Ahli Lembaga Eksekutif UNICEF melawat sekolah mesra kanak-kanak di kawasan utara Laos
OUDOMXAY, KAWASAN UTARA LAOS, 13 Februari 2008 – Kanak-kanak di sekolah rendah Nongboua yang terletak di kawasan daerah Oudomxay’s La telah menyambut kedatangan delegasi-delegasi daripada Lembaga Eksekutif Tabung Kanak-kanak Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Kanak-kanak (UNICEF) dengan penuh mesra. Delegasi seramai enam orang ini telah diketuai oleh Presidan Lebaga Eksekutif, iaitu Y.B. En. Anders Lidén, Wakil Tetap Sweden di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu ketika sedang melakukan lawatan selama satu minggu ke Laos untuk mengkaji semula program negara UNICEF. Delegasi tersebut termasuklah empat orang timbalan presiden Lembaga – terdiri daripada Wakil-kakil Tetap di PBB dari Mali, Malaysia, Guatemala dan Romania – serta Setiausaha Lembaga Eksekutif, iaitu Cik Kirsi Madi. Sekolah rendah Nong Bua merupakan sebuah sekolah daripada 450 buah sekolah-sekolah di Laos yang telah mendapat manfaat dari strategi sekolah mesra kanak-kanak yang dilaksanakan seluruh negara oleh Kementerian Pendidikan dengan sokongan daripada UNICEF. Di bawah strategi ini, kementerian ini telah bekerjasama dengan para ibubapa, sekolah-sekolah dan masyarakat secara amnya untuk memastikan tiada seorang pun kanak-kanak yang tertinggal di dalam mendapat pendidikan sekolah rendah. Sekolah ini juga penerima program akses kepada Pendidikan Asas di Laos (ABEL), iaitu satu inisiatif kerjasama Program Makanan Sedunia/UNICEF yang telah dibiayai oleh kerajaan Australia melalui AusAID.
Delegasi ini telah melawat kelas-kelas yang telah dihiasi dengan pelbagai warna-warna menarik yang dilengkapi dengan bantuan-bantuan pengajar dan lain-lain bahan bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang interaktif, dan membantu para guru memberi pelajaran yang penting kepada kehidupan kanak-kanak ini. “Sekolah-sekolah seperti ini merupakan contoh terbaik untuk menunjukkan apa yang boleh diberikan oleh UNICEF dan rakan-rakan kongsi yang lain – samada di dalam kerajaan mahupun di luar – kepada kanak-kanak dari masyarakat miskin di kawasan pedalaman,” kata Duta Lidén. Beliau telah berucap selepas melawat kelas-kelas darjah dan bertemu dengan kanak-kanak dan para guru, beliau menambah bahawa beliau amat gembira apabila melihat banyak yang telah dilakukan untuk memberi motivasi kepada para keluarga untuk menghantar anak-anak perempuan mereka ke sekolah. Para delegasi juga telah ditunjukkan pembaikan kemudahan-kemudahan air dan sanitasi yang telah dipasang dengan bantuan dari UNICEF untuk mewujudkan persekitaran yang sihat, selamat dan terlindung – iaitu kunci utama strategi sekolah mesra kanak-kanak. Kemudian, para delegasi pula telah dibawa untuk melihat para pelajar menerima makanan ringan yang telah diperkukuhkan dengan mikro-nutrien oleh WFP, dan ianya juga telah direka untuk membantu meningkatkan tumpuan para pelajar di dalam kelas. WFP juga telah memberikan beberapa bahagian makanan seperti beras, garam dan ikan di dalam tin kepada para pelajar sekolah rendah sebagai insentif untuk para ibubapa mendaftar dan mengekalkan anak-anak mereka di sekolah. Lewat hari tersebut, En. Lidén beserta para delegasi yang lain telah menghadiri pembukaan rasmi bangunan baru yang dikongsi bersama WFP-UNICEF di Oudomxay. Pejabat ini akan mengendalikan pengawasan dan sokongan kepada program-program yang dijalankan oleh kedua-dua agensi ini di kawasan utara negara ini. Pada hari Khamis, ahli-ahli Lembaga Eksekutif ini akan melawat contoh-contoh kerja temuseru kesihatan UNICEF di kawasan-kawasan pedalaman daerah Luangprabang. Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
Lembaga Eksekutif UNICEF 2008 Berita 13 Februari 2008: 4 Februari 2008: 31 Januari 2008: 30 Januari 2008:
|