Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

Lembaga Eksekutif UNICEF buka sesi pertama bagi tahun 2008

© UNICEF/HQ08-0080/Markisz
Presiden Lembaga Eksekutif UNICEF yang baru dilantik, Anders Lidén, Wakil Tetap Sweden di PBB, sedang memberi ucapan kepada ahli lembaga ketika mesyuarat pertama bagi 2008 sedang berlangsung, bersama dengan Pengarah Eksekutif, Ann M. Veneman.

Oleh Anwulika Okafor

NEW YORK, AS, 30 Januari 2008 – Lembaga Eksekutif UNICEF telah memulakan sesi mesyuarat bagi tahun 2008 di bilik Majlis Ekonomi dan Sosial yang bertempat di ibu pejabat Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu di New York semalam.

Sesi ini telah dibuka dengan taklimat daripada Presiden Lembaga Eksekutif pada tahun lepas, iaitu wakil tetap Bolivia di PBB, Duta Javier Loayza Barea. Pengarah Eksekutif UNICEF Ann M. Veneman pula kemudiannya telah menampaikan Duta Barea dengan  sebuah penukul sebagai tanda ucapan terima kasih terhadap perkhidmatan beliau yang penuh dedikasi, dan bersama dengan beliau mengalu-alukan kedatangan Presiden Lembaga yang baru, wakil tetap Sweden di PBB, Anders Lidén.

“Terima kasih di atas keyakinan yang telah diberikan oleh anda semua terhadap diri saya,” kata Duta Lidén. “Sebagai Presiden bagi Lembaga Eksekutif ini, saya akan tetap terus bekerja untuk mengukuhkan lagi UNICEF, dengan kerjasama yang erat di antara ahli-ahli lembaga dan juga dengan pentadbiran UNICEF.”

Pilihanraya bagi pemimpin lembaga yang baru

Tindakan pertama beliau selaku Presiden Lembaga yang baru, Duta Lidén mengawasi pemilihan Timbalan Presiden kepada Lembaga Eksekutif, termasuklah: Ami Diallo, Kaunser Pertama kepada misi tetap Mali kepada PBB; Datuk Hamidon Ali, Wakil Tetap PBB dari Malaysia; Jorge Skinner-Klée,Wakill Tetap PBB dari Guatemala; dan Mihnea Motoc, Wakil Tetap PBB dari Romania.

Jawatan-jawatan yang terdapat di dalam Lembaga Eksekutif, yang bertindak sebagai badan pentadbiran UNICEF, adalah diisi secara berkala oleh pegawai dan ahli-ahli umum yang akan berkhidmat sekali dalam jangkamasa tiga tahun. Panel yang terdiri daripada 36 orang ahli ini akan menghabiskan empat hari berikut berbincang tentang perkara-perkara seperti bajet, program dan polisi yang penting untuk kesinambungan usaha badan  organisasi ini.

“UNICEF terpaksa menangani pelbagai jenis isu yang penting untuk masa hadapan kita semua,” kata Ambassador Lidén. “Beberapa Matlamat Pembangunan Milenium adalah berkait-rapat dengan mandat yang dibawa oleh UNICEF, oleh itu secara tidak langsung ianya merupakan tugas utama lembaga ini untuk memaksimumkan sumbangan UNICEF untuk mencapai matlamat yang telah dipersetujui oleh seluruh dunia ini.”

Mengimbas kembali sejarah dan berusaha untuk masa hadapan

Menurut kenyataan yang telah diberikan oleh Cik Veneman kepada ahli lembaga, antara kejayaan yang telah dicapai di dalam memperbaiki kehidupan kanak-kanak dalam setahun yang lepas termasuklah:

  • Pencapaian yang bersejarah di dalam penurunan kadar kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun sebanyak 60 peratus dari tahun 1960 dan 2006
  • Peningkatann akses kepada rawatan anti-retroviral (ARV) secara keseluruhan untuk menurunkan risiko jangkitan HIV daripada ibu kepada anak – sepertimana juga rawatan ARV untuk kanak-kanak
  • Peningkatan bilangan kanak-kanak di seluruh dunia yang berdaftar di sekolah rendah, terutama sekali pelajar perempuan.

Cik. Veneman juga menegaskan bahawa masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak di negara yang sedang membangun, beliau telah mengetengahkan keadaan yang telah disaksikan oleh beliau sendiri ketika beliau mengadakan lawatan kepada program-program yang dilaksanakan oleh UNICEF.

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Lembaga Eksekutif UNICEF 2008

Pendahuluan (BI)

Ahli 2008 (BI)

Pegawai sesi 2008 (BI)

Keputusan (BI)

(Laman global UNICEF)


Video - Ucapan

29 Januari 2008:
Pengarah Eksekutif UNICEF, Ann M. Veneman berucap ketika sesi pertama mesyuarat Lembaga Eksekutif UNICEF.
 VIDEO max | min

29 Januari 2008:
Presiden Lembaga Eksekutif UNICEF yang baru dilantik, Duta PBB dari Sweden, Anders Lidén, berbicara tentang harapan beliau bagi tahun yang akan datang.
 VIDEO max | min

Laporan video di dalam Bahasa Inggeris.


Video - 2007

Tontoni paparan dari hasil UNICEF pada 2007 untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium dalam video selama 7 minit ini.

 VIDEO maxmin

Laporan video di dalam Bahasa Inggeris.


Search:

 Email this article

unite for children