Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

Adakah kita memusnahkan masa hadapan anak-anak gadis kita?

© UNICEF Malaysia/2008

By Indra Kumari Nadchatram

Pada tahun 1968, pemimpin-pemimpin sedunia telah mengisytiharkan bahawa setiap individu mempunyai hak asasi untuk memastikan secara bebas dan bertanggungjawab terhadap bilangan anak dan masa untuk memperolehi anak. Hari Populasi Sedunia pada tahun ini, di mana ianya diraikan di bawah tema “Rancang masa hadapan, Rancang keluarga anda” mengukuhkan lagi antara lainnya, kepentingan membantu orang ramai, terutama sekali golongan muda untuk merancang keluarga mereka dan masa hadapan mereka.

KUALA LUMPUR, 7 Julai 2008 – Di seluruh dunia, setiap hari, lebih kurang 40,000 orang kanak-kanak dilahirkan oleh anak-anak gadis berumur di antara 15 sehingga 19 tahun, yang sudah berkahwin dan yang tidak berkahwin. Namun begitu yang tragiknya, sesetengah anak-anak gadis ini adalah kanak-kanak dan mereka mungkin tidak akan hidup untuk melihat bayi mereka dilahirkan, kerana mereka mempunyai risiko dua kali ganda untuk mengalami komplikasi dan meninggal dunia ketika hamil dan bersalin berbanding dengan wanita di dalam umur 20an. 

Soerang gadis remaja hamil disebabkan oleh pelbagai situasi. Kebanyakan gadis-gadis ini menjadi hamil, terutama sekali di negara-negara yang sedang membangun selepas berkahwin di dalam usia yang muda, sesetengahnya pula ketika melalui hubungan jangka masa panjang dengan teman lelaki mereka. Lain-lain gadis pula menjadi hamil sebaik sahaja mereka mula mempunyai teman lelaki. Dan sesetengah gadis pula hamil setelah diperkosa.

Walaupun sesetengah kehamilan ini disambut dan diraikan dengan penuh gembira oleh masyarakat, samada ianya betul atau salah, orang lain terutama sekali bagi ibu - ibu remaja yang tidak berkahwin terpaksa menahan malu, sangsi dan menghadapi stigma sosial.

Merosakkan masa depan gadis

Menurut Wakil UNICEF di Malaysia, En. Youssouf Oomar, kehamilan remaja mestilah dilihat sebagai satu kebimbangan yang serius kerana ia menghadkan dan juga memberi kesan kepada masa hadapan gadis tersebut.

“Kehamilan ketika tahun remaja boleh mengorbankan masa hadapan seseorang gadis tersebut. Terdapat banyak stigma sosial terhadap para ibu yang tidak berkahwin yang boleh menyebabkan gadis-gadis ini untuk mengmbil keputusan untuk menggugurkan kandungan mereka secara tidak selamat, iaitu melalui amalan-amalan menggunakan pintu belakang yang boleh mengancam nyawa mereka,” kata En. Youssouf. “Ia boleh memberi kesan emosi dan psikologi yang amat besar terhadap seseorang gadis yang merasakan bahada dia tidak mempunyai pilihan yang lain tetapi untuk memusnahkan bayi yang dikandungnya ataupun terpaksa memberikan bayinya kepada orang lain sebaik sahaja selepas bersalin.”

Walaupun kehamilan remaja boleh mengancam masa hadapan seseorang gadis tersebut, iaitu peluang untuk mendapatkan pendidikan yang boleh mengubah kehidupannya dan juga kesejahteraan mentalnya, tetapi apa yang lebih membimbangkan adalah kesan kemudaratan yang dibawa terhadap kesihatan gadis tersebut.

Apa yang jelas sekali, kehamilan remaja adalah disebabkan oleh aktiviti seks yang tidak dilindungi, tidak kira samada ianya secara sukarela atau tidak. Walaupun kehamilan merupakan hasil daripada aktiviti tersebut, lain-lain risiko kesihatan seperti penyakit kelamin dan HIV, seringkali tidak diendahkan oleh para remaja dan juga orang dewasa, membawa ancaman yang lebih besar terhadap nyawa dan kesihatan golongan muda.

Bantu remaja membesar

Di Malaysia, sebuah negara yang meraikan identiti dan budaya Asianya, kebanyakan orang dewasa – ibu bapa dan guru – tidak akan berbicara dengan anak-anak mahupun para pelajarnya tentang seks dan seksualiti, kerana mereka menganggap topik tersebut amat ‘taboo’ dan di luar jangkauan bagi golongan muda.

