Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

Kanak-kanak telah banyak menderita - Bertindaklah sekarang!

© UNICEF/ HQ08-0379
Seorang kanak-kanak lelaki mengintai di sebalik pintu pusat pengagihan bekalan bantuan di pekan Dedaye di Bahagian Irradwaddy. Pekan ini merupakan salah sebuah tempat yang paling teruk dilanda taufan.

Setiausaha Agung PBB ke Myanmar: Fokus kini adalah untuk menyelamatkan nyawa

40% kanak-kanak Taufan Myanmar betarung untuk hidup.

KUALA LUMPUR, 21 Mei 2008 – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), En. Ban Ki-moon yang akan tiba di Myanmar pada hari Khamis ini, menggesa pemerintah kerajaan tentera negara tersebut agar fokus kepada segala usaha di dalam menyelamatkan nyawa beratus ribu rakyatnya, yang kini kehidupan mereka amat bergantung kepada bantuan yang diberikan kepada mereka.

“Ini merupakan masa yang amat kritikal buat Myanmar. Kita telah sediakan program bantuan yang sedang berfungsi, tetapi setakat ini, ianya hanya dapat mencapai 25 peratus daripada penduduk yang amat memerlukan bantuan di Myanmar”, kata Ketua PBB tersebut yang akan tiba di negara yang telah menjadi mangsa Taufan Nargis tersebut sehingga 23 Mei untuk melawat tempat-tempat yang telah dilanda teruk.

Lawatan beliau adalah tepat dengan masa di mana terdapatnya kebimbangan yang meningkat terhadap keadaan kanak-kanak di negara tersebut yang kelihatan amat lemah dan terdedah. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), adalah dianggarkan lebih kurang 2.5 juta orang kini terjejas kehidupan mereka disebabkan oleh ribut yang ganas dan yang tidak dijangka tersebut, di mana 40 peratus daripada mereka terdiri daripada kanak-kanak.

Kehidupan sejuta orang kanak-kanak terjejas

Pada 2hb dan 3hb Mei, Taufan Nargis telah melanda salah satu kawasan yang mempunyai ekonomi yang paling termiskin di Asia, ia telah memusnahkan rumah-rumah kediaman, sekolah-sekolah, hospital-hospital dan juga penjana-penjana elektrik dan telah menjejaskan kehidupan lebih kurang sejuta orang kanak-kanak dan keluarga mereka. Jumlah bilangan rasmi yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan adalah, seramai 77,738 orang telah mati dan seramai 55,917 orang kini masih hilang, dengan anggaran kemusnahan sebanyak US$ 10 bilion.

© UNICEF/ HQ08-0426
Para pekerja UNICEF sedang memunggah sebanyak 550 buah kotak yang mengandungi kit air untuk keluarga yang telah tiba di lapangan terbang antarabangsa Yangon. Kit-kit ini akan membantu seramai 5,500 buah keluarga yang terselamat dari Taufan Nargis.

Dengan adanya UNICEF yang berkhidmat lebih dari lima puluh tahun, dengan tenaga seramai 131 orang, jaringan dengan agensi kerajaan dan NGO, begitu juga dengan bekalan yang telah sedia ada, Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) telah berjaya menyalurkan bekalan kepada berpuluh-puluh ribu orang kanak-kanak dan keluarga mereka yang membantu menyelamatkan nyawa mereka.

Tetapi bekalan ini adalah tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan yang sebenar. UNICEF telah memberi kenyataan secara global bahawa ia memerlukan sebanyak US $25.57 juta (sebanyak RM 80.3 juta) dalam masa enam bulan yang akan datang untuk membantu mangsa-mangsa taufan yang terselamat.

Di Malaysia, Wakil UNICEF di Malaysia, En. Youssouf Oomar telah menyeru para individu dan badan-badan korporat agar mengambil langkah untuk bertindak dengan segera untuk menghindari bencana yang kedua daripada berlaku kepada kanak-kanak di Myanmar.

