Langkah pertama Kiwanis Malaysia dalam memberi sokongan terhadap rayuan UNICEF di Malaysia
UALA LUMPUR, 14 Mei 2008 – Kiwanis Malaysia, sebuah badan organisasi sukarelawan, telah memulakan langkah pertamanya di dalam memberi sokongan terhadap “Rayuan Kanak-kanak Taufan Myanmar 2008”, Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) di Malaysia, dengan sumbangan pendahuluan sebanyak RM 80,000. Sumbangan ini, yang telah diterima oleh Wakil UNICEF di Malaysia, En. Youssouf Oomar telah memulakan rayuan sumbangan untuk Myanmar di negara ini. Baru-baru ini UNICEF telah mengeluarkan kenyataan secara global tentang rayuan sumbangan yang diperlukan untuk membantu mangsa Taufan Nargis yang terselamat untuk enam bulan berikutnya, iaitu sebanyak RM 80.3 juta ($25.57 juta). Sumbangan yang telah diraih untuk rayuan ini akan digunakan untuk bekalan kecemasan, termasuklah tablet pembersihan air dan kit-kit kesihatan untuk kecemasan. UNICEF juga kini sedang berusaha untuk memulihkan kembali perkhidmatan air dan sanitasi; mendirikan kawasan pembelajaran buat sementara, kerana kebanyakan sekolah kesemuanya telah dimusnahkan sama sekali; menyediakan tempat yang selamat untuk kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan juga rawatan, dan membantu di dalam mengenalpasti dan menemukan kembali kanak-kanak telah terpisah dengan keluarga mereka. Walaupun Gabenor Kiwanis Malaysia, mark Matthew mempunyai keyakinan sepenuhnya terhadap keupayaan UNICEF di dalam memberikan bantuan yang diperlukan kepada kanak-kanak di Myanmar, namun begitu, beliau juga menyatakan harapan beliau terhadap rakyat Malaysia agar dapat berganding bahu untuk memberikan apa yang mereka mampu di dalam memberikan sumbangan terhadap tabung rayuan ini. “Hari ini, Kiwanis Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan UNICEF untuk membantu kanak-kanak dan kehidupan mereka telah terjejas disebabkan oleh Taufan Nargis. Keadaan di Myanmar kini amat kritikal dan bagi mangsa yang terselamat untuk mendapatkan air minuman yang bersih, tempat berlindung, ubat-ubatan yang asas serta kemudahan sanitasi yang mencukupi,” kata En. Matthew. "Jika ditangguh lagi bermakna lebih banyak yang akan kehilangan nyawa mereka". Kanak-kanak dan wanita yang telah terselamat dari bencana alam yang paling dahsyat yang telah melanda Myanmar kini terpaksa hidup di dalam keadaan terdesak dan teruk. Walaupun bekalan yang disediakan oleh UNICEF di dalam negara tersebut telah pun berjaya diagihkan, namun begitu ianya masih tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat mengikut hari mendatang. En. Matthew telah hadir bersama-sama 15 ahli Kiwanis Malaysia, mereka terdiri daripada presiden daerah dan juga pemegang amanah. Yong Kar Wee merupakan peneraju utama dalam usaha untuk meraih sumbangan badan organisasi tersebut di mana beliau telah berjaya mengumpul sejumlah tersebut di atas dalam masa dua hari, dan beliau juga merupakan Pemegang Amanah Yayasan Kiwanis Malaysia. “Ini hanyalah satu permulaan. Kami berharap agar mendapat lebih banyak sumbangan. Ahli-ahli kami amat bimbang dan setiap seorang dari mereka ingin melakukan terbaik semampu mereka agar mereka dapat memberi sedikit kelegaan kepada kanak-kanak dan juga keluarga yang kini sedang bergelut dengan pelbagai ancaman untuk meneruskan kehidupan selepas dilanda taufan ini”, terang Pemegang Amanah, Yong. Orang ramai yang berminat untuk menghulurkan sumbangan kepada UNICEF melalui Kiwanis Malaysia, boleh menghubungi nombor telefon (03) 7880 9602. ....................................................................................... KIWANIS Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
Bantu menderma! Video Krisis Taufan Myanmar 2008 Berita 14 Mei 2008: 13 Mei 2008: 12 Mei 2008: 9 Mei 2008: Lagi (BI)
|