Bapa berwibawa, keluarga kukuhHari keluarga Antarabangsa – 15 Mei 2008
KUALA LUMPUR, 5 Mei 2008 – Para bapa mempunyai peranan yang penting serta membina untuk dimainkan di dalam keluarga mereka dan juga di dalam perkembangan anak-anak mereka. Kajian yang telah dijalankan pada masa yang lepas terhadap kesejahteraaan keluarga seringkali memberi fokus kepada kaitan di antara para ibu dengan anak-anak, tetapi semenjak dua dekad yang lepas minat terhadap peranan yang dimainkan olegh para bapa semakin meningkat, terutama sekali dengan perubahan dinamik keluarga yang dapat dilihat secara global. Menurut Wakil UNICEF di Malaysia, En. Youssouf Oomar, peranan dan tanggungjawab yang dibawa oleh para bapa terhadap anak-anak mereka telah berubah mengikut masa di dalam kebanyakan keluarga dan budaya. “Di dalam kebanyakan masyarakat, tanggungjawab tradisional dan peranan yang dibawa oleh bapa adalah sebagai sorang guru moral, pendisiplin, ‘role model’ lelaki dan juga ketua keluarga”, kata En. Youssouf. “Para bapa menunjukkan kehadiran yang lebih kuat di dalam kehidupan keluarga, walaupun mereka tidak melibatkan diri secara langsung di dalam membesarkan anak-anak mereka”. “Walaubagaimanapun, dengan perubahan daripada keluarga yang besar kepada keluarga yang yang kecil yang berterusan, kedua ibu bapa kini mengambil peranan yang lebih di dalam membesarkan anak-anak mereka, dan pengaruh yang dibawa oleh para bapa kepada anak-anak mereka kini mempunyai peranan yang lebih penting”, tambah beliau. Kepimpinan positif Hari Keluarga Antarabangsa yang disambut setiap tahun di seluruh dunia pada 15 Mei kini menuju ke arah ini di dalam mengetengahkan isu perkembangan kanak-kanak. Dengan bertemakan “Bapa dan Keluarga: Tanggungjawab dan Cabaran”, acara ini adalah bertujuan untuk memupuk persekitaran yang positif untuk kebapaan, di dalam keluarga dan juga masyarakat, dan juga untuk membina dan melaksanakan polisi dan sosial keluarga serta mesra-bapa untuk membantu para bapa menghadapi pelbagai cabaran di dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang bapa. Kesaksamaan gender yang kini telah dikenalpasti kepentingannya di seluruh dunia dan perningkatan bilangan wanita, termasuklah para ibu, yang terlibat di dalam pasaran buruh juga telah membawa perubahan di dalam tanggungjawab yang diharapkan oleh lelaki dan para bapa. Di dalam kebanyakan budaya, kini terdapat penekanan terhadap bapa sebagai penjaga bersama, iaitu dengan melibatkan diri sepenuhnya di dalam aspek seharian penjagaan anak-anak baik dari segi emosi mahupun praktikal. Kajian juga telah menunjukkan bahawa kanak-kanak dapat menunjukkan prestasi akademik yang lebih baik, kurang mempunyai masalah disiplin, dan menjadi seorang dewasa yang lebih bertanggungjawab apabila kedua ibu dan bapa mereka terlibat secara aktif di dalam pembelajaran dan perkembangan mereka. Para bapa yang terlibat secara aktif dengan kehidupan anak-anak mereka boleh menunjukkan bahawa lelaki dewasa bertanggungjawab, membantu mendirikan kelakuan yang bersesuaian, dan juga memberikan contoh-contoh seharian tentang bagaimana menghadapi kehidupan, dan juga pentingnya pencapaian dan produktiviti. Sekiranya mereka mempunyai kehidupan yang aktif dari segi keagamaan dan rohani, seperti juga bapa, dan ibu, boleh menunjukkan contoh di dalam aspek tersebut juga. Penglibatan seorang bapa juga menggalakkan anak-anak untuk menerokai dunia di sekeliling mereka dan juga meningkatkan keyakinan mereka di dalam keupayaan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah-masalah mereka. Cabaran terhadap peranan bapa di dalam penjagaan anak secara langsung Walaupun harapan terhadap penglibatan bapa secara langsung di dalam penjagaan anak-anak berubah mengikut masa, cabaran sebagai seorang bapa, begitu juga dengan masyarakat, masih kekal kuat sehingga kini. Salah satu cabaran yang terbesar adalah ketiadaan seorang bapa di dalam sesebuah keluarga tersebut. Para bapa ini mungkin tiada dari segi ekonomi, emosi ataupun kedua-duanya sekali. iaitu dengan tidak memberi bantuan kewangan, seperti bayaran penjagaan anak-anak, walaupun mereka mampu. Kesemuanya ini merupakan