UNICEF: Kesihatan dan kesinambungan kehidupan kanak- kanak terletak di tengah kemajuan manusiaKeadaan Kanak-kanak Sedunia 2008
KUALA LUMPUR, 26 Februari 2008 – Laporan tahunan utama Tabung Kanak-kanak Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) iaitu – Keadaan kanak-kanak sedunia – pada tahun ini akan menilai situasi kehidupan kanak-kanak dan penjagaan kesihatan primer untuk para ibu, bayi yang baru dilahirkan dan kanak-kanak, dengan menunjukkan bagaimana isu ini terletak di tengah-tengah kemajuan manusia. Laporan global ini akan dilancarkan di Malaysia pada Hari Kesihatan Sedunia 2008, yang akan diadakan secara rasmi pada 7 April. Lebih kurang 26,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun meninggal dunia setiap hari, dan tarikh sasaran untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) 4 – yang bertujuan untuk menurunkan kadar kematian kanak-kanak sebanyak dua pertiga di antara tahun 1990 dan 2015– semakin hampir, ketika ini beberapa persoalan kritikal muncul: bagaimana momentum terhadap perjuangan para ibu, bayi dan kanak-kanak boleh dikembalikan semula dan kemajuan dapat dipercepatkan dalam masa empat tahun yang akan datang? Menurut Wakil UNICEF Malaysia, En. Youssouf Oomar, kadar kematian kanak-kanak secara umumnya telah dikenalpasti sebagai petunjuk terbaik bagi kesejahteraan populasi kanak-kanak dan juga merupakan penilaian bagi perkembangan keseluruhan sesebuah negara tersebut. “Isu ini bertindak sebagai barometer yang sensitif bagi perkembangan dan kesejahteraan sesebuah negara tersebut serta menunjukkan bukti tentang keutamaan dan juga nilai-nilai sesebuah negara tersebut. Pelaburan kesihatan kanak-kanak dan ibu adalah merupakan kepentingan hak kemanusiaan dan ia marupakan salah satu cara bagi sesebuah negara itu memastikan arah tujuannya untuk mencapai masa hadapan yang lebih baik”, kata En. Oomar. Di Malaysia, kesihatan ibu dan anak-anak telah mengalami perkembangan yang dramatik semenjak era selepas kemerdekaan, dengan peringkat yang telah dikecapi pada hari ini adalah lebih kurang bersamaan dengan negara-negara yang lebih maju:
Pengalaman Malaysia yang mengagumkan di dalam menurunkan kadar kematian kanak-kanak dan ibu adalah merupakan hasil daripada gabungan pelbagai polisi, strategi dan program yang telah menangani isu akses kepada perkhidmatan-perkhidmatan melalui dimensi sosio-ekonomi, budaya, pendidikan, gender dan kemiskinan. Namun begitu, walaupun ianya telah mencapai tahap yang paling rendah, tren terkini yang semakin serata masih menunjukkan perbezaan di antara kawasan bandar dan pedalaman adalah semakin ketara. Punca utama kematian di Malaysia pada hari ini bagi kanak-kanak di bawah umur satu tahun adalah kondisi keadaan*, manakala septicaemia* (keracunan darah) dan pneumonia adalah merupakan punca utama kematian kanak-kanak yang berumur di antara 1-5 tahun. Bagi kadar kematian para ibu pula, petunjuk proksi telah menunjukkan paras yang lebih tinggi di negeri Sabah, dan begitu juga di kalangan penduduk Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Pada masa yang sama, negara ini pada masa kini berada di peringkat transisi epidemiologikal di mana penyakit yang tidak berjangkit dan penyakit-penyakit kelamin seperti HIV semakin meningkat, terutama sekali di kalangan wanita. Berdasarkan pengajaran yang didapati daripada beberapa dekad yang lepas, laporan UNICEF ini telah menunjukkan bagaimana pakar-pakar kesihatan ibu, bayi dan kanak-kanak semakin bergerak ke arah satu set prinsip yang strategik untuk kesihatan dan perjuangan kanak-kanak. Prinsip-prinsip ini akan menjadi pemangkin yang diperlukan untuk mencapai MDG yang berkaitan dengan kesihatan, termasuklah:
“Peruntukan penjagaan kesihatan mestilah direka agar ianya bersesuaian dengan had sumber manusia dan juga kewangan, konteks sosio-ekonomi, kapasiti yang sedia ada di dalam sistem kesihatan sesebuah negara tersebut dan, akhir sekali, kedesakan untuk mencapai hasil-hasil yang ingin didapati,” tambah En. Oomar. “Dengan memeriksa strategi-strategi ini, ia boleh memberikan kita perspektif yang penting terhadap situasi terkini dan membantu memberi panduan kepada kita cara untuk maju ke hadapan di dalam memajukan perjuangan kanank-kanak.” Laporan UNICEF telah menerangkan impak tindakan yang mudah, serta kos efektif, seperti penyususan susu badan sepenuhnya, imunisasi, kelambu yang telah dirawat dengan racun serangga dan Vitamin A, kesemuanya telah membantu menurunkan kadar kematian kanak-kanak beberapa tahun yang lepas. Analisis laporan ini juga telah menunjukkan bahawa lebih banyak yang perlu dilakukan untuk meningkatkan akses kepada rawatan dan kaedah-kaedah pencegahan, agar kesan yang dibawa oleh pneumonia, diarrhea, malaria, malnutrisi yang teruk dan HIV boleh ditangani dengan lebih baik. “Cabaran kita adalah untuk memastikan kanak-kanak mendapat akses kepada penjagaan kesihatan yang berterusan, yang disokong oleh sistem kesihatan kebangsaan yang kuat yang juga melibatkan masyarakat tempatan,” En. Oomar memberi penekanan. Maklumat terbaru di dalam laporan Keadaan kanak-kanak sedunia 2008 ini telah diambil melalui data kaji selidik data dari rumah ke rumah, beserta bahan dari rakan-rakan utama, termasuklah Badan Kesihatan Sedunia dan Bank Dunia. * (jaringan luaran) ........................................................................................ NOTA KEPADA EDITOR Tentang laporan “Keadaan Kanak-kanak Sedunia 2008” Tentang Statistik (Penasihat Media) NOTA KEPADA PENYIAR: Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi: Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
Keadaan Kanak-kanak Sedunia Tahun 2008 Kehidupan kanak-kanak Laman web di dalam Bahasa Inggeris. Video Berita - SOWC 2008 26 Februari 2008: 22 Januari 2008: Berita -Perjuangan kanak-kanak (berita global) 10 Disember 2007: 17 Oktober 2007: 13 September 2007: 22 Ogos 2007: 20 Jun 2007: Berita - Perjuangan kanak-kanak di Malaysia 22 Ogos 2007: Ogos 2007: April 2007: 20 Julai 2007: 26 Mei 2006: 18 November 2004: Sumber - Malaysia |