Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

2008

Kanak-kanak belajar melalui kehidupan mereka
KUALA LUMPUR - ARTIKEL 29 Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) menyatakan bahawa pendidikan harus membentuk personaliti dan kebolehan seseorang itu dengan sepenuhnya, dan pendidikan kanak-kanak juga harus mengajar mereka untuk menghormati ibu bapa mereka.

Cuti bersalin yang tidak mencukupi merupakan satu liabiliti kepada penyusuan susu ibu
KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2008 – Tren penyusuan susu ibu di Malaysia telah menunjukkan bahawa cuti bersalin yang tidak mencukupi mungkin adalah sebab mengapa bayi-bayi tidak disusukan sepenuhnya dan ianya juga merupakan salah satu sebab mengapa hanya 1 daripada 7 orang bayi telah diberikan susu ibu secara sepenuhnya selama enam bulan pertama kehidupan mereka pada tahun 2006.

Pihak kerajaan serantau digesa agar memberi penekanan melalui tindakan seks anti-kanak-kanak yang lebih tegas
KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2008 – Eksploitasi terhadap rakyat kita yang lemah dan terdedah – kanak-kanak - masih kekal sebagai isu untuk pihak kerajaan dan rakyat di Asia Timur dan Pasifik, walaupun terdapat beberapa kemajuan dalam beberapa tahun yang lepas.

Ajar mereka membaca, menulis dan ubah kehidupan mereka
KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2008 – UNICEF Malaysia menandakan Hari Literasi Antarabangsa pada tahun ini dengan bertemakan ‘Literasi merupakan penyelesaian terbaik’, dengan fokus diberikan untuk memperbaiki pendidikan dari segi akses, kesaksamaan dan kualiti.

KENYATAAN AKHBAR: Buang bayi dan kehamilan remaja
KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2008 - “UNICEF Malaysia amat bimbang terhadap laporan-laporan media yang sering keluar mengenai isu buang bayi. Di dalam kebanyakan kes disebabkan oleh kehamilan remaja yang tidak dikehendaki.

Bayi sepatutnya diberikan susu ibu
KUALA LUMPUR, 23 Julai 2008 – Bayi sepatutnya diberikan susu ibu. Kajian yang telah dijalankan telah membuktikan berulang-ulang kali bahawa susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik untuk bayi, dan tiada sebarang produk formula bayi.

Adakah kita memusnahkan masa hadapan anak-anak gadis kita?
KUALA LUMPUR, 7 Julai 2008 – Di seluruh dunia, setiap hari, lebih kurang 40,000 orang kanak-kanak dilahirkan oleh anak-anak gadis berumur di antara 15 sehingga 19 tahun, yang sudah berkahwin dan yang tidak berkahwin.

Hari Alam Sekitar Sedunia 2008
KUALA LUMPUR, 5 Jun 2008 – Negara dan juga masyarakat kini di ambang risiko. Kenaikan aras laut dan pencairan ais di kawasan kutub … keadaan cuaca yang amat buruk … taufan, kemarau dan banjir merupakan beberapa impak alam sekitar yang semakin meningkat.

Kanak-kanak telah banyak menderita - Bertindaklah sekarang!
KUALA LUMPUR, 21 Mei 2008 – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), En. Ban Ki-moon yang akan tiba di Myanmar pada hari Khamis ini, menggesa pemerintah kerajaan tentera negara tersebut agar fokus kepada segala usaha.

Langkah pertama Kiwanis Malaysia dalam memberi sokongan terhadap rayuan UNICEF di Malaysia
KUALA LUMPUR, 14 Mei 2008 – Kiwanis Malaysia, sebuah badan organisasi sukarelawan, telah memulakan langkah pertamanya di dalam memberi sokongan terhadap “Rayuan Kanak-kanak Taufan Myanmar 2008”, Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Bapa berwibawa, keluarga kukuh
KUALA LUMPUR, 5 Mei 2008 – Para bapa mempunyai peranan yang penting serta membina untuk dimainkan di dalam keluarga mereka dan juga di dalam perkembangan anak-anak mereka. Kajian yang telah dijalankan pada masa yang lepas terhadap kesejahteraaan keluarga.

Negara bersatu untuk Hari Malaria Sedunia 2008
NEW YORK, AS, 24 April 2008 – Malaria masih kekal sebagai pembunuh kanak-kanak yang utama di Afrika walaupun selepas sepuluh tahun UNICEF, Badan Kesihatan Sedunia (WHO) serta rakan-rakan yang lain melancarkan inisiatif “Roll Back Malaria”.

