Krisis Taufan Myanmar 2008
Dalam mana-mana bencana, kanak-kanaklah yang menerima akibat yang paling teruk. Tragiknya, kebinasaan yang dibawa oleh Taufan Nargis tersebar luas di kawasan delta rendah di Myanmar pada 2 Mei 2008 tiada bezanya. Dilaporkan bahawa terdapat jumlah bilangan kanak-kanak yang menjadi mangsa, masih hilang, kehilangan kedua ibu bapa adalah amat tinggi, manakala yang terselamat pula mengalami kecederaan dan trauma. Mereka kini terdedah kepada kebuluran, pelbagai penyakit dan trauma, dan kanak-kanak serta keluarga yang menjadi mangsa adalah mereka yang tinggal di kawasan Irrawady, Yangon, Bago, Mon dan, kini amat memerlukan bantuan sekiranya mereka ingin meneruskan kehidupan. Walaupun tindakan yang mudah seperti minum air boleh menyebabkan mereka berisiko untuk mendapat penyakit. Taufan ini, dianggap sebagai bencana alam yang paling teruk sekali di dalam sejarah yang telah melanda negara Myanmar di Asia Tenggara, ia telah memusnahkan tempat tinggal, sekolah dan juga kemudahan-kemudahan kesihatan. Ia juga telah membinasakan jalan raya dan jambatan-jambatan serta tiang-tiang elektrik, serta telah merubah kehidupan seramai satu juta orang. Kebanyakan penduduk yang kini tidak mempunyai tempat tinggal terpaksa berteduh di bangunan-bangunan masyarakat yang masih kekal, seperti sekolah, bangunan asas dan pusat perlindungan masyarakat. Semenjak kehadiran UNICEF secara tetap di Myanmar pada tahun 1950, usaha tindakbalas terhadap kecemasan telah bermula dengan segera, iaitu dengan menggerakkan bekalan perubatan kecemasan dari tempat-tempat simpanan di negara tersebut. Malangnya, bekalan-bekalan ini tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan kritikal seperti air minuman yang bersih, bahan-bahan untuk tempat perlindungan, tempatbuntuk membersihkan air, set untuk memasak, kelambu nyamuk, makanan, ubat-ubatan asas, dan kemudahan sanitasi yang mencukupi. Mengikut penilaian awal UNICEF, sebanyak US$ 8.2 juta diperlukan dengan segera untuk memenuhi keperluan seramai beratus-ratus ribu orang kanak-kanak dan wanita yang terpaksa mengharungi taufan dan banjir, yang kini memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan mereka. Kami memohon bantuan dan sokongan dari anda untuk membantu serta memenuhi keperluan-keperluan mereka. Hulurkan sumbangan.
Harungi taufan: Kisah dari tempat kejadian (BI) Bilik berita Taufan Nargis (BI) Taufan pemusnah, yang tidak dijangka UNICEF, membantu dari hari yang pertama UNICEF agensi utama untuk kanak-kanak Rayuan untuk Myanmar dari UNICEF – Hulurkan bantuan dan sokongan
Bantu menderma! Video Krisis Taufan Myanmar 2008 |