Agensi Kanak-kanak PBB melantik wakil dari Malaysia sebagai Timbalan PresidenKUALA LUMPUR, 4 Februari 2008 – Wakil Tetap Malaysia di PBB, Datuk Hamidon Ali baru-baru ini telah dilantik oleh Lembaga Eksekutif, Tabung Kanak-kanak Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) sebagai salah seorang dari empat Timbalan Presiden bagi agensi ini. Presiden baru Lembaga ini, iaitu Wakil Tetap Sweden di PBB, Anders Lidén telah mengumumkan perlantikan ini ketika sesi mesyuarat pertama lembaga ini bagi tahun 2008, yang telah diadakan di ibu pejabat Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu di New York. Menurut Wakil UNICEF di Malaysia, En. Youssouf Mohammed Oomar, Lembaga Eksekutif ini memainkan peranan penting untuk memastikan aktiviti-aktiviti dan strategi-strategi operasi agensi ini konsisten dengan garis panduan polisi yang telah disediakan oleh Persidangan Umum PBB dan Majlis Ekonomi dan Sosial, termasuklah untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan di dalam Matlamat Pembangunan Milenium. “Kanak-kanak terletak di tengah-tengah agenda Matlamat Pembangunan Milenium. Lembaga Eksekutif ini, di bawah pimpinan Anders Lidén yang disokong oleh Timbalan Presiden beliau akan membantu memaksimumkan sumbangan UNICEF untuk mencapai matlamat yang telah dipersetujui secara global ini, yang bertujuan untuk menghapuskan kesan-kesan buruk yang dibawa oleh kemiskinan global dan diskriminasi menjelang tahun 2015,” kata En. Youssouf Oomar. Bersama Datuk Hamidon selaku Timbalan Presiden bagi tahun 2008 adalah Ami Diallo, Kaunselor Pertama untuk Misi Tetap Mali di PBB, Jorge Skinner-Klée, wakil tetap Guatemala di PBB; dan Mihnea Motoc, wakil tetap Romania di PBB. Perkara utama yang dibincangkan pada hari kedua mesyuarat Lembaga ini adalah isu-isu yang berkaitan dengan perlindungan kanak-kanak, termasuklah kajian semula draf terakhir UNICEF untuk strategi perlindungan kanak-kanak lebih komprehensif. Diwujdkan melalui konsultasi dengan wakil-wakil negara ahli, strategi yang dicadangkan ini memasukkan sekali usulan yang telah didapati dari laporan utama Kajian Setiausaha Agung PBB bagi Keganasan terhadap kanak-kanak yang telah dilancarkan pada tahun 2006, di mana kajian tersebut telah meletakkan pencegahan penderaan sebagai matlamat utama strategi ini. Sebagai tambahan, draf strategi ini juga membicarakan:
“Strategi yang telah dicadangkan ini menunjukkan komitmen kami di dalam mengukuhkan usaha-usaha untuk melindungi hak kanak-kanak dan memastikan Konvensyen hak kanak-kanak akan memberi manfaat kepada semua kanak-kanak”, tambah En. Oomar. *** Tentang Lembaga Eksekutif UNICEF Lembaga Eksekutif adalah badan pentadbiran UNICEF yang bertanggungjawab di dalam memberikan sokongan di antara kerajaan dan juga di dalam mengawasi segala aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh UNICEF, mengikut panduan polisi keseluruhan yang telah ditetapkan oleh Persidangan Umum PBB dan Majlis Ekonomi dan Sosial bagi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu.Kesemua 36 orang ahli, yang beroperasi sebulat suara, bertanggungjawab di dalam mengawasi aktiviti UNICEF dan meluluskan polisi, program-program negara dan juga bajet. Tugas Lembaga Eksekutif ini diselaraskan oleh sebuah Biro yang terdiri daripada – Presiden dan empat orang Timbalan Presiden – yang mewakili empat kumpulan benua Ahli-ahli Negara di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (Afrika, Asia, Eropah Timur, Latin Amerika dan Caribbean dan Eropah Barat dan lain-lain Negara). Lembaga ini bertemu tiga kali setahun, sesi berkala pertama (Januari), tahunan (Jun) dan sesi berkala kedua (September). Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
Lembaga Eksekutif UNICEF 2008 Berita 13 Februari 2008: 4 Februari 2008: 31 Januari 2008: 30 Januari 2008:
|