Konsultasi terhadap ketidaksamaan kesihatan ibu dan anak telah diadakan di New York
Oleh Karin Shankar NEW YORK, 12 Februari 2008 – Memastikan kanak-kanak dan para ibu yang miskin dan terpinggir mendapat akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti merupakan subjek utama ketika berlangsungnya konsultasi yang dianjurkan oleh UNICEF, yang bertajuk ‘Meningkatkan sumbangan sistem kesihatan untuk mencapai kesaksamaan kesihatan’, yang telah diadakan pada minggu lepas di ibupejabat UNICEF di New York. Kesaksamaan kesihatan akan menghapuskan segala perbezaan yang wujud untuk mendapat akses kepada penjagaan kesihatan di mana ianya adalah sistematik, adil dan dihasilkan melalui status sosial. Tema konsultasi ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kewujudan ketidaksamaan kesihatan dan juga mengenalpasti bahawa wujudnya pendekatan-pendekatan yang boleh memperbaiki situasi ini. Para hadirin adalah terdiri daripada pakar-pakar di peringkat antarabangsa, rakan-rakan UNICEF, wakil-wakil dari serantau dan negara, dan pegawai-pegawai atasan. Memperbaiki perkhidmatan utama Ketua Bahagian Kesihatan UNICEF, Peter Salama menekankan bahawa pentingnya konsultasi bagi program-program untuk masa hadapan dan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium. “Walaupun kemajuan kanak-kanak di dalam bidang-bidang tertentu adalah amat jelas, peningkatakan usaha-usaha adalah diperlukan untuk mencapai MDG yang berkaitan dengan kesihatan, dan kerana kanak-kanak yang miskin tidak akan mendapat manfaat secara otomatik di dalam usaha-usaha yang ditingkatkan ini, sistem-sistem kesihatan perlu diperkukuhkan untuk mendapat hasil kesihatan yang lebih baik begitu juga dengan kesaksamaan," kata En. Salama. Para hadirin telah memberi fokus kepada cara-cara untuk memperbaiki penghantaran perkhidmatan utama kepada kanak-kanak yang miskin dan terpinggir, terutama sekali kanak-kanak dari rumah yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan global iaitu sebanyak $1 satu hari. Secara kasarnya, lebih kurang 600 juta orang di Asia dan 200 juta orang di Afrika terjatuh di bawah kategori ini. Di negara-negara yang berpendapatan sederhana, di mana hanya sebilangan kecil penduduk yang hidup di bawah paras kemiskinan global, inisiatif hanya fokus kepada 20 peratus daripada penduduk negara yang termiskin. Memperkukuhkan sistem kesihatan Perbincangan yang telah berlangsung juga telah mengetengahkan isu-isu yang mengenepikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkaitan dengan faktor-faktor bukan ekonomi seperti gender, bangsa dan lokasi geografi.Pakar-pakar antarabangsa telah menggesa agar mempercepatkan kemajuan perjuangan dan kesihatan kanak-kanak dan para ibu. Profesor Epidemiologi, Cesar Victora, dari Universiti Kebangsaan Pelotas, Brazil, telah menunjukkan bahawa lebih ramai nyawa boleh diselamatkan dengan mencapai liputan universal dengan hanya beberapa intervensi berbanding dengan menambah sesuatu yang baru kepada situasi yang tidak saksama. “Mempakej intervensi-intervesni utama selalunya amat sukar,” terang Dr. Victora, “tetapi sekiranya liputan tidak tinggi, ia mungkin akan menambah ketidaksamaan.” Davidson Gwatkin dari Jabatan Kesihatan, Nutrisi dan Penduduk di Bank Dunia telah mengetengahkan bahawa ketidaksamaan di dalam negara-negara miskin adalah penyumbang yang terbesar kepada ketidaksamaan kesihatan global, begitu juga dengan ketidaksamaan di antara negara yang miskin dan kaya. Mencapai MDG Konsultasi ini merupakan susulan kepada pelancaran laporan utama UNICEF pada Januari 2008 iaitu ‘Keadaan Kanak-kanak Sedunia 2008’, yang telah memanggil semua kerajaan, para penyumbang dan lain-lain pemegang untuk bersatu di dalam menyokong perjuangan kanak-kanak.Laporan ini juga telah menggariskan strategi untuk mempercepatkan kemajuan secara keseluruhan di bidang ini, dengan memberi penekanan bahawa terdapat halangan yang wujud di dalam mencapai keluarga yang termiskin, terpinggir dan untuk menangani halangan-halangan tersebut akan memerlukan pendekatan yang baru. Untuk melihat laporan ‘Keadaan Kanak-kanak Sedunia 2008’, sila layari http://www.unicef.org/sowc08/ Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
Video Februari 2008: Pakar perunding Bank Dunia tentang kesihatan dan kemiskinan, Davidson Gwatkin berbincang tentang perbezaan di antara ketidaksamaan di dalam negara-negara dan ketidaksamaan di antara negara-negara. Laporan video di dalam Bahasa Inggeris. Keadaan Kanak-kanak Sedunia Tahun 2008 Kehidupan kanak-kanak Laman web di dalam Bahasa Inggeris. |