Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

Revolusi kesihatan dan kesinambungan kehidupan kanak-kanak yang kedua mencapai matlamat bagi kanak-kanak

© UNICEF Malaysia/2008/Zurin
Menteri Kesihatan, Dato’ Liow Tiong Lai, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah dan En. Youssouf Oomar bersama Emanuel (5), Andra Tai Li-Ying (5) dan Muhammad Azeem Kamarul Baharin (4) melancarkan laporan SOWC 2008 di Malaysia.

Laporan Keadaan Kanak-kanak Sedunia 2008:
Strategi integrasi kesihatan masyarakat boleh menyelamatkan nyawa kanak-kanak.

KUALA LUMPUR, 15 April 2008 – Tabung  Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) kini berusaha untuk memberi inspirasi kepada Revolusi Kesihatan dan Kesinambungan Kehidupan Kanak-kanak yang kedua seperti yang telah dilakukan pada tahun lapan puluhan untuk meningkatkan tindakan-tindakan untuk menurunkan kadar kematian kanak-kanak, dengan menggunakan strategi-strategi kesihatan masyarakat berintegrasi yang mudah serta berkos rendah.

En Yusoff Oomar, Wakil UNICEF di Malaysia telah membuat kenyataan tersebut ketika pelancaran kebangsaan laporan utama UNICEF iaitu laporan Keadaan Kanak-Kanak Sedunia (SOWC) 2008 oleh YABHG Datin Seri Jeanne Abdullah, isteri Perdana Menteri Malaysia.

YABHG Datin Seri Jeanne telah menyahut panggilan tersebut, dengan memberi penekanan kepada betapa perlunya orang ramai mengambil satu langkah ke hadapan untuk memastikan yang terbaik untuk kanak-kanak.

“Menggalakkan kesihatan dan kesinambungan kehidupan kanak-kanak bukan sahaja tugas untuk ibubapa – ia adalah tanggungjawab yang perlu dikongsi oleh ibubapa, para pendidik, masyarakat, pegawai-pegawai kesihatan dan media,” kata YABHG Datin Seri Jeanne melancarkan laporan tersebut bersama-sama Muhammad Azeem bin Kamarul Baharin yang berusia empat tahun, Andra Tai Li-Ying dan Sanjay Emanuel yang berumur lima tahun. Menteri Kesihatan Malaysia, Y.B. Dato’ Liow Tiong Lai dan En. Youssouf Oomar juga turut serta di dalam pelancaran tersebut.

“Saya rasa sudah tiba masanya bagi kita semua untuk menjadi masyarakat yang lebih penyayang, kerana itulah yang diperlukan oleh negara kita sekarang iaitu masyarakat yang mengambil berat terhadap anak-anak kita serta satu sama lain,” tambah Yang Amat Berbahagia Datin Seri Jeanne. 

Intervensi kos rendah untuk kesihatan dan kesinambungan kehidupan kanak-kanak

Menurut En. Youssouf, pakej penjagaan kesihatan primer seperti yang terdapat pada tahun lapan puluhan boleh menurunkan kadar kematian kanak-kanak kepada lebih daripada separuh. 

“Dengan mengenepikan kempen untuk melawan penyakit berbahaya pada tahun 1950an, Revolusi Kesihatan dan Kesinambungan Kehidupan Kanak-kanak yang telah diperkenalkan pada tahun lapan puluhan telah didedikasikan untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak, dengan menghapuskan jangkitan yang sering didapati pada awal kehidupan kanak-kanak, dengan menggunakan teknologi-teknologi perubatan yang mudah dan tidak mahal,” kata En. Youssouf.

Dikenali secara kolektif sebagai G.O.B.I., intervensi yang berkos rendah ini terdiri daripada : 'G' untuk pengawasan pembesaran agar membuat pemeriksaan secara berterusan terhadap kesejahteraan kanak-kanak (growth monitoring to keep a regular check on a child’s well-being); 'O' untuk terapi rehidrasi oral bagi merawat serangan cirit-birit bagi kanak-kanak (oral rehydration therapy to treat bouts of childhood diarrhea);  'B' untuk penyusuan susu badan sebagai nutrisi permulaan yang sempurna bagi kehidupan (breastfeeding as the perfect nutritional start in life); dan 'I' untuk vaksin imunisasi terhadap enam penyakit yang membunuh kanak-kanak iaitu: tuberkulosis, diphtheria, whooping cough, tetanus, polio dan demam campak.

