Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

UNICEF galakkan sanitasi selamat sempena Hari Air Sedunia 2008

© UNICEF/HQ06-1450/Bito
Seorang pelajar perempuan membasuh tangannya di dalam tandas manakala pelajar lain beratur untuk menggunakan kemudahan tersebut di Sekolah Rendah San Antonio, Daerah Capiz, di Filipina. UNICEF telah membantu baiki saluran air dan sanitasi sekolah tersebut

Oleh Elizabeth Kiem

NEW YORK, 19 Mac 2008 – Esok merupakan Hari Air Sedunia, seperti hari sebelum ini, lebih kurang 2.5 bilion orang akan melakukan aktiviti mereka di tempat-tempat selain daripada tandas atau tempat pembuangan air. Ini bukan merupakan statistik yang orang ramai ingin mengkaji dengan lebih mendalam, tetapi ia marupakan data yang amat penting untuk usaha-usaha di dalam menurunkan kadar kematian kanak-kanak.

Kurangnya tandas yang selamat telah membawa kepada pembuangan 200 juta tan sisa kumbahan yang tidak dirawat ke dalam alam sekitar setiap tahun. Sisa kumbahan ini dipenuhi dengan patogen-patogen yang menyebabkan penyakit cirit-birit, iaitu punca kematian kedua bagi kanak-kanak di bawah umur lima tahun. Dengan mengurangkan pendedahan kepada bahan kumbahan manusia melalui tandas-tandas dan tempat pembuangan air yang selamat boleh menurunkan pencemaran secara mendadak, dengan kadar hampir 400 juta kes setiap tahun. Satu tinjauan yang telah dilakukan baru-baru ini terhadap 11,000 orang pegawai perubatan profesional utnuk Jurnal Perubatan British telah menunjukkan bahawa sanitasi merupakan satu penemuan yang paling menakjubkan sepanjang 150 tahun ini – di hadapan penicillin, dan juga kejayaan penggunaan ubat pelali dan juga pemetaan genome manusia.

Sanitasi sebagai satu ‘institusi perantara’

Pembinaan tandas bukan sahaja satu langkah kesihatan awam yang berkesan – malahan ia juga satu langkah yang berpatutan.

“Sanitasi yang bagus tidak semestinya sanitasi yang mahal,” kata Ketua Bahagian Sanitasi Air dan Alam Sekitar, Clarissa Brocklehurst. “Ia juga mungkin satu lubang tempat pembuangan air, iaitu satu lubang yang ditutup dengan baik di bawah tanah. Ia juga berfungsi seperti tandas yang mempunyai pam.”

Sanitasi yang selamat mungkin mudah dan murah, tetapi ianya hanya boleh menjadi kenyataan sekiranya orang ramai dapat memahami kepentingannya. Secara umumnya orang ramai tidak mahu berbicara tentang isu tandas – apa lagi kalau ingin mengetengahkannya – oleh itu ia telah menyebabkan sanitasi dianggap sebagai ‘institusi pernatara’ … iaitu ianya terperangkap di tengah-tengah antara kementerian perkhidmatan air dan kementerian kesihatan,” kata Cik. Brocklehurst.

Pelaburan di dalam sanitasi membawa kesan yang lebih bukan sahaja dari segi kesihatan awam. Menurut kaji selidik yang dilakukan oleh Badan Kesihatan Sedunia, setiap $1 yang dibelanjakan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium yang ke-7 – iaitu untuk mengurangkan bilangan penduduk yang hidup tanpa sanitasi yang selamat kepada separuh menjelang tahun 2015 – boleh menjimatkan kos-kos untuk kesihatan, alam sekitar dan pendidikan sebanyak $9.

Sepertimana juga kos apabila tindakan tidak diambil pula adalah tinggi. Sebagai contoh, penyakit kolera yang merebak pada tahun 1991 di Peru, yang telah disebarkan melalui air yang tidak bersih di kawasan-kawasan rumah setinggan dan penempatan haram, telah menyebabkan kerugian ekonomi negara sebanyak $1 bilion dalam masa hanya 10 minggu sahaja – iaitu lebih dari tiga kali ganda jumlah pelaburan Peru di dalam pembangunan saliran air dan sanitasi pada tahun 1980an.

Kempen 'Hurry Up!’

Hari Air Sedunia yang diraikan secara global, menunjukkan betapa pentingnya air kerana bekalan air yang tidak selamat menyumbang kepada 88 peratus bagi semua penyakit. Tahun 2008, iaitu juga merupakan Tahun Sanitasi Antarabangsa, membawa mesej yang ingin disampaikan kepada pihak kerajaan diseluruh dunia bahawa matlamat untuk mencapai tahap air yang selamat tidak akan dapat dicapai tanpa mengambil tindakan terhadap krisis sanitasi yang sedang berlaku sekarang.

Untuk menangani masalah yang memerlukan tindakan yang segera ini, satu kempen publisiti baru yang dikenali sebagai WASH (water supply, sanitation and hygiene) akan mengetengahkan bilangan kes-kes yang semakin meningkat. Poster-poster kempen ini menunjukkan papan tanda universal bagi tandas wanita dan lelaki, yang menggesa orang ramai agar bertindak pantas 2.6 bilion penduduk di seluruh dunia kini sedang menunggu untuk menggunakan tandas.”

Tidak berapa lama dulu, bilangan tersebut adalah seramai 2.4 bilion. Masa untuk bertindak terhadap sanitasi secara global sekarang.

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Hari Air Sedunia 2008

Video

20 Mac 2008:
Wartawan UNICEF, Elizabeth Kiem melihat kepada kepercayaan dan perkara yang lucu mengenai tandas – tetapi ia bukannya satu perkara yang boleh ditertawakan sekiranya matlamat sanitasi secara global ingin dicapai.
 VIDEO max | min

Laporan video didalam Bahasa Inggeris.


Hurry Up! campaign

Kempen Hurry up! 2.6 bilion penduduk di seluruh dunia masih tidak mempunyai akses kepada sanitasi yang mencukupi

"Cirit-birit membunuh bayi setiap hari"

Bahan kempen

Kit logo

(laman web luar)


Search:

 Email this article

unite for children