Kanak-kanak memulakan perbincangan PBB terhadap pendidikan dan perubahan iklim
Oleh Elizabeth Kiem and Chris Niles NEW YORK, AS, 12 Disember 2007 – Ketika perbincangan diadakan diantara para pembuat dasar dan saintis dari seluruh dunia berkenaan tindakbalas yang perlu diambil berkenaan dengan perubahan iklim di persidangan PBB yang sedang berlangsung di Bali, golongan muda yang berkumpul di PBB New York pula telah menyuarakan pendapat mereka terhadap debat ini. Kanak-kanak seringkali menderita akibat daripada bencana alam, penyakit dan malnutrisi di negara-negara yang miskin, dan peningkatan suhu juga kini dijangka akan memburukkan lagi keadaan kanak-kanak ini, menurut amaran dari UNICEF melalui laporan yang dikeluarkan semalam. Pelancaran laporan ini dan meyuarat perbincangan tentang perubahan iklim ini berlangsung di dalam konteks yang akan disusuli dengan satu mesyuarat untuk mengkaji kemajuan di dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh Sesi Khas untuk Kanak-kanak Persidangan Umum PBB pada tahun 2002. “Untuk UNICEF, ini adalah amat kritikal,” kata Timbalan Pengarah Eksekutif, Hilde Johnson, ketika beliau berucap di sebuah majlis yang dianjurkan oleh kerajaan Greek, yang telah mengambil-alih peranan Jaringan Keselamatan Kemanusiaan (Human Security Network) dan menjadikan ancaman-ancaman yang baru muncul seperti perubahan iklim sebagai satu-satunya keutamaan. “Perubahan iklim bukan sahaja isu tentang alam sekitar,” tambah Cik. Johnson. “Ia juga merangkumi aspek ekonomi, sosial dan manusia. Apabila kita memperkatakan tentang perubahan iklim, mereka yang miskin yang terpaksa membayarnya – terutama sekali kanak-kanak. Mereka terpaksa membayarnya dengan kesihatan mereka, perkembangan dan seringkali dengan nyawa mereka.” Ke arah pendidikan universal berkualiti Pada awal hari ini, Cik. Johnson juga telah berucap di sebuah forum yang memfokuskan kepada salah satu komitmen utama yang telah dipersetujui pada Sesi Khas tahun 2002 – iaitu memberikan pendidikan berkualiti yang universal."Apabila para delegasi bertemu lima tahun yang lalu, terdapat 150 juta orang kanak-kanak yang tidak dapat memenuhi hak mereka untuk mendapat pendidikan,” Cik. Johnson memberitahu para peserta yang terdiri daripada para diplomat dan wakil-wakil badan-badan bukan kerajaan dan delegasi-delegasi remaja.“Bilangan ini telah menurun sebanyak lebih dari 20 juta orang kanak-kanak semenjak itu,” kata beliau, dengan menambah bahawa penurunan itu “masih tidak mencukupi.” Walaupun kebanyakan ahli-ahli negara yang telah menghadiri mesyuarat ini telah memberi komitmen kerajaan mereka kepada pendidikan universal, namun begitu para advokat masih menekankan bahawa masih banyak yang perlu dilakukan. Golongan muda menggesa agar wujudkan dana untuk persekolahan “Kita perlu memberi desakan sedikit,” kata Penerusi Jawatankuasa terhadap Hak Kanak-kanak, Dr. Yanhee Lee. “Kualiti pendidikan itu sendiri juga adalah amat penting. Untuk mengekalkan pelajar di sekolah juga adalah penting. Untuk melakukan ini, kita memerlukan sistem latihan- guru yang lebih baik, para guru patut diberikan gaji yang lebih baik…. Dan yang paling utama, semua kos perbelanjaan persekolahan juga perlu dimansuhkan.” Beberapa orang anak muda yang berucap di dalam mesyuarat tersebut telah menggesa wakil-wakil kerajaan agar meletakkan pendidikan sebagai keutamaan yang tinggi di dalam bajet negara mereka. “Negara-negara banyak menghabiskan perbelanjaan untuk peperangan dan ketenteraan,” kata Ruiya Ashraf Akhter, 15 tahun, dari Bangladesh. “Mengapa negara penyumbang dan para kerajaan tidak melabur lebih banyak di dalam pendidikan awal pra-persekolahan?” Tindakan terhadap pendidikan ketika berlakunya kecemasan Di dalam perkembangan berkaitan terhadap pendidikan ketika berlakunya situasi-situasi kecemasan, UNICEF dan Persekutuan Menyelamat Kanak-kanak Antarabangsa, telah mengumumkan rancangan untuk mengetengahkan betapa pentingnya sekolah-sekolah dan kawasan yang selamat diberikan untuk kanak-kanak ketika berlakunya fasa pertama krisis. Pendekatan ‘pendidikan berkelompok’ yang baru ini – telah diwujudkan sebagai tindakbalas terhadap panggilan untuk penyelarasan global yang lebih berkesan – ia juga akan dapat mencapai keutamaan untuk menyediakan sekolah sementara kepada kanak-kanak yang telah dipindahkan di dalam masyarakat seawal yang mungkin. Penglibatan aktif agensi-agensi PBB dan badan-badan bukan kerajaan dijangka akan dapat mengukuhkan kapasiti sektor kemanusiaan untuk memberikan maklumbalas pendidikan yang kuat ketika berlakunya situasi kecemasan – termasuklah peningkatan sumber kewangan, sumber manusia dan sumber bekalan dari seluruh dunia. Mesyuarat perbincangan ‘Dunia yang Bersesuaian untuk Kanak-kanak 5 tahun berlalu’ ketika Persidangan Umum ini dijangka akan tamat pada petang hari ini dan hari esok dengan resolusi untuk melaksanakan sasaran yang telah ditetapkan pada Sesi Khas tahun 2002.
Dunia Bersesuaian untuk Kanak-kanak +5 Progress for Children 2007 |