Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

Lembaga Eksekutif kini memandang ke arah perkongsian kukuh untuk perlindungan kanak-kanak

© UNICEF/HQ08-0104/Markisz
Pengarah Eksekutif UNICEF, Ann M. Veneman (tengah) berbicara tentang perlindungan kanak-kanak, beliau diapit oleh Timbalan Pengarah, Saad Houry, Hilde Johnson dan Omar Abdi, serta Presiden Lembaga Eksekutif, Anders Lidén, iaitu Wakil Tetap Sweden ke PBB.

Oleh Anwulika Okafor

NEW YORK, AS, 31 Januari 2008 – Pemeliharaan hak kanak-kanak terhadap kesihatan, pendidikan dan persekitaran yang terlindung merupakan asas bagi kerja dan usaha yang dilakukan oleh UNICEF. Oleh itu adalah sesuatu yang dijangka sekiranya isu-isu tentang strategi perlindungan kanak-kanak mendominasi perbincangan pada hari kedua sesi mesyuarat pertama Lembaga Eksekutif UNICEF pada tahun 2008, di mana ianya diadakan di ibu pejabat PBB pada minggu ini.

Ahli-ahli lembaga telah menghabiskan masa berjam-jam semalam berbincang tentang draf terakhir usulan UNICEF berkaitan strategi perlindungan kanak-kanak, dimana ianya telah diwujudkan melalui konsultasi dengan negara-negara ahli dan menggabungkan cadangan dari laporan Setiausaha Agung PBB tentang keganasan terhadap kanak-kanak.

Pencegahan dan pemulihan

Pengarah Eksekutif UNICEF, Ann M. Veneman berkata bahawa organisasi ini berkomited di dalam mengukuhkan usaha-usahanya untuk melindungi hak kanak-kanak. Walaupun pencegahan terhadap penderaan masih kekal sebagai matlmat utama strategi yang telah dicadangkan, namum begitu pemulihan kanak-kanak yang telah mengalami keganasan, eksploitasi dan terbiar masih kekal sebagai sebahagian dari usaha UNICEF yang penting.

Strategi draf ini memberi penekanan terhadap kepentingan perkongsian serta penglibatan kanak-kanak itu sendiri di dalam perkembangan program perlindungan ini.

Strategi ini juga memberi penekanan bahawa perlunya strategi-strategi perlindungan kanak-kanak dimasukkan ke dalam agenda negara, dan memanggil agar sokongan untuk usaha-usaha bagi mengubah tanggapan masyarakat terhadap hak kanak-kanak ditingkatkan.

Perkongsian untuk pembangunan

Presiden Lembaga Eksekutif, Anders Lidén, Wakil Tetap dari Sweden ke PBB, telah membuka sesi pada hari ini dengan isu-isu berkaitan bajet dan perkongsian serta kerjasama UNICEF.

Untuk membantu memberi sokongan kepada kerja yang sedang dilakukan oleh lebih daripada 10,000 orang pegawai UNICEF di lebih dari 150 buah negara, Lembaga Eksekutif ini telah membentangkan pelan untuk mengukuhkan lagi perkongsian dengan badan-badan awam dan swasta – di mana melaluinya UNICEF akan dapat meneruskan usaha untuk memenuhi keperluan kanak-kanak, keluarga dan masyarakat di seluruh dunia.

Untuk mengekalkan program yang dilaksanakan, UNICEF bergantung kepada sumbangan yang didapati daripada pihak kerajaan dan juga sektor swasta. Kini kerja yang dilakukan oleh UNICEF semakin meluas, oleh itu adalah penting perkongsian yang sedia ada diperkukuhkan untuk memastikan keberkesanannya. Lembaga Eksekutif ini juga membuat perancangan untuk membina di atas persetujuan perkongsian yang sedia ada – seperti persetujuan dengan Bank Dunia dan Badan Kesihatan Sedunia – serta pada masa yang sama menerokai peluang kerjasama yang baru.

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Lembaga Eksekutif UNICEF 2008

Pendahuluan (BI)

Ahli 2008 (BI)

Pegawai sesi 2008 (BI)

Keputusan (BI)

(Laman global UNICEF)


Hentikan Keganasan Sekarang!

Hentikan keganasan!

Pelancaran di Malaysia*

Laporan PBB (laman web)*

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Search:

 Email this article

unite for children