UNICEF raikan Hari Wanita Antarabangsa dengan menekankan betapa pentingnya pelaburan untuk kesihatan para ibuNEW YORK, 7 Mac 2008 – UNICEF meraikan Hari Wanita Antarabangsa 2008 (8 Mac) dengan mengalih perhatian orang ramai kepada perlunya penjagaan kesihatan para ibu diperbaiki. Akses yang lebih baik kepada penjagaan kesihatan para ibu akan mengurangkan jangkaan kematian seramai setengah juga para ibu yang berkaitan dengan kehamilan yang berlaku setiap tahun dan ia juga akan membantu mengurangkan kadar kematian kanak-kanak. “Bukti yang didapati daripada Badan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menunjukkan bahawa kebarangkalian kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu meninggal dunia sebelum mencecah usia dua tahun adalah lebih berbanding dengan bayi yang mempunyai ibu,” kata Ann M. Veneman, Pengarah Eksekutif UNICEF. “Adalah kritikal bagi kesihatan para ibu yang mengandung dan para ibu yang baru melahirkan anak dipertingkatkan untuk memastikan anak-anak mereka dapat hidup melepasi usia satu tahun.” Punca-punca kematian para ibu di serata benua dan negara adalah berlainan, tetapi kadar kematian para ibu adalah lebih tinggi di negara-negara yang sedang membangun berbanding dengan negara-negara yang sudah membangun. Walaupun negara-negara yang berpendapatan sederhana telah menunjukkan peningkatan di dalam menurunkan kadar kematian para ibu, namun begitu tidak banyak perubahan yang didapati di negara-negara yang berpendapatan rendah, terutama sekali di sub-Sahara Afrika. Di bahagian kawasan Afrika Barat dan Tengah, secara puratanya, risiko seseorang wanita itu akan meninggal dunia ketika melahirkan anak adalah 1 dalam 17, berbanding dengan 1 dalam 8,000 di negara-negara yang maju. Adalah dijangka seorang bagi empat orang wanita yang mengandung kini menerima penjagaan antenatal, dan lebih dari 40 peratus telah melahirkan anak tanpa bantuan daripada pegawai kesihatan yang terlatih. “Akses kepada penjagaan pra dan antenatal mestilah diperbaiki, sebagai salah satu usaha-usaha untuk menubuhkan sistem kesihatan negara yang lebih kukuh,” tambah Cik Veneman lagi. “Melabur di dalam penjagaan kesihatan para ibu adalah amat penting untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium.” Kesan yang dibawa oleh ketiadaan penjagaan pra dan neonatal yang mencukupi dijadikan lebih kompleks oleh isu-isu yang terpaksa dihadapi oleh wanita dan anak-anak gadis, seperti rogol, keganasan dan perkahwinan muda. ............................................................................ NOTA:Matlamat Pembangunan Milenium 5: Kadar kematian ibu (BI) Kemajuan UNICEF untuk kanak-kanak: Kadar Kematian ibu (BI) Malaysia: Kesihatan ibu serta anak yang bakal dilahirkan Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
Keadaan Kanak-kanak Sedunia Tahun 2008 Kehidupan kanak-kanak Laman web di dalam Bahasa Inggeris. Pautan berkaitan |