mengukuhkan lagi penyebaran bakteria ini di dalam formula bayi. Kajian-kajian yang dijalankan juga telah menemui bahawa terdapat di antara 40 dan 80 peratus daripada bayi ang baru dilahirkan yang telah dijangkiti oleh bakteria ini telah meninggal dunia. 

Kebaikan penyusuan ibu

Susu ibu adalah lebih selamat dan mengandungi kesemua nutrisi yang diperlukan oleh bayi-bayi yang sihat, termasuklah 160 asid lemak yang tidak didapati di dalam formula bayi. Susu ibu juga amat penting sebagai ‘imunisasi pertama’ bayi. Secara keseluruhan, nutrisi-nutrisi penting ini yang diberikan ketika bayi masih kecil membantu memberikan kesan jangka masa panjang terhadap perkembangan dan masa hadapan kanak-kanak.

“Kanak-kanak yang diberikan susu ibu dilindungi daripada jangkitan, mempunyai penglihatan yang lebih baik, mempunyai rekod IQ yang tinggi dan kemungkinan besar tidak mempunyai berat badan yang berlebihan berbanding dengan mereka yang diberikan formula gantian,” tambah En. Youssouf.  “Kajian juga telah menunjukkan bahawa bayi-bayi yang telah diberikan susu ibu mempunyai insiden yang rendah, pada lewat kehidupan mereka, terhadap penyakit-penyakit seperti lelah, kencing manis dan barah.”

Kesihatan ibu itu sendiri juga mendapat manfaat daripada penyusuan susu ibu kepada bayi. Sebagai tambahan kepada bayi yang sihat dan ceria, para ibu yang menyusukan bayi mereka juga seringkali dapat mengurangkan berat ketika mengandung lebih cepat dan mempunyai kekuatan tulang yang lebih baik. Mereka juga mungkin mempunyai risiko yang berkurangan terhadap barah payudara dan ovari. Apa yang penting juga ketika ini adalah dengan peningkatan harga makanan, penyusuan susu ibu boleh membantu sesebuah keluarga itu berjimat sebanyak RM 85 dan RM 275 setiap bulan bagi makanan bayi.

Walaupun terdapat risiko yang telah terbukti terhadap formula bayi dan manfaat yang boleh didapati daripada susu ibu, kebanyakan para ibu masih memilih untuk tidak menyusukan bayi mereka kerana mereka melihat susu formula sebagai sesuatu yang lebih mudah dan menyenangkan dan kadangkala pilihan yang kurang menyakitkan.

Pemasaran yang agresif darpada industri yang bernilai labih daripada RM 10 bilion setahun mungkin telah mempengaruhi pemilihan mereka. Polisi dan penguatkuasaan yang tidak mencukupi untuk melindungi amalan-amalan penyusuan susu ibu, tempat-tempat kemudahan yang tidak disediakan di tempat kerja dan tempat awam, nasihat serta penjagaan yang tidak bersesuaian di tempat-tempat kemudahan bersalin merupakan sebab-sebab yang lain. Digabungkan dengan ketiadaan galakan dan sokongan daripada ahli keluarga, penyusuan susu ibu menjadi pilihan yang lebih sukar diambil dan sukar untuk dikekalkan.

Sokongan Ibu: Raih yang terbaik

Dengan mengenalpasti cabaran-cabaran ini, Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2008 daripada 1 sehingga 7 Ogos ini akan disambut dengan tema “Sokongan Ibu: Kearah Pingat Mas”. WHO dan UNICEF telah mencadangkan empat kriteria untuk menyokong penyusuan susu ibu yang berjaya:

  1. Untuk para ibu disokong oleh sistem kesihatan melalui kes berasaskan-wanita, rawatan yang berasaskan kebajikan untuk setiap pasangan ibu dan anak, dan perhatian kepada polisi yang mempunyai kesan terhadap pasangan tersebut.
  2. Untuk para ibu disokong oleh pendidikan pegawai kesihatan melalui amalan kemahiran, berpengetahuan, begitu juga kebajikan dan peka terhadap budaya.
  3. Untuk para ibu disokong dan dilindungi daripada pemasaran palsu dan menyeleweng oleh industri formula bayi melalui Kod Antarabangsa Pemasaran bagi Gantian Susu Ibu dan resolusi Kumpulan Kesihatan Sedunia (World Health Assembly- WHA).
  4. Untuk para ibu disokong melalui gerakan masyarakat, terutama sekali sokongan daripada ibu-kepada-ibu dan lain-lain kumpulan sokongan yang memperkasa dan juga memberi pengetahuan kepada mereka.

"Memang tidak mudah bagi seseorang ibu untuk menyusukan bayi mereka," kata En. Youssouf. "Tekanan daripada tanggungjawab terhadap keluarga, had yang terdapat di tempat kerja, harapan, sosial yang seringkali menganggu pemilihan ibu untuk menyusukan anak secara sepenuhnya. Para wanita patut disokong oleh suami mereka, masyarakat, sistem penjagaan  kesihatan, dan ibu bapa mereka apabila memikirkan apa yang terbaik – dan mereka mesti disokong untuk berjaya setelah membuat pilihan."

...........................................................................

NOTA KEPADA EDITOR:

Aktiviti-aktiviti UNICEF untuk Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2008 di Malaysia

TENTANG UNICEF dan kerja-kerja kami di dalam penyusuan susu ibu
Dengan berpandukan Konvensyen Hak Kanak-kanak, program UNICEF adalah berdasarkan kepercayaan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak terhadap kehidupan dan bertujuan untuk memastikan perkembangan dan kesinambungan kesihatan dan kehidupan mereka. Penyusuan susu ibu telah dikenalpasti sebagai satu cara yang sempurna untuk memberikan pemakanan yang terbaik untuk bayi, yang memberi manfaat kepada kanak-kanak di seluruh dunia. Strategi Global untuk Bayi dan Anak-anak Kecil WHO/UNICEF menyarankan agar kanak-kanak diberikan susu ibu sepenuhnya pada enam bulan yang pertama kehidupan, dan penyusuan susu ibu diteruskan dengan pemakanan tambahan sehingga berumur dua tahun ke atas.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari http://www.unicef.org/nutrition/index_breastfeeding.html

UNTUK MAKLUMAT LANJUT:
• Indra Nadchatram : (+6.03) 2095 9157  ● (+6) 013 366 3452  ●  inadchatram@unicef.org
• Izwina Mohd Din : (+6.03) 2095 9154  ● (+6) 012 243 7374  ●  imohddin@unicef.org

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 
Search:

 Email this article

unite for children