UNICEF buka peluang penyertaan untuk anugerah penyiaran kanak-kanakNEW YORK, 10 Mac 2008 - UNICEF hari ini menyeru untuk penyertaan daripada para penyiar untuk Anugerah Penyiaran bagi Hari Kanak-kanak Antarabangsa 2008. Anugerah ICDB ini akan diberikan kepada para penyiar radio dan televisyen yang mempunyai program-program yang memaparkan tema Penyiaran Hari Kanak-kanak Antarabangsa 2007, iaitu Dunia yang Kita Mahu dan para penyiar yang telah menunjukkan dedikasi secara menyeluruh di dalam melibatkan para remaja di dalam media. Untuk layak menyertai Anugerah ICDB ini, penyiaran program-program tersebut mestilah disiarkan pada hari Ahad, 9 Disember 2007 bersempena dengan hari Penyiaran Kanak-kanak Antarabangsa 2007. Tarikh tutup penyertaan adalah 16 Mei 2009. Diwujudkan pada tahun 1991, Hari Penyiaran Antarbangsa Kanak-kanak ini memberi galakkan kepada para penyiar untuk menerbitkan program-program oleh, dengan dan untuk kanak-kanak. Ia juga adalah untuk menggalakkan para remaja melibatkan diri di dalam media sepanjang tahun, para hakim bukan sahaja akan menilai kualiti program tersebut, tetapi komitmen yang ditunjukkan oleh para penyiar untuk melibatkan para remaja secara berterusan. "Adalah penting untuk mewujudkan peluang-peluang bagi golongan muda agar mereka dapat meluahkan diri mereka,” kata Stephen Cassidy, ketua Bahagian Internet, Penyiar dan Imej UNICEF. “Kita ingin memberi penghormatan kepada para penyiar di seluruh dunia yang telah memberikan peluang-peluang ini.” Penilaian Anugerah ICDB di peringkat benua akan diadakan di 8 buah benua di mana terdapat program-program yang dilaksanakan oleh UNICEF. Setiap penyertaan mestilah sampai di pejabat benua UNICEF sebelum 16 Mei, 2008. Penyertaan yang mendapat markah yang tertinggi dari setiap rantau akan bertanding untuk Anugerah ICDB ini, di mana ianya akan disampaikan di New York. Pada tahun lepas, Anugerah ICDB ini telah dimenangi oleh Penyiaran Kebangsaan Thailand (NBT), ONUCI FM dan Radio Mozambique. NBT telah menang melalui program mereka yang bertajuk “Dari Selatan ke Utara, Melalui Timur ke Barat, ICDB Thailand –Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu menentang AIDS ”, yang telah diterbitkan oleh Persatuan Pusat Berita Remaja Thai. NBT merupakan salah satu daripada 6 pemenang ICDB dari benua yang berlainan, manakala lima pemenang yang lain adalah TV Cultura (Brazil), Perkhidmatan Radio dan Televiysen Gambia (Gambia), ZDF (Germany), Citizen TV (Kenya) dan TV Satelit Syria TV (Syria). ONUCI FM dan Radio Mozambique berkongsi anugerah ICDB untuk Kecemerlangan Radio bagi program “Khas ICDB” dan “Program Radio Kanak-kanak untuk Kanak-kanak”. Maklumat tentang penilaian di peringkat benua dan borang penyertaan kini boleh di dapati dari laman web: www.unicef.org/icdb. Karen Cirillo, UNICEF IBIS, 212 326 7506 kcirillo@unicef.org Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
Anugerah ICDB 2008 |