Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

Rayuan untuk Myanmar dari UNICEF – Hulurkan bantuan dan sokongan

Berdasarkan penilaian awal yang dilakukan, UNICEF memerlukan bantuan sebanyak US$ 8.2 juta dengan segera untuk “Rayuan Myanmar”.

Dana yang dikumpul ini akan digunakan untuk memenuhi keperluan beratus-ratus ribu orang kanak-kanak dan wanita yang terpaksa mengharungi banjir dan taufan yang telah melanda negara tersebut, tetapi kini memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan. 

Kami merayu agar anda dapat memerikan sokongan untuk membantu kami memenuhi keperluan-keperluan ini. Sila hulurkan sumbangan.

a) Cek Berpangkah
Sila pastikan cek berpangkah ditulis di atas nama “United Nations Children’s Fund”. Sila tulis “Rayuan untuk Myanmar dari UNICEF” di belakang cek beserta nama, alamat penuh dan nombor telefon anda.   

Sila hantar sumbangan anda kepada Pejabat UNICEF Malaysia.

b) Pemindahan wang melalui Bank
Anda juga boleh membuat sumbangan melalui pemindahan bank kepada akaun kami di Malaysia.

  • Nama Penerima: United Nations Children’s Fund
  • Nama Bank: Malayan Banking Berhad
  • Nombor Akaun:  514329427587
  • Alamat Bank: Tingkat Bawah, Blok C, Kompleks Pejabat Damansara, Damansara  Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia
  • Mata wang: Ringgit Malaysia 

Sekiranya anda membuat pemindahan wang melalui bank, anda perlu memaklumkan sumbangan yang telah diberikan oleh anda kepada Pegawai Operasi kami (yhcheah@unicef.org) melalui email. Ini untuk memastikan bahawa sumbangan anda telah diasingkan khas untuk Rayuan Myanmar dari UNICEF.

c) Sumbangan melalui internet
Sekiranya anda ingin menghulurkan sumbangan dengan menggunakan kad kredit, sila layari  Laman web global UNICEF. Untuk makluman anda, sumbangan anda adalah di dalam mata wang US dolar. 

 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan sebelum memberikan sumbangan, sila hubungi kami di (+6.03) 2095 9154 (Isnin – Jumaat, 9:00 pg – 5:00 ptg masa tempatan).

 

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

 

 

Kecemasan – Sumbangan anda membawa perubahan!

RM 1 = 5 bungkus garam rehidrasi oral untuk melindungi kanak-kanak dari cirit-birit

RM 2 = 50 tablet untuk membersihkan air untuk membersih 250 liter air

RM 12 =  selimut tebal untuk melindungi kanak-kanak dari kesejukan

RM 35 = 20 peket biskut bertenaga tinggi untuk kanak-kanak yang mengalami malnutrisi

RM 50 = 2 kelambu nyamuk yang tahan lama untuk melindungi kanak-kanak dari malaria

RM 320 = satu set bekas air untuk keluarga yang asas bagi 10 buah keluarga

RM 800 =  Set "Sekolah-di dalam-Kotak" bagi 80 orang kanak-kanak untuk meneruskan persekolahan mereka

RM 18,840 = kit kesihatan ketika kecemasan bagi 10,000 orang selama 3 bulan


Search:

 Email this article

unite for children