Panggilan hentikan penggunaan susu gantian ketika berlakunya situasi kecemasan bagi menggantikan susu ibu
JAKARTA, 20 Mac 2008 – Menurut kenyataan yang diberikan oleh sekumpulan lebih dari 100 orang pakar nutrisi dan kecemasan, kehidupan bayi dan kanak-kanak terletak di dalam keadaan yang berisiko apabila susu formula gantian diberikan untuk menggantikan susu badan, terutama sekali di dalam situasi kecemasan. “Perlindungan, sokongan dan galakan penyusuan bayi dan anak-anak kecil di dalam keadaan-keadaan kecemasan adalah tidak mencukupi. Penggunaan susu gantian formula yang tidak bersesuaian di dalam keadaan kecemasan, seringkali diterima melalui sumbangan yang tidak diperlukan, ianya adalah membahayakan kesihatan dan kehidupan bayi dan anak-anak kecil,” kata kumpulan pakar tersebut. "Kita …..tahu bahawa penurunan kadar penyusuan badan ini menunjukkan terdapatnya peningkatan penggunaan susu formula, di mana, walaupun ianya disediakan dengan cara yang betul, masih tidak dapat menyaingi susu badan.” Seratus dua puluh orang wakil daripada PBB, badan-badan NGO antarabangsa, dan pihak kerajaan dari 16 buah negara telah berkumpul di Bali daripada 10 sehingga 13 Mac untuk menghadiri mesyuarat yang telah dianjurkan oleh Jaringan Nutrisi Kecemasan (Emergency Nutrition Network). Sebelum tamat hari ketiga mesyuarat tersebut, satu kenyataan yang kuat telah dikeluarkan yang memanggil agar tindakan diambil untuk mencegah penggunaan susu gantian di dalam situasi kecemasan dan untuk memperbaiki sokongan terhadap pemakanan bayi dan anak-anak kecil secara umumnya di dalam situasi kecemasan. “Isu nutrisi di dalam keadaan kecemasan ini, terumata sekali untuk bayi dan anak-anak kecil, adalah amat penting sekali …dan satu-satunya isu yang memerlukan perhatian yang serius,” kata Dr Gianfranco Rotigliano, Wakil UNICEF di Indonesia. “Kita ….. tahu bahawa penurunan kadar penyusuan badan menunjukkan terdapatnya peningkatan terhadap penggunaan susu formula, di mana, walaupun disediakan dengan betul, masih tidak dapat menyaingi susu badan.” Didalam situasi-situasi kecemasan apabila kuranganya air yang bersih dan peluang untuk membersihkan botol-botol susu agak sukar dicapai, risiko-risiko yang dikaitkan dengan pemakanan gantian susu formula adalah amat tinggi. Terdapat juga pemahaman yang salah yang mengatakan bahawa di dalam keadaan kecemasan, bayi perlulah diberikan formula bayi dan susu tepung. Pihak berkuasa pula seringkali melihat terdapatnya peningkatan sumbangan-sumbangan yang membanjiri kawasan yang dilanda kecemasan tersebut. Para pembentang ketika mesyuarat tersebut juga telah memberi penekanan bahawa memperbaiki pemakanan bayi dan anak-anak kecil ketika berlakunya situasi kecemasan merupakan salah satu cara yang berkesan di dalam menurunkan kadar kematian dan mencegah malnutrisi. Pada tahun 2006 selepas berlakunya gempa bumi di Yogyakarta, UNICEF, UNFPA, Jabatan Kesihatan, Universiti Gadjah Mada dan agensi yang lain telah melakukan satu kaji selidik. Ia telah dilaksanakan 21 hari selepas berlakunya gempa bumi tersebut dan telah mendapati bahawa 70 peratus daripada rumahtangga yang mempunyai kanak-kanak telah menerima sumbangan di dalam bentuk formula susu untuk bayi. Kaji selidik ini juga telah mendapati bahawa sumbangan-sumbangan di dalam bentuk formula untuk bayi ini telah menyumbang kepada peningkatan pengambilan formula di kalangan kanak-kanak di bawah umur dua tahun sebanyak dua kali ganda, dan kemudiannya, kadar peningkatan cirit-birit sebanyak enam kali ganda di kalangan kanak-kanak yang sama. Cirit-birit merupakan pembunuh kedua tertinggi bagi kanak-kanak di negara-negara yang sedang membangun selepas jangkitan-jangkitan ruang pernafasan udara akut. Ini merupakan salah satu kaji seldidik yang pertama direkodkan untuk melihat setakat mana dan skala sumbangan-sumbangan formula bayi serta kesan-kesannya terhadap amalan-amalan pemakanan bayi dan kadar penyakit di kalangan bayi dan anak-anak kecil. “Kita sudah pun mengetahui melalui kajian-kajian perubatan selama beberapa dekad yang lepas bahawa penyusuan badan bagi bayi sehingga berumur dua tahun, atau lebih lama lagi, memberikan mereka peluang yang optimum untuk membesar, berkembang dan mempunyai kesihatan yang baik. Dalam masa enam bulan yang pertama kehidupan, susu badan merupakan satu-satunya makanan dan minuman yang diperlukan oleh seorang bayi,” says Dr .Rotigliano. Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
Minggu Susu Ibu Sedunia 2007 1 – 7 Ogos 2007 Badan Tindakan Penyusuan Bersekutu Dunia (WABA)* (jaringan luar) * Laman web di dalam Bahasa Inggeris. Dokumen berkaitan Berikrar untuk bertindak: langkah-langkah untuk membaiki pemakanan bayi di dalam keadaan kecemasan Pengendalian malnutrisi akut di kalangan bayi Pemakanan bayi di dalam situasi kecemasan: Dasar-dasar & strategi di peringkat antarabangsa Sumbangan: Bukti yang menunjukkan kesan gempa bumi Memperkukuhkan pemakanan bayi di dalam situasi kecemasan di kawasan Asia Dokumen didalam Bahasa Inggeris. |