Lebih banyak tindakan yang perlu diambil dalam menurunkan impak HIV dan AIDS terhadap kanak-kanak di Asia Timur dan Pasifik
BANGKOK, 3 April 2008 – Menurut data terkini yang boleh didapati di dalam laporan UNICEF, bilangan kanak-kanak yang hidup dengan HIV serta mendapat rawatan antiretroviral di Asia Timur dan Pasifik kini telah meningkat hampir empat puluh peratus di antara tahun. Lebih banyak negara kini mempunyai program kebangsaan yang mencegah jangkitan dari ibu kepada anak, lebih banyak rawatan, perlindungan, dan perkhidmatan penjagaan dan bilangan kanak-kanak yang terpinggir yang mempunyai akses kepada pendidikan dan perlindungan sosial juga semakin meningkat, menurut Laporan Kajian Semula Kedua UNICEF terhadap HIV dan AIDS yang telah dilancarkan secara global pada hari ini. Data tersebut baru sahaja di umumkan ketika Forum Perkongsian Rantau Asia Timur dan Pasifik terhadap kanak-kanak dan HIV. Ketika mesyuarat yang berlangsung selama tiga hari tersebut, yang telah berakhir semalam, telah mengumpul lebih dari 150 orang delegasi daripada pihak kerajaan, badan-badan organisasi antarabangsa, benua dan kebangsaan daripada 19 buah negara di rantau tersebut untuk mengkaji semula kemajuan yang telah dicapai semenjak Konsultasi Benua Hanoi terhadap kanak-kanak dan AIDS serta Panggilan untuk bertindak Hanoi. Ia memanggil agar semua pemimpin memberikan komitmen mereka untuk meletakkan kanak-kanak di tengah-tengah tindakbalas HIV, dimana ianya telahpun disokong dan dipersetujui oleh Ketua-ketua Negara dan kerajaan ASEAN ketika mereka bertemu di Sidang Kemuncak Sesi Khas terhadap HIV dan AIDS yang ke 12 di Filipina pada tahun 2007. Lebih banyak perlu dilakukan “Di kebanyakan negara, kita kini mempunyai analisi yang lebih baik terhadap situasi semasa; kita telah menempatkan polisi dan garis panduan yang lebih baik; dan kita boleh mencapai kanak-kanak yang berisiko lebih baik berbanding dahulu," kata Pengarah Benua Asia Timur dan Pasifik, Anupama Rao Singh. “tetapi masih banyak lagi yang perlu kita lakukan. Liputan perkhidmatan masih tidak mencukupi dan pencegahan dan penjagaan masih tidak dapat diselaraskan dengan baik diantara sistem kesihatan, pendidikan, undang-undang dan kebajikan sosial."Di beberapa buah negara di rantau ini, epidemik ini masih kekaI meningkat. Di Viet Nam, bilangan mereka yang hidup dengan HIV adalah dianggarkan telah berganda di antara tahun 2001 dan 2005 daripada 120,000 kepada 260,000 orang, manakala Indonesia pula mempunyai epidemik yang meningkat dengan cepat, di mana kebanyakan jangkitan-jangkitan baru adalah di kalangan golongan muda. Jumlah bilangan wanita yang telah dijangkiti juga semakin meningkat: 29 peratus daripada kesemua jangkitan-jangkitan baru di Asia adalah di kalangan wanita.
Bekas Perdana Menteri Thailand an juga Duta Muhibbah UNICEF, Yang Berhormat Anand Panyarachun telah memberi peringatan kepada para delegasi ketika beliau memberikan ucapan pembukaan beliau bahawa untuk memastikan kejayaan program-program yang menangani HIV dan stigma serta diskriminasi ia memerlukan kepimpinan politik di peringkat yang tertinggi. Dengan hampir 20 peratus jangkitan-jangkitan baru di Asia Timur pada tahun 2007 berbanding dengan tahun 2001, beliau telah memberi amaran bahawa tidak sebab untuk bertolak-ansur dalam hal ini. “Cabaran yang sedang kita hadapi sekarang di Thailand dan di tempat-tempat lain adalah bagaimana untuk mengekalkan komitmen yang telah dibuat dan momentum yang telah dibina semenjak beberapa tahun yang lepas,” kata beliau. “Apa yang jelas adalah semakin meningkat dan semakin matang epidemik AIDS ini, bilangan kanak-kanak yang dijangkiti serta terjejas kehidupan mereka juga akan meningkat. Adalah amat penting untuk menggunakan pendekatan yang berdasarkan kanak-kanak terhadap HIV adalah amat penting dan ini memerlukan tindakan polisi yang kukuh dan program-program untuk melindungi kanak-kanak daripada pelbagai risiko dan kebarangkalian mereka untuk mengulangi kesilapan ibubapa mereka dan tidak menjadi generasi seterusnya yang paling berisiko terhadap HIV. Laporan Kajian Semula Kanak-kanak dan AIDS Kedua ini mengkaji kemajuan yang telah dicapai semenjak pelancaran kempen UNICEF Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu Menentang AIDS pada tahun 2005 yang mempunyai empat sasaran primer iaitu: 1. Pencegahan jangkitan HIV dari ibu kepada anak (PMTCT) 2. Memberikan Rawatan HIV Pediatrik 3. Pencegahan Jangkitan Primer 4. Melindungi dan memberi sokongan terhadap kanak-kanak yang kehidupan mereka terjejas disebabkan oleh HIV dan AIDS Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
Forum EAPRO – Kanak-kanak & HIV, 2008 UCAPAN Ucapan Pembukaan Ucapan Alu-aluan Pembentangan Ucapan Ucapan Semua ucapan di dalam Bahasa Inggeris. Penerbitan Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang AIDS Menentang HIV/AIDS di Malaysia |