Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

UNICEF raih 3 dari 10 kisah ‘Inspirasi’ Yahoo! untuk tahun 2007

© Yahoo! News
‘Kajian Semula Tahun 2007’ yang dipetik oleh The Yahoo! News telah menyatakan bahawa penurunan bilangan kematian kanak-kanak di seluruh dunia merupakan salah satu kisah inspirasi yang teratas pada tahun itu.

NEW YORK, USA, 31 Disember 2007 – ‘Kajian Semula Tahunan’ oleh The Yahoo! News telah memetik 10 kisah yang teratas dari tahun 2007 “yang menjadi sumber kepada optimis dan harapan”. Dan UNICEF telah memainkan peranan yang utama di dalam 3 daripada 10 kisah-kisah ‘Inspirasi’ Yahoo! ini.

Diikuti dengan beberapa buah kisah inspirasi yang telah dipilih oleh perkhidmatan berita online, beserta peranan yang telah dimainkan oleh UNICEF. Klik di sini untuk melayari keseluruhan laman web Yahoo!.

‘Banyak nyawa berjaya diselamatkan’

Dunia kini telah mencipta sejarah yang penting berkaitan dengan kesinambungan kehidupan kanak-kanak pada bulan September, iaitu apabila statistik global telah menunjukkan buat pertama kalinya, bilangan kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum mencapai umur lima tahun telah menurun kepada kurang dari 10 juta setahun.

Data dari kaji selidik yang terbaru dilaporkan oleh UNICEF telah menunjukkan kemajuan yang kukuh, di mana kematian kanak-kanak di seluruh dunia adalah sebanyak 9.7 juta pada tahun lepas – iaitu menurun daripada 13 juta kematian pada tahun 1990. “Usaha untuk menggalakkan kelambu nyamuk, penyusuan susu ibu dan vaksinasi telah menyumbang kepada bilangan yang rendah di dalam sejarah ini,” menurut laporan Yahoo!.

Pencapaian ini dijangka akan menambahkan momentum untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) yang telah dipersetujui oleh para pemimpin dunia pada tahun in 2000. Sekiranya MDG 4 dapat dicapai – iaitu untuk menurunkan kadar kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun pada tahun 1990 sebanyak dua pertiga menjelang tahun 2015 – ia boleh mencegah kematian kanak-kanak sebanyak 5.4 juta orang setiap tahun.

‘Dari pembela kanak-kanak kepada penulis buku terkenal’

Lebih dari sedekad yang lalu, Ishmael Beah ketika itu masih seorang remaja, telah berjuang di dalam peperangan sivil Sierra Leone. Dia telah menjalani pemulihan sebagai salah satu program perletakkan senjata, pelepasan dan juga reintegrasi yang telah disokong oleh UNICEF. Tahun ini dia telah menjadi seorang penulis buku yang terlaris di seluruh dunia dengan terbitnya buku berdasarkan pengalamannya yang bertajuk ‘A Long Way Gone’.

Seperti yang dilaporkan oleh Yahoo!, pengalaman hidup En. Beah sebagai seorang askar “telah membongkar keganasan yang disebabkan oleh peperangan di seluruh benua Afrika.”

Pada bulan November, En. Beah telah dilantik sebagai Advokat untuk Kanak-kanak terjejas disebabkan peperangan yang pertama UNICEF, di mana beliau telah berikrar untuk bersuara dan memberi harapan kepada kanak-kanak di mana kehidupan mereka telah terjejas disebabkan oleh keganasan.

‘Komputer riba dengan hanya USD$100’

“Setelah bertahun-tahun kita bergelut dengan harga kos yang semakin meningkat, projek satu komputer riba untuk seorang kanak-kanak (One Laptop Per Child) kini telah mula menjual komputer riba XO yang berwarna hijau dan putih kepada orang ramai pada 12hb November,” menurut laporan kajian semula akhir tahun Yahoo!.

Komputer yang berharga rendah ini, telah direka untuk kegunaan kanak-kanak di negara-negara yang lain miskin di dunia, dan ianya telah dimajukan dengan bantuan UNICEF. Kurang dari sebulan komputer riba ini dilancarkan, UNICEF, One Laptop Per Child dan Google telah melancarkan ‘Our Stories’, iaitu satu inisiatif kerjasama yang baru.

‘Our Stories’ akan mengumpul, mengekalkan dan berkongsi kisah golongan muda dengan harapan agar dapat meningkatkan pemahaman merentasi sempadan negara, budaya, agama, bahasa dan generasi. Komputer riba ini akan memberi kanak-kanak yang miskin teknologi yang mudah untuk digunakan untuk merekod kisah-kisah dan juga wawancara mereka, ia juga akan bertindak sebagai asas untuk membina sebuah arkib digital kelak hari.

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 
Search:

 Email this article

unite for children