Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

‘Kanak-kanak & AIDS: Laporan kajian semula yang kedua’ merujuk kepada kemajuan yang telah dicapai hingga kini

© UNICEF/HQ05-0862/Noorani
Gadis kecil berusia 10-tahun tinggal di rumah anak yatim yang telah disokong oleh UNICEF di Port-au-Prince, Haiti, iaitu rumah yang memberi penjagaan kepada kanak-kanak yang hidup dengan HIV ataupun yang telah kehilangan ibubapa mereka disebabkan AIDS.

Oleh Chris Niles

NEW YORK, 3 April 2008 – Kemajuan penting yang telah dicapai dalam berjuang menentang penyebaran HIV semenjak UNICEF – sebagai agensi penaja bersama dengan UNAIDS – telah melancarkan kempen Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu Menentang AIDS pada bulan Oktober 2005.

‘Kanak-kanak dan AIDS: Laporan Stocktaking Kedua’ yang telah dilancarkan pada hari ini menyatakan bahawa usaha-usaha untuk menurunkan kadar jangkitan dari ibu kepada anak telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Pada tahun 2005, hanya 11 peratus wanita yang hidup dengan HIV telah mendapat ubat yang mencegah penyebaran virus tersebut. Kini, 31 peratus dari wanita telah mendapat rawatan.

Kemajuan yang didapati di dalam penjagaan pediatrik juga telah meningkat secara dramatik. Pada tahun 2005, hanya 70,000 orang kanak-kanak mendapat rawatan antiretroviral (ARV), tetapi pada tahun 2006, bilangan tersebut telah meningkat kepada 127,000 – iaitu peningkatan sebanyak 70 peratus.

‘Kemajuan meningkat’

“Itu merupakan satu kemajuan yang tinggi,” kata Ketua Bahagian HIV dan AIDS UNICEF, Jimmy Kolker.
UNICEF serta rakan kongsi yang lain telah memberi perhatian kepda penyelesaian yang tidak beroperasi di dalam vakum tetapi dengan mengukuhkan system kesihatan kebangsaan, serta pada masa yang sama memupuk sokongan dari masyarakat. Dan hasilnya kini telah dapat dilihat.

“Perhatian perlu diberikan kepada isu ini. Ia terdapat di dalam pelan kebangsaan di 100 buah negara dan adanya pendapat mengatakan bahawa ianya merupakan sesuatu yang boleh dipertingkatkan ke seluruh negara, walaupun pada kumpulan-kumpulan yang sukar dicapai, walaupaun di negara-negara yang termiskin,” kata En. Kolker.

Berjuta-juta kehidupan kanak-kanak telah berubah secara mendadak disebabkan oleh HIV dan AIDS. Pada tahun 2007, dianggarkan seramai 2.1 juta orang kanak-kanak kini hidup dengan HIV manakala 15 juta orang kanak-kanak pula telah kehilangan salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka disebabkan virus tersebut. Laporan terhadap kanak-kanak dan AIDS ini, yang telah dikarang bersama UNICEF, Badan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNAIDS, mengatakan bahawa cabaran yang paling besar yang akan dihadapi dalam masa dua tahun ini adalah untuk mencegah jangkitan.

Mengukuhkan mesej yang disampaikan

“Masalahnya sekarang ini adalah kebanyakan orang – terutama sekali golongan muda – masih terus dijangkiti. Mesej yang disampaikan untuk merubah perlakuan kini diberi fokus dan diperkukuhkan kepada kumpulan yang lemah dan terdedah, tetapi kemajuan yang dicapai adalah tidak menggalakkan seperti yang diharapkan. Dan masih terdapat beratus ribu jangkitan baru setiap tahun,” kata En. Kolker.

Menjelang tahun 2010, UNICEF serta rakan-rakan agensi yang lain akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan pencegahan HIV dan ARV di kalangan golongan muda sebanyak 25 peratus. 

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Penerbitan

Kanak - kanak dan AIDS: Laporan Kedua Stocktaking, 2008

Laporan di dalam Bahasa Inggeris.


Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang AIDS

Search:

 Email this article

unite for children