UNICEF ketengahkan isu air dan sanitasi ketika mesyuarat Menteri Pembangunan G8 di Tokyo
Oleh Mihoko Nakagawa TOKYO, Jepun, 11 April 2008 – UNICEF telah diberi peluang buat pertama kali untuk membuat pembentangan di Mesyuarat Menteri Pembangunan G8 bagi isu Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) dan keselamatan manusia, di mana ianya telah pun berakhir pada awal minggu ini di Tokyo. “Setiap hari, terdapat 4,000 orang kanak-kanak yang meninggal dunia disebabkan kekuarangan sanitasi, kekurangan amalan kebersihan dan air minuman yang tercemar. Namun begitu, penyelesaian bagi masalah ini telah pun diketahui, keinginan itu ada dan kepakaran juga boleh didapati di mana-mana,” kata Timbalan Pengarah Eksekutif UNICEF, Saad Houry, yang telah berucap ketika sesi Keselamatan Manusia dan Pencapaian MDG. Kini telah tiba masanya untuk memanggil tindakan terhadap topik air dan sanitasi, yang mana ianya seringkali tidak termasuk di dalam agenda para pembuat polisi dan keputusan. Persidangan Antarabangsa Tokyo yang keempat terhadap perkembangan Afrika ini akan diadakan pada bulan Mei manakala Sidang Kemuncak G8 ini pula akan bertemu pada bulan Julai. Terletak 'di tengah-tengah' isu keselamatan manusia “Air, sanitasi dan kebersihan merupakan perkara utama untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) dan juga terletak di tengah-tengah konsep keselamatan manusia. Para pemimpin G8 telah memilih masa yang sesuai untuk memasukkan isu ini di dalam pertimbangan mereka,” kata En.Houry. Mesyuarat Menteri Pembangunan G8 ini disertai oleh para peserta dari negara-negara G8 (Jepun, UK, AS, Jerman, Perancis, Kanada, Itali and Rusia), begitu juga dari Negara Brazil, China, India, Indonesia, Malaysia, Mexico, Korea Selatan dan Afrika Selatan. Ahli-ahli Suruhanjaya Eropah, Suruhanjaya AU, Sekretariat ASEAN, OECD, UNDP, Bank Dunia, UNESCO, WHO dan UNICEF juga telah menyertai mesyuarat ini. Kerajaan Jepun telah diberi tepukan oleh para peserta kerana telah mengendalikan perbincangan yang mendalam terhadap cabaran pembangunan utama dan peluang-peluang yang sepatutnya mendapat perhatian para pemimpin G8. 1 bilion penduduk yang masih tidak mempunyai akses kepada air yang bersih Perangkaan paling terkini telah menunjukkan bahawa hampir 1 bilion orang masih tidak mempunyai akses kepada air yang bersih dan 2.5 bilion orang yang masih kekurangan akses kepada sanitasi. Kekurangan air di kebanyakan kawasan di seluruh dunia kini semakin meningkat sebagai kecemasan yang baru yang memberi kesan kepada berjuta-juta orang.Menteri Hubungan Antarabangsa Jepun, Masahiko Koumura, telah mengakhiri mesyuarat ini dengan mengetengahkan betapa perlunya pentadbiran air yang bagus digalakkan dan juga untuk membina kapasiti institusi – serta pada masa yang sama betapa pentingnya berkongsi teknologi yang berkaitan untuk pengurusan air yang lebih efektif. Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
Hari Air Sedunia 2008 Berita |