Setiap saat adalah berharga

“Kita tidak boleh membuang masa walaupun sesaat. Kita tidak boleh menjadikannya satu isu politik. Kehidupan kanak-kanak kini menjadi pertaruhan. Usaha-usaha untuk meningkatkan pengagihan kesemua sumber-sumber termasuklah sumbangan dan juga kakitangan untuk menyelamatkan nyawa dan ia mestilah dilakukan sekarang untuk mencegah dari berlakunya tragedi yang lain,” kata En. Youssouf dengan nada kebimbangan. “Kanak-kanak ini sudah cukup menderita.”
 
UNICEF bersama-sama dengan rakan-rakan agensi PBB yang lain, beserta NGO tempatan dan antarabangsa telah bekerja bertungkus-lumus di lapangan dari hari pertama untuk memastikan usaha-usaha untuk mencapai lebih ramai kanak-kanak dan keluarga diteruskan setiap hari. Semenjak rayuan untuk mendapatkan sumbangan ini telah dilancarkan, maklumbalas dari agensi kanak-kanak PBB ini adalah termasuklah:

  • Penempatan pegawai-pegawai kesihatan profesional antarabangsa UNICEF di kawasan yang telah dilanda taufan untuk membantu aktiviti-aktiviti bantuan kecemasan;
  • Kempen vaksinasi terhadap demam campak di Pekan Laputta;
  • Pengahantaran peralatan ke Laputta untuk pengagihan air yang bersih dan selamat;
  • Penubuhan sekurang-kurangnya lima kawasan-kawasan yang mesra-kanak-kanak dengan 21 buah kawasan yang kini di dalam proses untuk ditubuhkan di Kawasan Yangon; dan
  • Penghantaran bekalan-bekalan untuk membaiki 39 buah sekolah-sekolah di pekan-pekan Shwepyithar dan Hlaingthayar yang terletak di Bahagian Yangon. Termasuklah 70 buah kit-kit sekolah-di dalam-kotak yang akan memberi manfaat kepada hampir 20,000 orang kanak-kanak.

Pada 9hb Mei, muatan bekalan antarabangsa yang pertama UNICEF telah tiba di negara ini dengan tablet-tablet pembersihan air yang berjumlah tiga juta untuk memenuhi keperluan 20,000 penduduk yang terselamat selama satu minggu. Semenjak itu, bekalan tambahan termasuklah kit-kit air, garam rehidrasi oral, kit-kit perubatan untuk kecemasan, peralatan perubatan, dan ubat-ubatan yang asas telah berjaya mendarat di Yangon dari kedua-dua buah kepal terbang komersil dan yang ditempah.

Orang ramai di Malaysia yang ingin memberi bantuan kepada UNICEF untuk kerja kecemasan di Myanmar bolehlah menghulurkan sumbangan anda kepada “Rayuan Kanak-kanak Taufan Myanmar 2008” melalui cek atau pindahan wang melalui bank. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web kami Tabung Khas Rayuan.

......................................................................................

NOTA KEPADA EDITOR:
Taufan Nargis telah melanda Myanmar pada 2hb dan 3hb Mei 2008, di mana ianya telah membawa kemusnahan kepada Bahagian Irrawady dan telah melanda kota yang terbesar di negara tersebut, iaitu Yangon. Empat puluh buah penempatan di sekitar Bahagian Yangon dan 7 buah penempatan di sekitar Kawasan Ayeyarwady kini kekal di dalam senarai pihak Kerajaan sebagai kawasan yang paling teruk dilanda taufan. Taufan ini, dikenalpasti sebagai bencana alam yang paling teruk setakat ini yang telah melanda negara ini kerana ia telah memusnahkan rumah kediaman, sekolah dan kemudahan-kemudahan kesihatan, manakala jalanraya, jambatan dan penjana elektrik juga binasa.

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 
Search:

 Email this article

unite for children