© UNICEF Malaysia/2008/Zurin
Isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Jeanne Abdullah menekankan perlunya orang ramai memainkan peranan masing-masing untuk memastikan semua kanak-kanak bukan sahaja sihat dan dapat menyambung kehidupan mereka, malah dapat membesar dengan sempurna.

Menurut laoran SOWC 2008, lebih kurang 26,000 orang kanak-kanak yang berumur lima tahun ke bawah meninggal dunia setiap tahun, kebanyakannya disebabkan oleh penyakit yang boleh dicegah dan dirawat seperti pneumonia, cirit-birit, malaria dan demam campak. Dan kebanyakannya merupakan sebab-sebab kematian yang tidak diketahui di Negara yang telah membangun. Malnutrisi, yang melemahkan keupayaan kanak-kanak untuk melawan penyakit dan begitu juga dengan kekurangan air yang bersih dan sanitasi, yang menyumbang kepada separuh kematian kanak-kanak.

Pendekatan yang digunakan terhadap kesihatan dan kesinambungan kehidupan kanak-kanak yang telah dilaporkan di dalam SOWC mengadvokasi inisiatif-inisiatif yang fokus kepada penyakit-penyakit khusus yang digabungkan dengan pelaburan terhadap sistem kesihatan yang kukuh untuk mewujudkan penjagaan yang berterusan untuk para ibu, bayi-bayi yang baru dilahirkan dan anak-anak kecil yang merangkumi rumah kepada klinik-klinik tempatan, kepada hospital daerah dan seterusnya.

En. Youssouf juga mengetengahkan bahawa plaburan jangka masa panjang Malaysia di dalam kesihatan telah menurunkan kadar kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun daripata 22 bagi 1,000 kelahiran bayi yang hidup pada tahun 1990 keapda 12 bagi 1,000 kelahiran bayi yang hidup pada tahun 2006.

Pakatan hebat untuk kanak-kanak

“Terdapat suatu masa di mana kanak-kanak telah meninggal dunia disebabkan oleh penyakit-penyakit yang boleh dicegah, kini semakin ramai kanak-kanak yang dapat meneruskan kehidupan disebabkan oleh imunisasi dan penjagaan kesihatan dan keadaan yang lebih baik. Terdapat suatu ketika dahulu terdapat risiko yang tinggi bagi para ibu yang baru melahirkan anak, kini negara ini mempunyai program untuk para ibu yang selamat dan boleh didapati di semua hospital, termasuklah di Klinik Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan”, tambah En. Youssouf. “Di seluruh Malaysia, program kesihatan sebegini serta lain-lain program kesihatan telah meningkatkat permbesaran ekonomi, membina masyarakat yang lebih kuat dan membolehkan negara ini menuju ke zaman moden dan dapat mangambil bahagian di dalam pasaran global.”

Namun begitu, juga mengatakan bahawa Malaysia tidak mampu untuk meminggirkan kanak-kanak, walaupun terdapat pencapaian seperti ini.

“Cabaran-cabaran terhadap kanak-kanak tidak akan lupus begitu sahaja. Pada hari ini, risiko terhadap kesihatan dan kesinambungan kehidupan kanak-kanak terdapat di dalam pelbagai bentuk, termasuklah HIV, keganasan, kecederaan yang sengaja dan tidak disengajakan termasuklah kemalangan jalan raya. Malaysia mestilah terus berwaspada terhadap semua bentuk ancaman yang wujud bagi kanak-kanak sekiranya ingin memenuhi tanggungjawab untuk mencapai komitmen di dalam menurunkan kadar kematian kadak-kanak”, tambah beliau.

Apa yang penting di dalam revolusi kesihatan dan kesinambungan kehidupan kanak-kanak yang kedua dan ancaman-ancaman baru memberi sebab kepada laporan SOWC 2008 di mana perlunya penglibatan masyarakat tempatan. 

“Melalui interaksi mereka dengan ahli keluarga, pemimpin-pemimpin masyarakat – termasuklah ahli politik tempatan, para pemimpin agama, para guru dan pegawai-pegawai kesihatan – ianya boleh membantu mengubah kelakuan mereka, termasuklah budaya dan amalan yang boleh memberi impak kepada kesihatan dan kesinambungan kehidupan wanita dan kanak-kanak,” tambah En. Youssouf.

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 
Search:

 Email this article

unite for children