Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

David Beckham menggesa agar semua kanak-kanak menggunakan Persidangan Junior 8 sebagai platfom untuk bersuara

© UNICEF/2005/Sean Gleason/Idols
Duta Muhibbah UNICEF, lagenda bola sepak, David Beckham.

LONDON, 20 Mac 2008 – Duta Muhibbah UNICEF, David Beckham telah menyeru semua golongan muda untuk melibatkan diri di dalam Persidangan Junior 8, iaitu versi mesyuarat tahunan G8 pemimpin dunia untuk golongan muda. Beckham juga menyeru remaja yang berumur di antara 13- sehingga 17 tahun yang berasal daripada negara-negara G8 agar menyertai pertandingan ini agar mereka dapat mewakili Negara mereka di Persidangan J8 yang akan diadakan di negara Jepun.

Persidangan J8 ini akan bertindak sebagai platfom untuk golongan muda ini untuk menyuarakan pendapat mereka terhadap isu-isu global yang penting kepada mereka, dan juga untuk menyuarakan kebimbangan mereka kepada seluruh dunia. Kumpulan pemenang yang dipilih daripada setiap negara G8 ini akan membentangkan usulan-usulan global di dalam bentuk komunikasi kepada mesyuarat G8, iaitu dihasilkan bersama para delegasi J8 yang lain.

‘Banyak yang ingin diperkatakan oleh kanak-kanak’

Apabila beliau terdengar akan pertandingan J8 UNICEF yang inovatif ini, En. Beckham telah memberikan sokongan beliau melalui satu mesej video:

“Pada acara Junior 8 UNICEF yang akan diadakan pada akhir tahun ini, golongan muda dari seluruh dunia akan berkumpul di Jepun, di mana mesyuarat G8 akan diadakan, dan mempunyai peluang untuk menyuarakan pendapat dan idea-idea mereka kepada lapan orang pemimpin-pemimpin yang berpengaruh di dunia. Banyak yang ingin diperkatakan oleh kanak-kanak serta idea-idea yang bernas. Saya rasa mereka patut diberikan peluang. 

“Lagipun, isu-isu yang akan dibincangkan di mesyuarat seperti G8 ini akan memberi kesan kepada kanak-kanak dan golongan muda seperti juga orang dewasa. UNICEF mengharapkan agar ramai kanak-kanak dan golongan muda yang akan mengambil peluang ini untuk melibatkan diri.”

Kumpulan pemenang akan dijemput ke Jepun

Untuk memenangi tempat di Persidangan J8 di Jepun pada 2-9 Julai, kumpulan-kumpulan yang terdiri dariapda empat orang ahli perlu menyertai pertandingan ini yang melibatkan penerbitan video, pembentangan multimedia atau kerja-kerja penulisan berdasarkan topik-topik J8 iaitu: kemiskinan dan pembangunan; kesan yang dibawa oleh penyakit-penyakit berjangkit, termasuklah HIV/AIDS, tentang kesihatan dan kesinambungan kehidupan kanak-kanak; perubahan iklim dan pemanasan global.* Kumpulan pemenang yang terdiri daripada empat orang ahli ini dari setiap negara G8 akan dijemput untuk menghadiri Persidangan J8, mereka akan menyertai delegasi-delegasi remaja daripada negara-negara yang sedang membangun.

Mesej ringkas dari David Beckham keapda golongan muda

“Apa sahaja yang dilakukan oleh anda, tidak kira dari mana, sebagai seorang anak muda, anda mempunyai kuasa untuk membuat orang lain mendengar. Persidangan J8 UNICEF memberikan peluang kepada kanak-kanak dan golongan muda dari seluruh dunia bertemu, dan berbincang tentang perkara-perkara yang penting bagi mereka dan juga memastikan bahawa para pemimpin G8 mendengar pendapat mereka. 

“J8 memberikan suara kepada golongan muda. Mereka mempunyai hak untuk didengari, dan begitu juga dengan anda. Ketahui bagaimana anda boleh menjadi salah seorang dari mereka. Sila layari www.j8summit.com.”

* Sila ambil perhatian bahawa pertandingan J8 ini telah ditutup di AS dan Perancis tetapi masih terbuka untuk golongan muda di lain-lain negara G8 dan negara yang bukan G8.

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Video

Tontoni  mesej yang dibawa oleh Duta Muhibbah UNICEF, David Beckham, menggalakkan golongan muda agar menyuarakan pendapat mereka di Persidangan J8.
 VIDEO max | min

Laporan video di dalam Bahasa Inggeris. 


Persidangan Kemuncak J8 2007

Search:

 Email this article

unite for children