Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

UNICEF mengalukan Tahun Sanitasi Peringkat Antarabangsa 2008

Kanak-kanak dan wanita mewakili 90 peratus yang terjejas disebabkan oleh kurangnya sanitasi

NEW YORK, 1 Januari 2008 – UNICEF secara rasminya pada hari ini telah mengalu-alukan hari pertama bagi Tahun Sanitasi Peringkat Antarabangsa 2008. Tahun Antarabangsa ini bertujuan untuk mengetengahkan betapa pentinganya tindakan yang segera perlu diambil bagi 40 peratus populasi di seluruh dunia yang masih hidup tanpa sanitasi. 

Kekurangan kemudahan sanitasi yang baik telah menyumbang kepada kematian beribu-ribu orang wanita dan kanak-kanak setiap hari disebabkan oleh punca-punca yang boleh dicegah, termasuklah penyakit cirit-birit. Namun begitu, lebih dari 1.2 bilion penduduk di seluruh dunia telah mendapat akses kepada kemudahan sanitasi di antara tahun 1990- 2004, iaitu jangkaan seramai 2.6 bilion orang – termasuklah 980 juta orang kanak-kanak – masih tidak dapat dicapai. Ini merupakan salah satu cabaran terhadap pembangunan yang paling utama yang dihadapi oleh dunia kini.

Tahun Sanitasi Peringkat Antarabangsa 2008 ini telah ditubuhkan berdasarkan persetujuan yang telah dicapai ketika Persidangan Umum Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu pada bulan Disember 2006 untuk mempercepatkan kemajuan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium, iaitu untuk menurunkan kadar bilangan penduduk yang hidup tanpa akses kepada kemudahan sanitasi yang baik kepada separuh menjelang tahun 2015. Sebagai tambahan, kemajuan di dalam sanitasi juga turut menyumbang kepada pencapaian keseluruhan Matlamat Pembangunan Milenium.

Kemudahan sanitasi yang lebih baik termasuklah tandas-tandas yang bersih dan selamat, pengurusan bahan kumbahan dan galakan pembersihan diri, di mana kesemuanya mencegah penyebaran patogen-patogen daripada bahan kumbahan manusia. Sekiranya bahan kumbahan tersebut tidak dirawat dengan selamat, ia boleh membawa kesan kepada kesihatan para penduduk, seringkali menyebabkan kanak-kanak tidak dapat ke sekolah, ia membantut perkembangan sosial dan ekonomi. Kekurangan kemudahan sanitasi yang bagus di sekolah-sekolah merupakan faktor yang menyebabkan para pelajar ponteng sekolah dan prestasi yang kurang cemerlang disebabkan oleh sakit, kadar pendaftaran yang rendah dan berhenti sekolah terlalu awal, terutama sekali untuk pelajar perempuan yang mempunyai ibu bapa yang mungkin akan keluarkan mereka dari system pendidikan apabila mereka mula mendapat haid. Kekurangan tanda juga menyebabkan wanita dan anak-anak gadis terdedah kepada keganasan dan penderaan kerana sesetengah dari mereka hanya dapat pergi ke tandas selepas waktu malam dan di kawasan-kawasan yang terpencil. Kemudahan sanitasi yang bersesuaian, termasuklah membasuh tangan dengan menggunakan sabun, dapat menghindarkan sebaran penyakit cirit-birit, iaitu penyakit kedua utama yang membunuh kanak-kanak di bawah umur lima tahun. Dengan memperbaiki sanitasi, ia akan membawa kepada kesihatan, maruah diri, perkembangan sosial dan ekonomi yang lebih baik, ia juga akan melindungi alam sekitar dan membantu penduduk agar dapat keluar dari belenggu kemiskinan.

Acara-acara tahun ini termasuklah persidangan serantau berkenaan sanitasi untuk berkongsi amalan-amalan terbaik dan membantu mempercepatkan kemajuan, termasuklah memberi fokus kepada sanitasi di sekolah. Ia juga akan membantu menggalakkan perkongsian kerjasama di antara sektor awam dan swasta, membantu menggunakan kekuatan setiap sektor, mengadvokasi dan meningkatkan kesedaran terhadap sanitasi, dan membentuk pelan-pelan tindakan peringkat negara.

Tambahan pula, pelbagai aktiviti dan acara telah diatur di luar dan di dalam sistem PBB bersempena dengan Minggu Sanitasi dan Kebersihan (15-21 Mac) dan Hari Air Sedunia (22 Mac). Salah satu acara yang paling utama adalah pemerhatian Air-PBB pada Hari Air Sedunia (yang diraikan pada tahun ini sebagai Hari Sanitasi Sedunia) yang akan berlangsung di Geneva pada 14 Mac dan dianjurkan bersama UNICEF, WHO dan Majlis Kerjasama Pembekalan Air dan Sanitasi (WSSCC).

Tentang UNICEF
UNICEF kini bekerja di lapangan di lebih dari 150 buah negara dan kawasan untuk membantu kanak-kanak dari segi perkembangan dan kesinambungan kehidupan, daripada awal kehidupan mereka sehinggalah ke awal remaja. Sebagai pembekal vaksin yang terbesar di dunia, UNICEF menyokong kesihatan dan nutrisi kanak-kanak, sanitasi dan air yang bersih, pendidikan asas yang berkualiti untuk semua kanak-kanak lelaki dan perempuan, dan perlindungan daripada keganasan, eksploitasi, dan AIDS. 

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi:
Véronique Cordier, UNICEF NY +1212 326-7516 vcordier@unicef.org
Malene Kamp Jensen, UNICEF - NY+1212 303 7970 mjensen@unicef.org

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Tahun Sanitasi Antarabangsa 2008

(Pautan luar)


Search:

 Email this article

unite for children