Revolusi kesihatan dan kesinambungan kehidupan kanak-kanak yang kedua mencapai matlamat bagi kanak-kanak
KUALA LUMPUR, 15 April 2008 – Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) kini berusaha untuk memberi inspirasi kepada Revolusi Kesihatan dan Kesinambungan Kehidupan Kanak-kanak yang kedua.

UNICEF ketengahkan isu air dan sanitasi ketika mesyuarat Menteri Pembangunan G8 di Tokyo
TOKYO, Jepun, 11 April 2008 – UNICEF telah diberi peluang buat pertama kali untuk membuat pembentangan di Mesyuarat Menteri Pembangunan G8 bagi isu Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) dan keselamatan manusia.

Lebih banyak tindakan yang perlu diambil dalam menurunkan impak HIV dan AIDS terhadap kanak-kanak di Asia Timur dan Pasifik
BANGKOK, 3 April 2008 – Menurut data terkini yang boleh didapati di dalam laporan UNICEF, bilangan kanak-kanak yang hidup dengan HIV serta mendapat rawatan antiretroviral di Asia Timur dan Pasifik kini telah meningkat hampir empat puluh peratus.

‘Kanak-kanak & AIDS: Laporan kajian semula yang kedua’ merujuk kepada kemajuan yang telah dicapai hingga kini
NEW YORK, 3 April 2008 – Kemajuan penting yang telah dicapai dalam berjuang menentang penyebaran HIV semenjak UNICEF – sebagai agensi penaja bersama dengan UNAIDS – telah melancarkan kempen Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu Menentang AIDS pada bulan Okto

David Beckham menggesa agar semua kanak-kanak menggunakan Persidangan Junior 8 sebagai platfom untuk bersuara
LONDON, 20 Mac 2008 – Duta Muhibbah UNICEF, David Beckham telah menyeru semua golongan muda untuk melibatkan diri di dalam Persidangan Junior 8, iaitu versi mesyuarat tahunan G8 pemimpin dunia untuk golongan muda.

Panggilan hentikan penggunaan susu gantian ketika berlakunya situasi kecemasan bagi menggantikan susu ibu
JAKARTA, 20 Mac 2008 – Menurut kenyataan yang diberikan oleh sekumpulan lebih dari 100 orang pakar nutrisi dan kecemasan, kehidupan bayi dan kanak-kanak terletak di dalam keadaan yang berisiko apabila susu formula gantian diberikan.

UNICEF galakkan sanitasi selamat sempena Hari Air Sedunia 2008
NEW YORK, 19 Mac 2008 – Esok merupakan Hari Air Sedunia, seperti hari sebelum ini, lebih kurang 2.5 bilion orang akan melakukan aktiviti mereka di tempat-tempat selain daripada tandas atau tempat pembuangan air.

UNICEF buka peluang penyertaan untuk anugerah penyiaran kanak-kanak
NEW YORK, 10 Mac 2008 - UNICEF hari ini menyeru untuk penyertaan daripada para penyiar untuk Anugerah Penyiaran bagi Hari Kanak-kanak Antarabangsa 2008. Anugerah ICDB ini akan diberikan kepada para penyiar radio dan televisyen.

UNICEF raikan Hari Wanita Antarabangsa dengan menekankan betapa pentingnya pelaburan untuk kesihatan para ibu
NEW YORK, 7 Mac 2008 – UNICEF meraikan Hari Wanita Antarabangsa 2008 (8 Mac) dengan mengalih perhatian orang ramai kepada perlunya penjagaan kesihatan para ibu diperbaiki.

Pertandingan Futsal Wanita 3R-UNICEF memperkasa anak-anak gadis berjuang menentang AIDS
KUALA LUMPUR, 4 Mac 2008 – Lebih dari 1,000 orang anak gadis dan wanita dari serata Malaysia telah bertemu baru-baru ini dengan semangat dan perkasa untuk bersatu menentang AIDS. Dengan sokongan yang diberikan oleh Kelab Bola Sepak Manchester United.

