UNICEF agensi utama untuk kanak-kanak
UNICEF merupakan agensi utama yang kini berada di lapangan untuk menghulurkan bantuan dari segi air, sanitasi dan kebersihan; pendidikan; dan perlindungan kanak-kanak. Berikut merupakan gambaran menyeluruh tentang apa yang sedang berlaku di kawasan yang dilanda taufan serta lain-lain kawasan yang terbabit. Kesihatan dan Nutrisi Sebagai tambahan, banjir yang kini melanda kawasan terbabit boleh menjadi punca tempat pembiakan nyamuk, yang boleh membawa kepada malaria dan demam denggi iaitu penyakit-penyakit endemik di negara tersebut. Digabungkan dengan lain-lain ancaman yang serius disebabkan oleh air yang tercemar dan tahap kebersihan yang kurang, kadar kematian dan tahap kesihatan kanak-kanak dan lain-lain populasi yang lemah dan terdedah juga akan meningkat secara dramatik. UNICEF kini membekalkan cecair rehidrasi oral, ubat-ubatan asas untuk mencegah penyakit berjangkit dan kelambu-kelambu nyamuk tetapi kuantiti yang ada masih tidak mencukupi untuk memnuhi keperluan penduduk yang terlibat. Sumbangan yang dihulurkan kepada UNICEF akan digunakan untuk mendapatkan lebih banyak bekalan tambahan. Air, sanitasi dan kebersihan Untuk memastikan terdapatnya sumber air yang selamat, tandas perlu dibina di kem yang menempatkan para penduduk, set air yang asas untuk keluarga, tablet pembersihan air, cecair perlindungan air (sodium hypoklorid) dan serbuk peluntur adalah antara bahan keutamaan yang diberikan oleh UNICEF. Pendidikan UNICEF amat memerlukan sumbangan untuk memperbaiki dan membina kembali sekolah-sekolah yang telah rosak dan musnah, serta tempat pembelajaran buat sementara dan juga sumbangan untuk pra-sekolah. UNICEF akan memberi sokongan dan bantuan kepada 2,000 buah sekolah di mana seramai 300,000 orang kanak-kanak akan mendapat manfaat daripadanya. Perlindungan kanak-kanak UNICEF merancang untuk memberi sokongan terhadap pengenalpastian, kanak-kanak yang telah terpisah dari keluarga mereka, menjejak dan mencari keluarga yang terpisah, menyatukan dan mengenalpati kanak-kanak dengan keluarga mereka, memastikan terdapatnya persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak dan wanita, termasuklah mewujudkan kawasan yang mesra kanak-kanak, memberi kesedaran di dalam masyarakat tentang risiko terhadap eksploitasi dan penderaan, serta pada masa yang sama integrasi sokongan psikososial sebagai salah satu maklumbalas perlindungan. Bahan bantuan kecemasan Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
Bantu menderma! Krisis Taufan Myanmar 2008 |