Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

Dunia Bersesuaian untuk Kanak-kanak +5

© UNICEF Malaysia/2005/Nadchatram

Kotakan janji kepada kanak-kanak dan golongan muda
11 – 12 Disember 2007  •  New York, AS

Lima tahun yang lepas, iaitu daripada 8hb sehingga 10hb Mei 2002, seluruh dunia telah berkumpul untuk menghadiri satu mesyuarat yang diadakan buat julung kalinya, dikenali sebagai Persidangan Umum Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, khusus untuk kanak-kanak dan golongan muda seluruh dunia.

Mesyuarat Sesi Khas untuk Kanak-kanak PBB ini telah berjaya membawa seramai 7,000 orang, termasuklah para pemimpin kerajaan dan Ketua-ketua Negara, penerima anugerah Nobel Keamanan (Nobel Peace Prize), badan-badan bukan kerajaan, advokat-advokat untuk kanak-kanak serta golongan muda untuk menghadiri mesyuarat ini di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu di dalam mencari penyelesaian dan mengukuhkan komitmen mereka untuk merubah pandangan dunia terhadap kanak-kanak serta layanan yang diberikan kepada kanak-kanak.

Sesi Khas ini diakhiri dengan termaktubnya satu perjanjian antarabangsa untuk melindungi dan menggalakkan hak kanak-kanak melalui perjanjian yang dikenali sebagai Dunia yang Bersesuaian untuk Kanak-kanak. Para pemimpin dunia telah bersetuju sebulat suara dengan agenda untuk – dan bersama – kanak-kanak seluruh dunia, termasuklah masa yang telah ditetapkan untuk mencapai matlamat-matlamat ini menjelang tahun 2012. Antara matlamat-matlamat yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Menggalakkan kehidupan yang sihat;
  • Memberikan pendidikan yang berkualiti;
  • Melindungi kanak-kanak daripada penderaan, eksploitasi dan keganasan; dan,
  • Banteras HIV dan AIDS. 

Semua negara telah bersetuju untuk mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikan agar matlamat Dunia Bersesuaian untuk Kanak-kanak ini akan menjadi realiti di negara masing-masing dan di seluruh dunia. Para pemimpin yang telah menghadiri sesi ini telah berjanji untuk berkumpul semula lima tahun akan datang, iaitu pada pertengahan dekad bagi Pelan Tindakan yang telah Dipersetujui untuk mengkaji semula kemajuan (atau tiada kemajuan), serta faktor-faktor yang telah mempengaruhinya.
 
Lima tahun kini telah berlalu, daripada11hb sehingga 12hb Disember 2007, para pemimpin dunia akan mengambil tempat masing-masing di dalam mesyuarat Dunia yang bersesuaian untuk Kanak-kanak; 5 tahun telah berlalu untuk menilai sejauh mana mereka telah mencapai kemajuan di negara masing-masing, serta untuk mengenalpasti jurang yang masih wujud agar mereka dapat memperbaharui komitmen mereka, dan mengotakan janji mereka untuk mencapai “Dunia yang bersesuaian untuk Kanak-kanak” menjelang tahun 2012.

Nota
Sesi Khas untuk Kanak-kanak Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 2002 telah diadakan untuk menilai semula kemajuan yang dicapai selepas berlangsungnya Persidangan Sedunia untuk Kanak-kanak yang telah diadakan di New York pada 1990.  Persidangan Sedunia untuk Kanak-kanak ini merupakan persidangan kemajuan yang pertama pada tahun 1990an.

..................................................................................

Laporan Negara PBB

Penerbitan

Acara

Bilik berita

Laman web yang berkaitan

Laman web di dalam Bahasa Inggeris.

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.


 

 

 

 

 

Dunia Bersesuaian untuk Kanak-kanak +5

Webcast

Tontoni mesyuarat pleneri di Perhimpunan Agung UN

Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Search:

 Email this article

unite for children