Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

Lembaga Eksekutif mengakhiri sesi mesyuarat pertama bagi tahun 2008

© UNICEF/HQ08-0105/Markisz
Wakil dari Haiti bercakap tentang isu berkaitan perlindungan kanak-kanak ketika mesyuarat Lembaga Eksekutif UNICEF yang telah diadakan di bilik Majlis Ekonomi dan Sosial di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu dari 29 Januari sehingga 1 Februari 2008.

Oleh Anwulika Okafor 

NEW YORK, 4 Februari 2008 – Sesi pertama mesyuarat Lembaga Pengarah pada tahun 2008 telah berakhir pada hari ini di mana ianya telah bermula empat hari sebelum ini, dipenuhi dengan perbincangan tentang subjek yang amat kritikal seperti srategi perlindungan kanak-kanak.

Presiden Lembaga Eksekutif, Anders Lidén, Wakil Tetap dari Sweden kepada PBB, juga telah memimpin badan pentadbiran UNICEF ini dengan meluluskan beberapa resolusi utama – termasuklah meningkatkan dana untuk program negara dan juga lebih penekanan diberikan terhadap perkembangan perkongsian dan kerjasama di antara sektor kerajaan dan swasta.

Tambahan pula, Lembaga Eksekutif juga telah bersetuju untuk mengkaji semula dasar penilaian agar ianya dapat menilai semula keberkesanan dan mutu kerja program dilaksanakan oleh UNICEF.

Gambaran lebih mendalam bagi program-program yang telah berjaya

Satu contoh kejayaan di peringkat negara, adalah langkah strategik yang telah diambil di Angola di mana hasilnya adalah pihak kerajaan dan juga penyumbang swasta telah menangani masalah HIV dan AIDS, kebersihan air dan sanitasi serta imunisasi.

Ahli-ahli lembaga juga telah dimaklumkan tentang kemajuan yang telah didapati di Ecuador, di mana UNICEF telah berjaya mengambil langkah untuk mengadvokasikan hak kanak-kanak untuk mendapat pendidikan sekolah rendah yang mengambil kira kepelbagaian budaya.

Penilaian program yang lebih terperinci dan tepat seperti ini boleh memberi gambaran yang lebih mendalam bagi lanskap kemanusiaan yang semakin kompleks – gambaran yang lebih mendalam ini boleh memberi maklumat yang penting untuk perkembangan lain-lain program.

Konsultasi tentang perlindungan kanak-kanak

Namun begitu, selain daripada persoalan dan juga penilaian program, isu yang paling panas dibahaskan ketika sesi Lembaga Eksekutif ini adalah draf terakhir bagi draf strategi baru UNICEF terhadap perlindungan kanak-kanak.

Keganasan merupakan rutin yang terpaksa dilalui olah berjuta-juta orang kanak-kanak di seluruh dunia setiap hari, dan semenjak tertubuhnya organisasi inim, UNICEF telah menggunakan pendekatan strategi yang pelbagai bentuk untuk menamatkan eksploitasi kanak-kanak dan penderaan. Tujuan utama UNICEF adalah untuk mencegah sebarang penderaan; serta pada masa yang sama, UNICEF masih terus memainkan peranan yang aktif di dalam pemulihan kanak-kanak dan keluarga yang telah didera atau mengalami keganasan.

Ketika perbincangan tentang strategi perlindungan kanak-kanak, negara-negara ahli telah mengalukan cadangan yang diambil daripada Kajian Setiausaha Agung PBB berkaitan keganasan terhadap kanak-kanak yang telah dimasukkan ke dalam dokumen draf tersebut. Walaubagaimanapun, mereka juga merasakan bahawa perlunya konsultasi susulan bagi mendapatkan strategi yang lebih komprehensif, di mana ianya akan dikaji semula ketika sesi mesyuarat lembaga yang kedua yang akan diadakan pada bulan September.

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Lembaga Eksekutif UNICEF 2008

Pendahuluan (BI)

Ahli 2008 (BI)

Pegawai sesi 2008 (BI)

Keputusan (BI)

(Laman global UNICEF)


Search:

 Email this article

unite for children