Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

UNICEF dan remaja: Bekerjasama untuk mencapai ‘Dunia Bersesuaian untuk Kanak-kanak'

© UNICEF/HQ07-1923/ Markisz
Para delegasi remaja yang menghadiri Forum Kanak-kanak pada hari pertama di rumah UNICEF pada bulan Disember 2007.

Oleh Amy Bennett

NEW YORK, AS, 15 Januari 2008 – Tahun 2007 merupakan ulangtahun yang ke-lima bagi pelan tindakan PBB, ‘Dunia Bersesuaian untuk Kanak-kanak’ – iaitu komitmen oleh para pemimpin dunia untuk melindungi dan menggalakkan hak kanak-kanak. Ia juga merupakan tahun di mana UNICEF telah memperluaskan usaha-usahanya untuk memperkasa kanak-kanak dan memberikan mereka peluang untuk bersuara.

Pada bulan Disember, satu mesyuarat susulan ‘Dunia Bersesuaian untuk Kanak-kanak 5 Tahun Berlalu’ – selepas Persidangan Umum PBB Sesi Khas untuk Kanak-kanak – di mana lebih daripada 90 orang peserta remaja daripada 50 buah negara yang mewakili badan kerajaan dan bukan kerajaan telah berkumpul. Para delegasi kanak-kanak dari pelbagai negara telah diberikan peluang untuk bersuara di ibupejabat Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu di New York dan juga menghadiri mesyuarat-mesyuarat perbincangan.

“Saya gembira kerana sekurang-kurangnya kami akan berbicara tentang sesuatu yang amat penting bagi kami,” kata Galaletsang Matlhaga, seorang delegasi dari Botswana. “Kami di sini untuk mencapai satu matlamat iaitu untuk mewujudkan dunia yang lebih baik untuk kanak-kanak.”

Berkongsi kisah peribadi

Ketika mesyuarat PBB berlangsung, UNICEF telah meminta kanak-kanak untuk menyuarakan pendapat mereka tentang dunia yang mereka duduki dan tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh UNICEF, serta badan-badan organisasi yang masih meneruskan usaha untuk mendapatkan golongan muda agar melibatkan diri di dalam mengenalpasti keperluan-keperluan unik mereka.

‘Kisah kami’, iaitu sebuah arkib internet yang baru dilancarkan, merakamkan pendapat-pendapat dan pemikiran beberapa orang delegasi remaja ini. Projek ini, yang telah disokong oleh UNICEF dengan kerjasama Google dan One Laptop Per Child, memberi memaparkan pandangan-pandangan remaja ini terhadap kota New York, melalui lagu-lagu, kisah-kisah dari Negara mereka dan juga mesej-mesej kepada para pemimpin dunia. Kebanyakan kanak-kanak ini merakamkan kisah-kisah mereka dengan menggunakan bahasa ibunda mereka untuk para penonton di negara mereka, manakala yang lain-lainnya menemuramah para delegasi dari negara yang lain.

“Tindakan mereka untuk berkongsi telah membentuk hubungan yang penting sesama manusia yang seringkali tidak wujud,” kata seorang bekas askar dan juga penulis buku terkenal, ‘A Long Way Gone’, iaitu Ishmael Beah. “Salah satu perubahan yang penting di dalam kehidupan saya adalah keupayaan saya untuk menceritakan kisah saya agar ia dapat memberi manfaat kepada orang lain.”

Dengan mengenalpasti setiap kisah kanak-kanak yang berkaitan dengan negara mereka, UNICEF berhadap agar dapat membantu golongan muda agar memberi gambaran terhadap lanskap dunia dan membayangkan pelbagai kisah-kisah peribadi yang kini dirakamkan di seluruh dunia setiap hari.

Mengambil tindakan dan bersuara

Melalui UNICEF, golongan muda kini mempunyai peluang untuk mengambil bahagian di dalam berkongsi idea mereka dengan golongan rakan sebaya mereka dari negara-negara yang berlainan. Sebagai contoh program Suara Remaja UNICEF, memberikan sokongan ruangan siber global yang selamat bagi mereka di mana mereka boleh menerokai isu-isu yang penting bagi mereka, serta berbincang dan mengambil tindakan terhadap hak kemanusiaan dan perubahan sosial.

Satu lagi inisiatif yang berkaitan iaitu Diari Digital Suara remaja, menceritakan pengalaman yang dilalui oleh golongan muda dari seluruh dunia. Hari Penyiaran Kanak-kanak Antarabangsa (ICDB) yang disokong oleh UNICEF menggabungkan golongan muda dengan para penyiar, manakala Anugerah tahunan ICDB pula memberi penghargaan kepada dedikasi yang diberikan oleh para remaja melalui penglibatan mereka di dalam media.

Dengan menggunakan pelbagai cara untuk melibatkan kanak-kanak, UNICEF telah menjadi bukan sahaja sebuah organisasi yang memberikan bantuan kemanusiaan dan bantuan pembangunan kepada golongan muda, tetapi sebuah organisasi yang menggabungkan idea serta isu daripada golongan muda terhadap dunia mereka. Seperti yang diperkatakan oleh Marian Brehmer, seorang delegasi remaja dari Jerman kepada Persidangan Umum PBB pada bulan lepas: “Kami bukanlah punca masalah-masalah ini, kami merupakan sumber-sumber yang diperlukan untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini.”

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Video

Januari 2008:
Wartawan remaja UNICEF, Sonny Loorkhoor membuat laporan terhadap forum  'Dunia Bersesuaian untuk Kanak-kanak +5' pada bulan lepas dan pengalaman yang ditimba oleh golongan muda yang membuat pembentangan di dalam Persidangan Umum PBB.  VIDEO max | min

Diterbitkan oleh Amy Bennett dan Matthew L. Weiss.

Laporan video di dalam Bahasa Inggeris.

 


Dunia Bersesuaian untuk Kanak-kanak +5

Suara-suara remaja


Search:

 Email this article

unite for children