Pembukaan Persidangan Umum PBB dimulakan dengan mesyuarat peringkat tertinggi membincangkan tentang isu kanak-kanak
Oleh Elizabeth Kiem NEW YORK, AS, 11 Disember 2007 – Persidangan Umum Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu bermula dengan perbincangan peringkat tertinggi pada hari Selasa, di mana ianya juga akan bertindak sebagai susulan daripada Sesi Khas terhadap Kanak-kanak yang telah diadakan di dewan yang sama lima tahun lepas. Longeni Matsai, 14 tahun, dari Namibia, berucap mewakili 90 orang delegasi muda yang telah berkumpul di Pejabat UNICEF di New York pada minggu ini untuk Forum Remaja, telah menggesa para peserta agar mendengar “bukan hanya dengan telinga anda tetapi juga dengan hati anda.” Pengarah Eksekutif UNICEF, Ann M. Veneman juga telah berucap ketika upacara pembukaan perbincangan yang telah berlangsung selama dua hari tersebut, dengan menyatakan bahawa semenjak Sesi Khas tersebut diadakan – iaitu merupakan yang pertama di dalam sejarah PBB – telah muncul “budaya global yang telah menerima hak kanak-kanak sebagai sebagai suatu yang penting di dalam kemajuan tamadun kemanusiaan.”
Wakil dari 140 buah negara-negara ahli akan berpeluang untuk bersuara di dalam mesyuarat tersebut, menurut Presiden Persidangan Umum ini, Srgjan Kerim dari Macedonia, “penglibatan para peserta adalah lebih dari yang dijangkakan”. Kesihatan kanak-kanak, pendidikan dan perlindungan “Minat yang tinggi ditunjukkan ini mengukuhkan lagi kepentingan isu-isu yang diketengahkan. Komitmen yang telah dibuat lima tahun yang lepas juga telah memberi impak yang tinggi terhadap usaha Persidangan Umum ini,” En. Kerim memberitahu para wartawan ketika taklimat selepas sesi pembukaan. Keutamaan-keutamaan di peringkat antarabangsa, tambah beliau – termasuklah bertindakbalas terhadap perubahan iklim, pembiayaan untuk pembangunan dan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium – adalah berkait-rapat dengan matlamat laporan ‘Dunia yang Bersesuaian untuk Kanak-kanak’, iaitu pelan tindakan daripada Sesi Khas tahun 2002. En. Kerim menjangka bahawa Persidangan Umum ini akan menerima deklarasi tersebut ketika upcara penutup sesi perbincangan, di mana ianya “akan mengukuhkan lagi komitmen kami untuk melaksanakan sepenuhnya” sasaran yang telah ditetapkan di dalam laporan ‘Dunia yang Bersesuaian untuk Kanak-kanak’: iaitu dengan menggalakkan kehidupan yang sihat; memberikan pendidikan yang berkualiti; melindungi kanak-kanak daripada penderaan, keganasan dan eksploitasi; dan membenteras HIV dan AIDS. Disebabkan sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta, pegawai-pegawai PBB telah mencadangkan agar menyuarat berikutnya – iaitu secara asalnya akan tamat pada keesokan harinya – dilanjutkan untuk satu hari lagi. Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
Dunia Bersesuaian untuk Kanak-kanak +5 Webcast Progress for Children 2007 |