Ditinggalkan untuk menangani masalah mereka sendiri dan dikonfrontasikan dengan  seksualiti mereka yang semakin meningkat serta perasaan ingin tahu tentang hubungan di antara lelaki dan wanita, para remaja selalunya berpaling kepada rakan-rakan sebaya mereka, internet, filem dan juga majalah-majalah untuk mendapatkan maklumat yang amat diperlukan oleh mereka terhadap isu ini. Selalunya, maklumat yang dikumpulkan adalah tidak jelas, terlebih romantik dan sememangnya tidak membantu golongan muda untuk membuat keputusan yang tepat dan selamat.

“Kita tidak boleh mengabaikan cabaran yang dihadapi dan dilalui oleh golongan muda. Membesar bukan sahaja tentang buku-buku teks dan lulus peperiksaan. Kanak-kanak akan berubah bukan sahaja dari segi fizikal ketika mereka menempuhi alam remaja, tetapi juga dari segi emosi,” tambah En. Youssouf. “Sebagai orang dewasa, kita mestilah berani untuk bersama mereka di dalam melalui perjalanan ini, untuk memimpin dan memegang tangan mereka, untuk memberitahu dan mendidik mereka, dan juga membina keyakinan diri mereka agar mereka dapat membuat keputusan yang betul untuk diri mereka sendiri.”

Dengan menggalakkan hanya remaja perempuan dan lelaki sahaja agar menahan diri dari melakukan seks sebenarnya mengabaikan realiti yang sebenar. Tetapi, dengan berbicara tentang hanya kaedah perancang kehamilan dan kondom pula mungkin menggalakkan kelakuan yang berisiko tinggi di kalangan golongan muda. Oleh itu, bagaimana kita menangani isu ini?

Reproduktif program kesihatan yang komprehensif

UNICEF percaya bahawa program pendidikan kesihatan reproduktif yang komprehensif, disertai dengan kemahiran hidup merupakan caranya. Iaitu program yang berbicara tentang akil baligh dan juga hubungan di antara lelaki dan wanita, serta menerokai norma-norma gender yang membentuk pemikiran remaja lelaki terhadap kelelakian dan sekiranya perlu, melengkapkan remaja dengan kemahiran untuk berunding bagi seks yang selamat. 
En. Youssouf juga pantas untuk menunjukkan bahawa tiada pendekatan yang boleh dikatakan ‘memenuhi segala-galanya’. Oleh tu, untuk memastikan kejayaan, strategi-strategi mestilah direka agar ianya bersesuaian dengan kesemua segmen remaja.

“Kita juga mesti mengambil kira bahawa tidak semua remaja dan golongan muda berada di sekolah atau tidak mempunyai teman. Sesetengah mereka mungkin mempunyai pekerjaan dan mungkin juga telah berkahwin. Sesetengah mereka mungkin tinggal dengan ibu bapa mereka, manakala yang lainnya pula dengan rakan-rakan ataupun tinggal di tepi-tepi jalan. Untuk mencapai setiap seorang dari mereka, kita memerlukan program yang pelbagai, dan melaksanakannya dengan menggunakan platform yang pelbagai juga,” kata beliau.

Namun begitu untuk maju kehadapan secara konstruktif mungkin dibebani dengan cabaran-cabaran yang diberikan oleh persekitaran sosial kita, ia juga amat jelas sedang kita bekerja untuk mengatasi halangan-halangan budaya ini, kita juga secara tidak langsung memabntu golongan muda kita membuat keputusan yang boleh memberi keputusan yang positif terhadap kehidupan mereka dan juga terhadap masa hadapan planet ini – iaitu bukan sahaja saiz penduduk sedunia, tetapi juga kesejahteraan dan dinamiknya sekali.

Bekerja secara berani dan kreatif

Setelah meneliti kesemua ini, kita perlu bertanya pada diri kita sendiri samada kita boleh bekerja dengan berani dan dengan kreatif untuk memberi anak-anak gadis kita peluang untuk mencapai masa hadapan yang lebih cerah …. atau adakah kita akan membiarkan ketakutan dan sikap prejudis kita memusnahkannya sekarang.

Dan keputusan tersebut merupakan keputusan yang perlu diambil oleh kita semua.

Artikel ini telah diterbitkan didalam akhbar New Sunday Times pada 6 Julai 2008.

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 


 

 
Search:

 Email this article

unite for children