Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

UNICEF, membantu dari hari yang pertama

© AP Photo/Zhang Yunfei
Foto oleh Agensi Akhbar Xinhua China, ibubapa kelihatan sedang membawa anak mereka ke hospital di Yangon. Penduduk dari bandar terbesar di Myanmar' kini sedang berusaha untuk memulih kembali kehidupan kesan Taufan Nargis, memusnahkan beribu tempat tinggal

Semenjak kehadiran UNICEF di Myanmar pada tahun 1950, usaha tindakbalas terhadap kecemasan telah bermula dengan segera, iaitu dengan menggerakkan bekalan perubatan kecemasan dari tempat-tempat simpanan di dalam negara tersebut..

Dengan sokongan dari rakan agensi yang lain, termasuklah agensi PBB dan organisasi antarabangsa dan tempatan, UNICEF kini bekerjasama dengan kerajaan Myanmar untuk memberikan maklumbalas yang cepat dan berkesan terhadap krisis ini.

Lebih kurang 130 orang pegawai teknikal dan operasi UNICEF yang kini berada di kawasan yang telah dilanda Taufan Nargis, melalui pengenalpastian ancaman utama terhadap kanak-kanak dan wanita serta pada masa yang sama memberikan bekalan yang amat diperlukan. Lebih ramai pegawai dan bekalan kini sedang menuju ke kawasan terbabit.

Bekalan untuk kecemasan yang kini diedarkan oleh UNICEF adalah cecair pembersihan air, garam rehidrasi oral (ORS), kain tarpal, kit-kit untuk keluarga dari UNICEF (termasuklah perkakas untuk memasak dan membersih dan bekas untuk menyimpan bahan api) dan tong bahan peluntur.

Bekalan yang bersesuaian untuk gender, tandas-tandas yang dilindungi untuk ditempatkan di kem juga merupakan keutamaan yang diberikan. Sebagai tambahan, UNICEF juga amat bimbang akan kanak-kanak yang telah kehilangan kedua ibu bapa serta yang terpisah dari keluarga mereka dan kini sedang bekerja dengan rakan agensi yang lain dan juga pihak kerajaan untuk memastikan mereka dilindungi.

Berikut merupakan bahan-bahan yang telah dibekalkan sehingga kini secara rawak:

  • 6,000 ORS, 1,500 cecair perlindungan air, 10 kit ubat-ubatan penting (yang diberikan kepada 5,000 orang setiap kit), 20 kit rawatan kecemasan, 270 kain tarpal, 1 tong bahan peluntur dan 300 kit untuk keluarga ke Laputta, bahagian Irrawady.
  • 5,000 ORS, 5,000 cecair perlindungan air, 10 kit ubat-ubatan penting, 20 kit rawatan kecemasan, 100 kain tarpal dan 1 tong bahan peluntur ke Mawlemyine Kyun, bahagian Irrawaddy.
  • 3,000 cecair perlindungan air, 3,000 ORS, 6 kit ubat-ubatan penting, 20 kit rawatan kecemasan, 1,000 kain tarpal dan 2 tong bahan peluntur ke penempatan-penempatan di Hlaing Thar Yar dan Kyauk Tan, Yangon.
  • 1,000 cecair perlindungan air, 1,000 ORS, 5 kit ubat-ubatan penting, 10 kit rawatan kecemasan ke penempatan di Kun Gyan Gon di Yangon.
  • 1,000 cecair perlindungan air dan 1,000 ORS untuk 1,280 orang kanak-kanak, termasuklah 120 kanak-kanak perempuan dan wanita yang HIV/AIDS telah memberi kesan kepada kehidupan mereka, yang kini ditempatkan di sekolah latihan di bawah Jabatan Kebajikan di Yangon.

Untuk menyokong kesemua usaha-usaha yang sedang dijalankan dan yang sedang dirancang, UNICEF kini memohon sumbangan peringkat awal sebanyak US$ 8,200,000 untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dan wanita di kawasan-kawasan yang terbabit.

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 
Search:

 Email this article

unite for children