Remaja Malaysia bersama UNICEF untuk kempen A.S.A.P 4 Children
KUALA LUMPUR, 3 Mac 2008 – Satu pasukan dinamik yang terdiri daripada remaja-remaja Malaysia kini menggunakan bakat dan komitmen mereka dengan Tabung Kanak-kanak Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) untuk Kempen A.S.A.P. 4 Children.

UNICEF: Kesihatan dan kesinambungan kehidupan kanak- kanak terletak di tengah kemajuan manusia
KUALA LUMPUR, 26 Februari 2008 – Laporan tahunan utama Tabung Kanak-kanak Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) iaitu – Keadaan kanak-kanak sedunia – pada tahun ini akan menilai situasi kehidupan kanak-kanak dan penjagaan kesihatan primer.

Ahli Lembaga Eksekutif UNICEF melawat sekolah mesra kanak-kanak di kawasan utara Laos
OUDOMXAY, KAWASAN UTARA LAOS, 13 Februari 2008 – Kanak-kanak di sekolah rendah Nongboua yang terletak di kawasan daerah Oudomxay’s La telah menyambut kedatangan delegasi-delegasi daripada Lembaga Eksekutif.

Konsultasi terhadap ketidaksamaan kesihatan ibu dan anak telah diadakan di New York
NEW YORK, 12 Februari 2008 – Memastikan kanak-kanak dan para ibu yang miskin dan terpinggir mendapat akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti merupakan subjek utama ketika berlangsungnya konsultasi yang dianjurkan oleh UNICEF.

Agensi Kanak-kanak PBB melantik wakil dari Malaysia sebagai Timbalan Presiden
KUALA LUMPUR, 4 Februari 2008 – Wakil Tetap Malaysia di PBB, Datuk Hamidon Ali baru-baru ini telah dilantik oleh Lembaga Eksekutif, Tabung Kanak-kanak Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) sebagai salah seorang dari empat Timbalan Presiden.

Lembaga Eksekutif mengakhiri sesi mesyuarat pertama bagi tahun 2008
NEW YORK, 4 Februari 2008 – Sesi pertama mesyuarat Lembaga Pengarah pada tahun 2008 telah berakhir pada hari ini di mana ianya telah bermula empat hari sebelum ini, dipenuhi dengan perbincangan tentang subjek yang amat kritikal.

Lembaga Eksekutif kini memandang ke arah perkongsian kukuh untuk perlindungan kanak-kanak
NEW YORK, AS, 31 Januari 2008 – Pemeliharaan hak kanak-kanak terhadap kesihatan, pendidikan dan persekitaran yang terlindung merupakan asas bagi kerja dan usaha yang dilakukan oleh UNICEF.

Lembaga Eksekutif UNICEF buka sesi pertama bagi tahun 2008
NEW YORK, AS, 30 Januari 2008 – Lembaga Eksekutif UNICEF telah memulakan sesi mesyuarat bagi tahun 2008 di bilik Majlis Ekonomi dan Sosial yang bertempat di ibu pejabat Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu di New York semalam.

Laporan utama UNICEF menyatakan bahawa program kesihatan masyarakat merupakan kunci menurunkan kadar kematian kanak-kanak
NEW YORK, 22 Januari 2008 – Fatma, 2 tahun, merupakan salah seorang dari beribu-ribu orang kanak-kanak di Kenya yang bejaya diselamatkan dengan menggunakan langkah-langkah pencegahan yang mudah dan murah.

UNICEF dan remaja: Bekerjasama untuk mencapai ‘Dunia Bersesuaian untuk Kanak-kanak'
NEW YORK, AS, 15 Januari 2008 – Tahun 2007 merupakan ulangtahun yang ke-lima bagi pelan tindakan PBB, ‘Dunia Bersesuaian untuk Kanak-kanak’ – iaitu komitmen oleh para pemimpin dunia untuk melindungi dan menggalakkan hak kanak-kanak.

UNICEF mengalukan Tahun Sanitasi Peringkat Antarabangsa 2008
NEW YORK, 1 Januari 2008 – UNICEF secara rasminya pada hari ini telah mengalu-alukan hari pertama bagi Tahun Sanitasi Peringkat Antarabangsa 2008. Tahun Antarabangsa ini bertujuan untuk mengetengahkan betapa pentinganya tindakan yang segera perlu diambil.

 

 

 

 

Krisis Taufan Myanmar 2008


Keadaan Kanak-kanak Sedunia Tahun 2008

Tahun Sanitasi Antarabangsa 2008


Search:

 Email this article

unite for children