bentuk-bentuk ketiadaan yangh boleh didapati di mana seorang bapa sudah tiada bersama dengan keluarga. Dengan peningkatan kadar penceraian yang semakin meningkat, terutama sekali di negara yang sudah membangun dan peningkatan migrasi pekerja buruh terutama sekali di negara-negara sedang membangun, kaum lelaki kini lebih ramai yang hidup secara berasingan dengan keluarga dan anak-anak mereka. Kini, makin ramai kanak-kanak yang tinggal dengan salah seorang dari ibu atau bapa mereka, seringkali ianya diketuai oleh wanita. Sebagai dimensi tambahan dan cabaran kepada keluarga dan masyarakat ialah apabila para bapa itu sendiri merupakan punca keganasan dan penderaan seksual di dalam keluarga tersebut, meninggalkan pasangan dan anak-anak mereka dengan kesan di dalam bentuk fizikal dan emosi. Dengan peningkatan bilangan wanita yang sudah berkahwin kini hidup dengan HIV, seringkali dijangkiti oleh suami mereka, satu lagi cabaran adalah untuk memastikan bahawa para bapa dilengkapi dengan perassan tanggungjawab terhadap keluarga dan juga maklumat, perkhidmatan dan peralatan yang diperlukan untuk melindungi diri mereka dan orang-orang yang disayangi daripada virus tersebut. Polisi yang menyokong penglibatan para bapa Polisi sosial dan program-program mempunyai peranan yang amat penting untuk dimainkan di dalam situasi sebegini melalui pendidikan ahli keluarga; begitu juga dengan para pendidik dan pegawai-pegawai kesihatan, serta perlindungan dari segi fizikal dan undang-undang kepada ahli-ahli keluarga yang lemah dan terdedah, kata En Youssuf.“Polisi yang menyokong para bapa patut bertujuan untuk menghapuskan halangan-halangan terhadap penglibatan para bapa dan juga memberi sokongan di dalam meningkatkan peranan membina para bapa, yang dilaksanakan di dalam konteks polisi keluarga yang lebih umum. Kita perlu mengetahui punca permasalahan ini daripada memburukkan lagi keadaan dan meletakkan mekanisma yang efektif yang boleh membantu memastikan peranan para bapa yang lebih positif di dalam kesejahteraan keluarga dan anak-anak masing-masing”, kata beliau. Penglibatan para bapa di dalam pembesaran dan penjagaan anak-anak secara aktif patut digalakkan di peringkat awal melalui amalan di dalam kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan keluarga. Para bapa mempunyai peranan yang positif dan sihat untuk dimainkan di dalam keluarga. Polisi yang menyokong penglibatan para bapa adalah termasuk program pendidikan, polisi-polisi di tempat kerja yang mesra-bapa serta polisi undang-undang yang tidak meletakkan halangan kepada penglibatan para bapa dengan anak-anak mereka, terutama sekali di dalam kes-kes penceraian. Membesarkan anak-anak yang riang dan sihat Para bapa, tidak kiralah latar belakang pendapatan ataupun budaya mereka, boleh memainkan peranan yang kritikal di dalam pendidikan dan perkembangan anak-anak mereka. Apabila para bapa melibatkan diri, anak-anak mereka boleh mempelajari dengan lebih banyak, prestasi akademik mereka di sekolah juga meningkat, dan mereka juga menunjukkan kelakukan yang lebih sihat. Walaupun sekiranya para bapa tidak berkongsi rumah dengan anak-anak mereka, penglibatan mereka yang aktif dan membina boleh memberi kesan yang lama dan juga positif terhadap kehidupan anak-anak mereka.“Para bapa boleh menjadi penjaga yang terbaik apabila mereka bermotivasi tinggi. Para bapa boleh menyumbang kepada peningkatan kemahiran mental di dalam anak-anak mereka, meningkatkan empati, kurangnya stereotaip terhadap peranan pelbagai gender dan pengawalan diri yang lebih hebat,” tambah En. Oomar. “Bapa yang bertanggungjawab menjadikan keluarga yang kukuh dan anak-anak yang kuat!” Penterjemahan ke Bahasa Melayu oleh Anne Jamaludin.
Hari Keluarga Antarabangsa 2008 Hari Keluarga Antarabangsa – 15 Mei (laman web luar) Fakta Sumber rujukan Penglibatan bapa dan anak (BI) Bapa: Mengikut Perspektif Gender (BI) Reformasi Kebajikan, Kesuburan, dan Penglibatan Bapa (BI) Kriteria bapa: Mengikut Perspektif seorang Bapa HIV positif (BI) Keganasan terhadap wanita dan budaya maskuliniti (BI) Tren utama memberi kesan kepada keluarga di Asia Tenggara dan Timur (2003) (BI) |